Tak sanggup rasanya bila dengar kisah bayi yang masih kecil menghidapi kanser kanak kanak. Kisah ini mungkin antara mangsa terkecil yang menghidap kanser kanak kanak.
Bayi ini hanya berusia 14 hari.
Ibu bayi ini berkongsikan bagaimana dia menyalahkan dirinya kerana “memberi” anaknya kanser semasa anak berada dalam rahimnya.
Bayi didiagnosis menghidap kanser kanak kanak pada usia 14 hari
Hanya dua minggu selepas dilahirkan, Anneleise Sisneros telah melalui pelbagai rawatan untuk memulihkan kanser yang dihidapinya. Doktor telah mendiagnosis Anneleise dengan penyakit leukimia sejurus selepas dia dilahirkan.
Simptom pertama pada bayi baru lahir yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena adalah ruam.
Pada mulanya, doktor meramalkan yang ruam tersebut adalah akibat dari reaksi alergi. Walau bagaimana pun, keputusan darah menunjukkan yang ianya leukimia.
Ibunya, Brandy Sisneros berkongsi, “Kami ingatkan yang dia dapat kanser ini dari rahim, kerana ketulan tersebut ada ketika dia lahir. Jadi, kami ingatkan dia ada kanser semasa saya mengandung.
“Mereka tak tahu macam mana bayi saya boleh dapat kanser. Tak ada siapa tahu macam mana ia terjadi…” katanya lagi.
Brandy menambah yang dia merasa bersalah apabila dia mendapat tahu yang anaknya menghidap leukimia.
“Mungkin ia dari sesuatu kimia yang saya gunakan ketika mengandung. Semasa mengandung, semua yang kita dedahkan pada diri kita, kita dedahkan pada anak dalam kandungan juga.”
Anaknya lahir secara normal dan tiada tanda kanser kanak kanak langsung. Namun, dia mula mendapat ketulan dan ruam pada kulitnya sejurus selepas dilahirkan.
“Selepas lima hari, dia mendapat bintik-bintik. Bintik-bintik berwana kebiruan ini seperti demam campak. Beberapa bintik bintik mula datang dari bawah kulit ke atas kulit,” Brandy menceritakan pengalamannya itu.
Lambat-laun, doktor telah merawat Annaleise dengan kemoterapi. Sangat berat untuk bayi sekecil itu dan keluarganya menghadapi dugaan ini.
Pada satu masa, dia hampir kehilangan ibu jari kaki atau kaki akibat dari cecair yang dimasukkan ke dalam tubuhnya. Si kecil ini juga turut keguguran rambut!
Ajaibnya, Annaleise sembuh sepenuhnya dari kanser kanak kanak!
“Dia kini sudah pulang ke rumah dan kami sangat bangga dengannya,” kata Brandy. “Semasa kemo, mereka memberi Anneleise ubat untuk membuat dia rasa selesa, dia tak kuat untuk mengambil sebotol ubat. Kemo benar-benar buat dirinya sakit; anda boleh tahu yang dia merasa tidak sihat.”
“Tapi, dia tidak menangis. Dia memang hebat.”
Kanser kanak kanak: Adakah anda perlu risau?
Kanser kanak kanak adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Apa yang berlaku pada Annaleise tak selalunya terjadi pada bayi baru lahir.
Apa yang membimbangkan ibu bapa adalah kita tak tahu jika anak akan selamat dari kanser kerana belum ada sebab yang jelas tentang apa yang menyebabkan kanser pada kanak-kanak.
Walau bagaimana pun, penting untuk ibu bapa tahu faktor risiko kanser kanak kanak. Antaranya ialah:
- Terdedah pada radiasi. Terdedah pada radiasi telah dikaitkan dengan beberapa jenis kanser pada kanak kanak.
- Kanser juga boleh didapati dari keturunan. Beberapa kanak kanak mewarisi mutasi DNA dari ibu bapa dan ini boleh menyebabkan kanser.
- Kadang-kadang, kanak-kanak boleh mendapat kanser secara spontan melalui mutasi. Ini terjadi apabila sel tidak terbahagi dengan betul, dan mereka mula mencipta sel kanser dalam badan.
Apapun sebabnya, adalah penting untuk anda sentiasa berunding dengan doktor anak jika anda rasa anak anda sakit. Lebih baik untuk anda berhati-hati apabila ia melibatkan kesihatan anak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sekeluarga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ditulis oleh Alywn Batara; mendapat kebenaran untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtumor-dalam-kandungan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!