Kapal Terbang Mainan Terbaik, Jom Lihat 9 Pilihan Toys Plane Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Si Kecil

Kapal terbang mainan bukan saja menggalakkan kanak-kanak untuk play pretend, meningkatkan kemahiran motor kasar dan komunikasi, malah turut memupuk minat mereka dengan pelbagai konsep sains dan teknologi.

Kapal terbang mainan atau toys plane adalah mainan universal yang diminati oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Contohnya model kapal terbang kertas atau paper aeroplane yang paling ringkas dan murah.

Tidak percaya? Cuba anda ambil sehelai kertas, lipatkannya menjadi model kapal terbang dan cuba lancarkan di depan anak anda. Pasti mereka akan tersenyum melihat paper aeroplane itu terbang.

Kelebihan Toys Plane Untuk Budak

Toys plane sebenarnya baik untuk kanak-kanak di mana ia menggalakkan koordinasi mata dan tangan serta gross motor skill mereka apabila mata mengikut tangan yang menggerakkan kapal terbang mainan semasa bermain. 

Selain itu, toys plane juga menggalakkan kanak-kanak untuk play pretend atau role-playing, di mana mereka boleh berimaginasi menjadi juruterbang, pramugari dan juga pelancong. 

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, mainan yang menggalakkan play pretend amat baik untuk membantu perkembangan mental, kognitif dan komunikasi kanak-kanak. 

Kanak-kanak boleh berseronok dengan toys plane dan ia adalah mainan yang bagus yang memudahkan pembelajaran dan perkembangan awal.

Secara umumnya, toys plane membolehkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran komunikasi dan bahasa serta merangsang imaginasi dan kreativiti mereka.

1. Kemahiran motor halus dan koordinasi mata, tangan

Kemahiran motor halus ditakrifkan sebagai satu set kemahiran yang melibatkan pergerakan tepat kumpulan otot yang lebih kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan.

Koordinasi mata tangan sebaliknya ditakrifkan sebagai keupayaan untuk membuat pergerakan mata dan tangan yang terkoordinasi. Kemahiran ini penting untuk perkembangan pada usia awal kerana ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih berdikari dan melakukan tugas penjagaan diri seperti makan, menggosok gigi, butang dan berpakaian tanpa bantuan daripada ibu bapa mereka.

Mainan kapal terbang direka bentuk dengan mengambil kira tangan kecil kanak-kanak supaya mereka boleh mengambil dan memegangnya dengan mudah semasa mereka bermain jadi bermain dengan mainan ini adalah amalan yang baik untuk membangunkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan.

2. Imaginasi dan kreativiti

Permainan imaginatif dan kreatif adalah bahagian penting dalam perkembangan dan pembelajaran awal. Melalui imaginasi dan kreativiti, kanak-kanak akan dapat berfikir dengan bebas dan menemui bagaimana dunia di sekeliling mereka berfungsi.

Mempunyai persekitaran bebas risiko membantu mereka mencuba dan menghasilkan idea baharu. Ini amat berharga untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia memberi rasa ingin tahu mereka yang berpotensi membawa kepada penemuan mereka sendiri.

Imaginasi dan kreativiti juga menyokong pembangunan kemahiran lain seperti penyelesaian masalah, kemahiran analitikal, kognitif dan emosi.

3. Perkembangan fizikal

Pada usia muda, kanak-kanak masih dalam pembangunan fizikal dan penting untuk menggalakkan mereka bergerak dan menjadi lebih aktif.

Bermain dengan mainan kapal terbang adalah senaman yang baik dan membolehkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar, keseimbangan, kekuatan fizikal dan koordinasi mereka.

Kemahiran motor kasar ialah satu set kemahiran yang menggunakan sekumpulan besar otot badan kita untuk membuat pergerakan yang bertujuan seperti berjalan, berlari dan melompat. Apabila kanak-kanak mencapai umur tertentu, mereka menggunakan lebih banyak set kemahiran ini dalam masa bermain mereka.

4. Komunikasi dan kemahiran bahasa

Toys plane ialah mainan fleksibel yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak dengan orang lain atau secara bebas. Permainan sosial dan bergantung adalah komponen penting lain untuk perkembangan awal yang baik.

Membenarkan anak anda bermain dengan orang lain menyokong perkembangan kemahiran komunikasi, emosi dan bahasa mereka. Apabila mereka bermain dengan orang lain, terutamanya kanak-kanak seusia mereka, mereka sering meluahkan perasaan mereka secara bebas, belajar cara berkomunikasi dengan berkesan dan mengalami pelbagai jenis emosi.

Ini juga merupakan peluang yang baik untuk kanak-kanak mengambil perkataan baharu untuk mengembangkan perbendaharaan kata mereka dan cuba menggunakannya dalam konteks permainan mereka.

9 Toys Plane Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Untuk membantu ibu bapa yang sedang mencari mainan untuk dihadiahkan kepada anak-anak, kami telah kumpulkan 9 jenis toys plane dengan ciri yang berbeza untuk pelbagai peringkat umur. 

Toys Plane Terbaik
LEGO City Great Vehicles Stunt Plane Playset
Kapal terbang mainan yang merangsang otak
Beli di Shopee
Fisher Price Little People Travel Together Airplane
Kapal terbang mainan untuk seawal 1 tahun
Beli di Shopee
Hand Throw Flying Glider Plane Toy
Kapal terbang mainan untuk main di padang
Beli di Shopee
Cessna 182 Remote Control Airplane
Kapal terbang mainan dengan alat kawalan jauh
Beli di Lazada
DIY Airplane Kids Robotic Kit Battery Operated
Kapal terbang mainan kategori STEM
Beli di Lazada
Double-Decker Airplane Montessori Wooden Toy
Kapal terbang mainan tanpa bateri
Beli di Lazada
LEGO DUPLO Town Airplane & Airport
Kapal terbang mainan untuk kanak-kanak berimaginasi
Beli di Shopee
Big Airplane Car Toy Baby Early Education
Kapal terbang mainan dengan kandungan pendidikan awal kanak-kanak
Beli di Shopee
Realeos Airplane Launcher Bubble Foam Plane Toy Gun Catapult
Kapal terbang mainan boleh ditembak
Beli di Shopee

LEGO City Great Vehicles Stunt Plane Playset

Kapal terbang mainan yang merangsang otak

Sebut saja LEGO, pasti anak anda akan teruja. Mainan jenis blok binaan kecil yang sudah ada di pasaran selama lebih 90 tahun ini sememangnya terkenal di seluruh dunia. Kapal terbang mainan keluaran lego ini datang dengan 59 keping blok pelbagai warna beserta patung kecil atau figurine juruterbang.

Seperti set mainan keluaran LEGO yang lain, set kapal terbang mainan ini juga mempunyai risalah dengan ilustrasi yang menunjukkan cara-cara untuk memasang mainan itu. Jadi, dengan bantuan risalah ini, anak anda dapat melatih diri mereka untuk menjadi lebih berdikari untuk menyiapkan mainan meraka.

Selain itu, LEGO juga membantu kanak-kanak untuk aspek koordinasi mata dan tangan dimana mereka perlu berhati-hati memasang blok itu pada tempat yang betul. Memandangkan blok LEGO ini bersaiz kecil, secara tidak langsung ia juga menjadi latihan pincer grasp yang baik untuk anak anda juga

Apa yang kami suka:

  • Saiz blok dan tahap komplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai bahagian utama seperti kapal terbang sebenar, menjadikannya sesuai untuk ibu bapa gunakan sebagai alat bantuan mengajar yang fun!
  • Mainan evergreen yang boleh disimpan sebagai koleksi dan dimain berulang-ulang kali. 

Fisher Price Little People Travel Together Airplane

Kapal terbang mainan untuk seawal 1 tahun

Fisher Price juga merupakan pengeluar mainan yang terkenal di kalangan ibu bapa kerana produknya yang tahan lasak. Kapal terbang mainan koleksi Little People ini direka dalam saiz yang agak besar, sesuai untuk tangan-tangan kecil memegangnya dengan selesa.

Kapal terbang mainan ini menggunakan bateri dan mempunyai butang yang akan mengeluarkan lagu dan bunyi menarik apabila dipicit. Fungsi ini membantu anak anda untuk kenali konsep cause and effect sambil bermain. Dan semestinya dengan bunyi-bunyi ini, playtime anak anda pasti lebih ceria! 

Tambahan lagi, set mainan ini juga datang dengan dua figurine - juruterbang yang dikenali sebagai Pilot Kurt dan pelancong bernama Emma. Dengan dua watak ini, anak anda boleh berlakon dan mereka pelbagai senario semasa bermain.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai pelbagai butang yang mengeluarkan bunyi dan lagu, serta lampu yang menarik minat kanak-kanak.
  • Saiznya yang besar buat kanak-kanak terasa puas semasa bermain dan sesuai untuk multiple player.
  • Pelaburan yang bagus kerana sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal 1 tahun, dan sehingga 5 tahun.

Hand Throw Flying Glider Plane Toy

Kapal terbang mainan untuk main di padang

 

Kapal terbang mainan styrofoam ini perlu dipasang sendiri terlebih dahulu. Setiap set datang dengan 3 bahagian iaitu badan kapal terbang, sayap dan ekor (tail fin) yang amat mudah dipasang.

Oleh kerana rekaannya yang ringan dan mempunyai bentuk aerodinamik, ianya amat mudah diterbangkan. Anda hanya perlu tunjukkan pada anak anda cara untuk melancarkan kapal terbang ini untuk beberapa kali sahaja, dan mereka pasti akan terus faham cara untuk bermainnya. 

Mainan ini juga merupakan mainan yang sesuai untuk dibawa ke padang kerana ia boleh terbang sejauh 30-50 meter. Di samping itu, anak anda juga akan mengenali konsep arah angin, halangan dan koordinasi tangan semasa mereka bermain kapal terbang ini di tempat terbuka. 

Apa yang kami suka:

  • Saiznya yang besar iaitu 48cm yang memudahkan anak-anak untuk mencarinya semula selepas ia terbang jauh.
  • Sangat ringan dan tidak merbahaya jika terlanggar orang atau barang mudah pecah.
  • Menggalakkan anak-anak untuk bermain di luar rumah, bergerak aktif dan mengeluarkan peluh.

Cessna 182 Remote Control Airplane

Kapal terbang mainan dengan alat kawalan jauh

 

 

Bagi kanak-kanak yang lebih besar, kapal terbang mainan dengan alat kawalan jauh ini pasti akan buat mereka teruja. Jika sebelum ini mereka perlu terbangkan kapal terbang mereka olok-olok, kini mereka dapat lihat kapal terbang itu benar-benar terbang.

Badan kapal terbang itu datang dengan bateri built-in terus dari kilang, manakala bateri bersaiz AA untuk alat kawalan jauh perlu dibeli sendiri. Kapal terbang mainan ini boleh dimain selama 25 minit selepas dicas selama 35 minit. 

Kapal terbang mainan yang dibuat daripada styrofoam ini sesuai dimain di kawasan lapang seperti di halaman rumah atau di padang yang tidak mempunyai banyak halangan. Bentuknya yang aerodinamik dan sifatnya yang ringan membuatkan ia amat mudah untuk terbang.

Apa yang kami suka:

  • Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata kanak-kanak semasa bermain.
  • Membuatkan kanak-kanak tertarik untuk bermain secara aktif bersama kawan-kawan di luar rumah.
  • Mudah dibawa kemana-mana sebagai mainan “backup" kerana saizya yang kecil dan ringan.

DIY Airplane Kids Robotic Kit Battery Operated

Kapal terbang mainan kategori STEM

Jika anak anda menunjukkan minat terhadap sains, robotik atau teknologi, kapal terbang mainan ini adalah pilihan terbaik untuk mera. Kapal terbang mainan kayu ini dikategorikan sebagai mainan STEM kerana ianya melibatkan konsep asas sains dan cara pemasangan yang lebih kompleks.

Bagi kanak-kanak yang lebih matang, cabaran untuk menyiapkan kapal terbang 3D ini pasti akan membuatkan mereka teruja. Secara tidak langsung, ianya akan membantu mereka untuk menjadi lebih fokus, cermat dan mahir dalam kerja-kerja hands-on

Selain itu, kapal terbang kayu ini jua boleh dihias dengan menggunakan cat mengikut kesukaan, sebelum dipasang. Jadi, anak anda juga boleh mencurahkan bakat seni mereka dalam menyiapkan projek ini!

Apa yang kami suka:

  • Tahap kesusahannya sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti hujung minggu.
  • Meningkatkan minat kanak-kanak terhadap konsep sains dan teknologi yang berkaitan dengan kapal terbang.
  • Boleh dijadikan alat bantuan mengajar untuk topik pengenalan kepada litar elektrikal.

Double-Decker Airplane Montessori Wooden Toy

Kapal terbang mainan tanpa bateri

Bagi ibu bapa yang berpegang kepada konsep Montessori, mainan ini adalah pilihan yang sesuai untuk anak anda. Ianya dibuat daripada kayu dan tidak menggunakan bateri.

Setiap set datang dengan 4 figurine yang anak anda boleh kongsi bersama kawan-kawan. Dengan pelbagai watak untuk dilakonkan ini, ia akan meningkatkan imaginasi dan kemahiran berkomunikasi sesama meraka.

Selain itu, mainan ini juga dihias dengan pelbagai warna menarik yang sekaligus boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengenalkan warna kepada anak-anak.

Apa yang kami suka:

  • Menggalakkan kanak-kanak untuk bergilir-gilir menghayati watak berbeza dengan bantuan figurine yang berlainan.
  • Tidak mempunyai bucu tajam yang merbahayakan kanak-kanak.
  • Reka bentuk moden dan saiznya yang besar, sesuai untuk multiple player.

LEGO DUPLO Town Airplane & Airport

Kapal terbang mainan untuk kanak-kanak berimaginasi

Kongsi pengembaraan perjalanan udara dengan LEGO DUPLO Town Airplane & Airport dan bawa imaginasi anak kecil ke destinasi yang berbeza setiap hari.

Termasuk 3 figura DUPLO iaitu ayah, anak perempuan dan juruterbang, set ini juga mempunyai sebuah kapal terbang dengan bumbung boleh tanggal dan menara kawalan lapangan terbang boleh berputar dengan gelongsor bagasi.

Aksesori yang menyeronokkan, termasuk teddy bear, bendera dan beg pakaian terbuka, menambah realisme tambahan pada lakonan perjalanan udara.

Cerita imaginatif lakonan tentang perjalanan kapal terbang dan perjumpaan keluarga membolehkan ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah berkongsi pengembaraan yang menakjubkan, aktiviti menarik dan peristiwa penting dalam perkembangan.

Apa yang kami suka:

  • Arahan pembinaan yang jelas dan ringkas termasuk cerita bergambar ringkas yang melibatkan elemen set untuk menambah keseronokan kepada pembinaan kreatif.
  • Semua set mainan LEGO DUPLO direka secara pakar dengan ciri-ciri imaginatif untuk menggalakkan permainan perkembangan terbuka yang boleh dikongsi oleh ibu bapa dengan anak kecil mereka.
  • Bata dan kepingan LEGO DUPLO telah dijatuhkan, dipanaskan, dihancurkan, dipintal dan dianalisis untuk memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan kanak-kanak yang ketat.

Big Airplane Car Toy Baby Early Education

Kapal terbang mainan dengan kandungan pendidikan awal kanak-kanak

Merupakan sebuah kapal terbang kartun yang menceritakan kisah, dengan pelbagai kandungan pendidikan awal kanak-kanak seperti cerita, puisi purba, muzik, dan sejarah penerbangan.

Pintu pesawat boleh dibuka dan dimuatkan dengan pelbagai mainan kereta manakala kabin pesawat boleh digunakan sebagai alat gelongsor untuk meluncur keluar kereta mainan.

Terdapat 4 set butang pada pesawat, iaitu lagu kanak-kanak, cerita, dan kesan bunyi siaran pesawat simulasi, toys plane ini sesuai untuk anak pada usia setahun hingga 3 tahun.

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat daripada bahan ABS, selamat, mesra alam, tidak toksik
  • Inersia sangat kuat dan membawa banyak keseronokan kepada kanak-kanak.
  • Pada waktu malam, tekan sebarang kekunci dan kapal terbang akan bersinar.

Realeos Airplane Launcher Bubble Foam Plane Toy Gun Catapult

Kapal terbang mainan boleh ditembak

Toys plane ini adalah mainan terbang pesawat lastik gelembung yang disertakan dengan senapang mainan menembak Auto-Launcher dan set pesawat glider daripada material foam.

Sambil menikmati ia terbang, mainan ini juga mempunyai fungsi menembak pistol pistol tetapi dalam bentuk menembak kapal terbang bukan peluru.

Ibu ayah boleh biarkan anak-anak bermain di luar kerana kanak-kanak pastinya lebih suka mempunyai persaingan dan kepal terbang mainan boleh terbang lebih jauh,  bertempur dengan permainan pistol menembak itu.

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat daripada foam berkualiti tinggi, tidak mudah pecah atau koyak, tahan lama, selamat dan fleksibel.
  • Mudah dipasang, tidak memerlukan bateri.
  • Harganya yang murah

Perbandingan Harga Toys Plane

Kapal Terbang Mainan Harga (RM)
LEGO City Great Vehicles Stunt Plane Playset RM39.90
Fisher Price Little People Travel Together Airplane RM119.90
Hand Throw Flying Glider Plane Toy RM8.90
Cessna 182 Remote Control Airplane RM83.31
DIY Airplane Kids Robotic Kit Battery Operated RM14.90
Double-Decker Airplane Montessori Wooden Toy RM80.00
LEGO DUPLO 10961 Town Airplane & Airport RM125.90
Big Airplane Car Toy Baby Early Education RM58.50
Realeos Airplane Launcher Bubble Foam Plane Toy Gun Catapult RM17.90

Tips Memilih Mainan Untuk Anak

Apabila usia kanak-kanak meningkat, minat mereka terhadap kapal terbang mainan mungkin akan kekal, tetapi mereka akan berminat dengan mainan yang lebih canggih, mencabar atau realistic

Disebabkan itu, pengeluar mainan menghasilkan satu jenis mainan dengan tahap komplikasi yang berbeza, mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak.

Jadi, sebelum anda memilih mainan untuk hadiah hari jadi anak anda, ikut pesanan kami ini, ya!

1. Perhatikan minat anak anda.

Jangan sesekali menganggap semua kanak-kanak mempunyai minat yang sama kerana setiap individu adalah unik. 

Ada yang minat aktiviti dalam rumah (indoor), dan ada yang minat permainan lasak di luar rumah (outdoor). Jadi, pastikan minat anak anda dan beli mainan yang sesuai dengan minat meraka.

2. Lihat had umur pada kotak mainan

Kebanyakkan pengeluar mainan kanak-kanak akan meletakkan cadangan umur pada kotak mainan. 

Contohnya pada kotak LEGO, anda akan dapat lihat di bucu kotak tertulis 3+ yang bermaksud mainan itu sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun keatas atau 6+ untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas.

3. Mainan dengan bateri atau tanpa bateri

Menurut konsep pembelajaran Montessori, mainan tanpa bateri adalah lebih baik untuk perkembangan kanak-kanak. 

Namun, tidak semua ibu bapa berpendapat sedemikian kerana ada juga mainan yang menggunakan bateri yang baik untuk kanak-kanak.

4. Keluarkan mainan satu demi satu

Jika anda buat keputusan untuk beli lebih dari satu mainan untuk anak anda, jangan berikan semua sekali dalam satu masa. 

Keluarkan satu demi satu agar anak anda dapat fokus dan explore mainan barunya itu tanpa rasa keliru.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang Best & Seronok Sekitar Lembah Klang

Baca juga: Aktiviti Menarik Untuk Anak-Anak Di Rumah Semasa Musim Hujan, Ibu Jom Cuba!

Baca juga: 8 mainan berbahaya yang harus dijauhkan daripada anak anda!

Penulis

Najibah