X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Nak Tunjuk Sayang Pada Anak Bukan Beli Banyak Mainan, Mereka Perlukan 3 Perkara Ini Sahaja!

4 min bacaan
Nak Tunjuk Sayang Pada Anak Bukan Beli Banyak Mainan, Mereka Perlukan 3 Perkara Ini Sahaja!Nak Tunjuk Sayang Pada Anak Bukan Beli Banyak Mainan, Mereka Perlukan 3 Perkara Ini Sahaja!

Kasih sayang pada anak yang berusia bawah dua tahun bukan dengan membeli mainan atau barangan berjenama. Mereka perlukan masa bersama anda

Cara nak tunjuk kasih sayang pada anak bawah usia 2 tahun bukanlah dengan membeli mainan berbakul-bakul atau memberikan mereka barangan bayi yang berjenama. Pada ketika ini anak tidak tahu pun harga atau jenama yang ibu ayah belikan pada mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara untuk menunjukkan kasih sayang pada anak yang masih bayi

Bila cakap 'I love you' pun masa ini anak tidak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak 'beritahu' anak yang kita sayang mereka?

Cara untuk menunjukkan kasih sayang pada anak yang masih bayi

cara tunjuk kasih sayang pada anak

Menurut seorang pakar terapi cara kerja, Maryam Jamadi, mudah sahaja untuk menambat hati anak yang bawah dua tahun. Hal ini kerana perkembangan berfikir mereka bergantung pada rangsangan deria dan mereka juga masih belum pandai manipulasi dan faham maksud 'I love you'.

Jika ibu ayah baca puisi membebel panjang untuk mengatakan kita sayang pada anak pun, mereka tidak akan faham.

Jadi cara mudahnya untuk menunjukkan kasih sayang pada anak ialah:

#1. Masa yang berkualiti

Masa dimana tumpuan 100 peratus pada anak, tanpa sambil berbalas Whatsapp atau komen di Facebook. Layankan mereka bermain, anak dalam fasa meniarap, ibu ayah pun ikutlah meniarap sama macam komando.

Anak yang dalam fasa merangkak, ibu ayah pun main kejar-kejar sambil merangkak. Tidak jatuh pun maruah kan?

Kalau anda bekerja, bermainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup televisyen, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada.

Dapatkan 'trust' suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah usia 18 bulan. Pastikan suara kita jadi nombor 1, macam mana nak tahu? Cuba kita bisik atau memanggil anak dari jauh walaupun dalam keadaan bising, anak mesti boleh kenal suara kita.

#2. Beri pelukan dan sentuhan

kasih sayang anak bawah 2 tahun

Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat jika selalu memeluknya, terutama sekali ketika usia bawah 2 tahun. Pelukan umpama ''makanan'' minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.

Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun boleh jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak.

#3. Buat urutan

Badan anak selepas lahir umpama orang bina badan, terutamanya semasa bawah 1 tahun ototnya lembik sahaja. Si manja setiap hari 'bina badan' untuk ke posisi meniarap, merangkak dan berjalan.

Jadi urutan memang diperlukan bagi melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis di samping memberi deria sentuhan pada anak.

Kalau nak anak merangkak atau berjalan cepat, caranya bukan dengan beri walker ya! Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan.

Jadi berapa kali sehari perlu ibu ayah urut? Pendapat saya, sekurang-kurangnya dua kali sehari dan waktu paling sesuai adalah selepas mandi.

kasih sayang pada bayi

Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir menunjukkan mereka yang kerap diurut cepat keluar hospital berbanding bayi yang tidak diurut. Jadi kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah mereka selalu.

Bukan itu sahaja, kajian lain tentang kasih sayang pada anak dan perkembangan otak bayi berumur 2 tahun mendapati anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan anak yang kurang kasih sayang.

Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung pada rangsangan persekitaran bayi semasa bawah 2 tahun. Justeru ibu ayah, anda memainkan peranan yang besar dalam memastikan perkembangan yang baik dari segala aspek.

Maryam Jamadi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lebih Setahun Dihalang Berjumpa, Lelaki Terkilan Fikiran Anak Diracun Bekas Isteri & Ayah Tiri

Baca juga: Permohonan Mykid Anak Buat Kali Pertama Kini Dibuka, Hanya Perlu Walk In & Percuma

Baca juga: Lepas 10 Minit Bergerak, Ibu Baru Perasan Anak Tiada Dalam Kereta & Tertinggal Di Hotel

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Nak Tunjuk Sayang Pada Anak Bukan Beli Banyak Mainan, Mereka Perlukan 3 Perkara Ini Sahaja!
Kongsikan:
  • Selepas Sekolah Dibuka, Ramai Kanak-Kanak Didapati Ketinggalan & Tidak Pandai Pegang Pensil

    Selepas Sekolah Dibuka, Ramai Kanak-Kanak Didapati Ketinggalan & Tidak Pandai Pegang Pensil

  • Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

    Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

  • 'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

    'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

app info
get app banner
  • Selepas Sekolah Dibuka, Ramai Kanak-Kanak Didapati Ketinggalan & Tidak Pandai Pegang Pensil

    Selepas Sekolah Dibuka, Ramai Kanak-Kanak Didapati Ketinggalan & Tidak Pandai Pegang Pensil

  • Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

    Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

  • 'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

    'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.