Pentingnya Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung, Ia Membentuk Antibodi Bayi

Kancing gigi atau tetanus adalah penyakit menyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman Clostridium tetani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa anda mengandung, anda diberi suntikan kancing gigi, selepas anda melahirkan anak, anak anda juga akan diberikan suntikan kancing gigi beberapa kali pada tahun pertama kelahirannya. Tapi tahukah anda apa itu kancing gigi?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apa itu kancing gigi dan bagaimana ia boleh terjadi?
  • Punca penyakit kancing gigi dan kaitan dengan ibu mengandung
  • Simptom yang perlu anda perhatikan
  • Rawatan untuk penyakit berbahaya ini
  • Langkah pencegahan masalah kancing gigi
  • Jumlah suntikan kancing gigi yang diterima oleh ibu mengandung
  • Suntikan anti tetanus atau kancing gigi sakit ataupun tidak?

Apa itu kancing gigi dan bagaimana ia boleh terjadi?

Kancing gigi atau tetanus berlaku di seluruh dunia. Ia terjadi kerana spora bakteria Clostridium tetani yang terdapat di mana-mana terutama di kawasan pertanian dan kawasan yang terlibat dalam aktiviti mengendalikan najis haiwan.  

Spora Clostridium tetani ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka; sama ada luka tercucuk atau luka terbuka.

Punca penyakit kancing gigi dan kaitan dengan ibu mengandung

Penyebab terjadinya kancing gigi adalah kerana bakteria Clostridium tetani yang menghasilkan neurotoksin berbahaya di dalam tisu mati seperti dari luka yang kotor.

Ibu mengandung yang diberi suntikan tetanus adalah supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi di dalam kandungan. Ini untuk mencegah bayi yang baru lahir dari dijangkiti kancing gigi.

Seperti yang kita tahu, antibodi bayi yang baru lahir masih belum boleh melawan penyakit, jadi suntikan yang diberikan pada ibu semasa mengandung boleh mengelakkan bayi dari terkena jangkitan kancing gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya semasa tali pusat dipotong menggunakan peralatan yang tidak dinyah kuman ataupun melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih atau menyapu ubat-ubat tradisional.

Simptom yang perlu anda perhatikan

Tetanus bermula dengan kejang ringan pada otot rahang yang dikenali sebagai kejang mulut. Kejang ini juga boleh menjejaskan dada, punggung, leher dan otot perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetanus umum boleh menjejaskan semua otot rangka. Tetanus tempatan menjejaskan otot-otot berdekatan luka. Tetanus cephalic menjejaskan satu atau beberapa otot di muka dengan cepat selepas kecederaan kepala atau jangkitan telinga.

Kadang-kadang, kejang boleh menjejaskan otot-otot yang berkaitan dengan pernafasan, menyebabkan masalah pernafasan. Tindakan otot yang berpanjangan boleh menyebabkan penguncupan yang berlaku secara tiba-tiba, kuat dan menyakitkan.

Hal ini dikenali sebagai tetani. Episod ini boleh menyebabkan keretakan atau otot menjadi koyak.

Kadar kematian antara 10% hingga lebih 80% terutama di kalangan mereka yang tidak pernah menerima pelalian, mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau bayi baru lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan untuk penyakit berbahaya ini

  • Antitoksin dan antibiotik hendaklah diberikan seiring; antitoksin untuk menawarkan toksin bakteria dalam badan dan antibiotik untuk membunuh bakteria yang ada.
  • Immune Globulin (GIT) disuntik ke dalam otot atau antitoksin tetanus dalam satu dos yang besar disuntik ke dalam urat selepas ujian sensitiviti dijalankan.
  • Antibiotik Metronidazole dalam dos yang besar disuntik ke dalam urat dan diberikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari.

Langkah pencegahan masalah kancing gigi

Untuk mencegah terjadinya Tetanus, pemberian vaksin biasanya berkesan. Pemberian vaksin diberikan setiap 10 tahun sekali.

Hal ini kerana terbukti secara umum yang ia berlaku pada individu-individu yang tidak diberikan vaksin  dalam sepuluh tahun. Pemberian vaksin mempunyai keupayaan untuk mencegah terjadinya Tetanus sehingga 5 tahun.

Justeru, ibu-ibu dinasihatkan untuk tidak menolak suntikan antitetanus. Antitetanus adalah tetanus toxoid bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan.

Ia juga dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai clostridium tetani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, kuman tetanus akan memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Mungkin luka kemalangan, luka ketika melahirkan bayi secara normal dan luka pada faraj (luka episiotomy). Ia berupaya merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit namun ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti tetanus.

Jumlah suntikan kancing gigi yang diterima oleh ibu mengandung

  • Jika ini kehamilan pertama ibu, sekurang-kurang dua kali suntikan yang diberikan. Suntikan pertama diberikan pada awal kehamilan dan dos yang kedua diberikan pada selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
  • Jika ibu hamil kali kedua dan jarak kehamilan kurang dua tahun daripada kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Suntikan anti tetanus atau kancing gigi sakit ataupun tidak?

Tidak sama seperti suntikan yang lain, ramai ibu mengatakan bahawa ia meninggalkan kesan yang agak sakit. Namun ia bergantung kepada setiap individu, ada berasa lenguh selepas dicucuk dan ada yang tidak boleh menyentuh bahagian lengan langsung untuk beberapa hari.

Walau bagaimanapun ibu jangan risau kerana kesan sebegini tidak akan berpanjangan. Yang penting anda dan bayi dalam kandungan sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya kandungan memasuki 12 minggu dan anda masih belum dijadual untuk mendapatkan suntikan ini, adalah lebih baik anda bertanyakan kepada jururawat di klinik kesihatan yang dilawati.

Ada juga kes pihak klinik lupa untuk memberikannya kepada anda. Namun usah risau kerana doktor sememangnya menyemak satu per satu details yang ada dalam buku pink ibu!

Kesimpulannya, suntikan kancing gigi ini amatlah penting untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Justeru dapatkan vaksin berkenaan mengikut tarikh temu janji anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung 80-90 Seminit, Jika Lebih 100 Tanda Bahaya!

Baca juga: Ibu Hamil Boleh Alergi Pada Suntikan Tetanus Dan Alami Keradangan Kulit!

Baca juga: Akibat Tak Ambil Vaksin Tetanus, Kes Tetanus Muncul Kembali Lepas 30 Tahun!