Selain menunjukkan kasih sayang untuk anak melalui barang-barang kesukaan, ibu bapa juga perlu memenuhi keperluan psikologi kanak-kanak dalam bentuk kasih sayang dan perhatian. Juga kata doa untuk anak adalah penting untuk dititipkan setiap hari.
Semua kanak-kanak mempunyai tanggapan dan persepsi yang berlainan tentang apa itu kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Jadi ibu bapa perlu mainkan peranan penting untuk sentiasa tunjukkan rasa kasih sayang itu.
Ia boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara, contohnya melalui sentuhan fizikal atau dengan memberi sokongan apabila mereka dalam kesulitan ataupun meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama.
Kata doa untuk anak serta 5 Cara tunjukkan kasih sayang untuk anak
Berikut antara 6 jenis kasih sayang untuk anak yang wajib dibuat oleh semua ibu bapa:
#1. Sentuhan fizikal
Selain kata doa untuk anak, kasih sayang untuk anak boleh ditunjukkan dengan pelukan, ciuman atau belaian lembut apabila mereka menangis, sebelum tidur atau sebelum ibu bapa pergi bekerja.
Perbuatan yang mudah ini boleh menunjukkan lebih banyak kasih sayang untuk anak yang lebih peka terhadap sentuhan fizikal dari menggunakan perkataan.
#2. Meluahkan kasih sayang untuk anak melalui kata-kata
Ibu bapa juga boleh meluahkan kasih sayang terus kepada anak. Tetapi jika ibu bapa bukan jenis yang pandai bermanis mulut, kata-kata sokongan dan galakan juga boleh menyebabkan anak rasa disayangi.
Sentiasa ambil peluang untuk berbual dengan anak-anak, mulakan seawal usia adalah lebih baik. Contohnya jika anak sudah mula prasekolah, setiap kali dia pulang dari sekolah sentiasa bertanya bagaimana hari dia, apakah aktiviti yang dilakukan dan sebagainya.
Jika anak nampak seperti bersedih, tanya pada dia apa yang berlaku dan bagaimana anda boleh membantu, jangan sesekali abaikan emosi mereka.
Kanak-kanak sentiasa memerlukan pengesahan daripada ibu bapa mereka, oleh itu cuba luahkan kasih sayang anda sekerap mungkin.
#3. Meluangkan masa berkualiti bersama
Kanak-kanak sering mahu meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan ibu bapa mereka. Oleh itu, kadang-kadang ibu bapa perlu ketepikan gadjet, handphone, kerja dan memberi fokus kepada anak.
Bawalah anak berjalan-jalan, bercuti, ataupun ajar mereka untuk menunggang basikal dan bermain bola.
Apabila ibu bapa meluangkan masa untuk anak, mereka akan rasa penting dan disayangi. Kasih sayang untuk anak yang dicurahkan dari ibu bapa akan lekat dalam ingatan sepanjang hidup mereka.
#4. Kasih sayang untuk anak melalui ganjaran
Semua kanak-kanak suka menerima hadiah dan ganjaran kerana ini menyebabkan mereka rasa istimewa. Ini bukan soal hadiah sahaja, tetapi mereka juga gembira kerana menerima perhatian dari ibu bapa.
Ibu bapa tidak semestinya perlu membeli hadiah mahal. Terdapat ganjaran lain seperti membeli makanan kegemaran anak atau membawa anak untuk menonton wayang. Selain menunjukkan kasih sayang untuk anak, ini juga boleh membina hubungan yang erat.
#5. Membantu anak apabila mereka melakukan kerja rumah
Kadang-kadang anak kelihatan merengek dan merungut semasa melakukan kerja rumah, tetapi ini adalah satu cara untuk mendapat perhatian ibu bapa.
Apabila ibu bapa memenuhi keperluan anak dengan tenang dan sabar, mereka akan rasa dikasihi dan disayangi.
Tetapi ibu bapa juga perlu tengok dulu keadaan ya. Jangan sampai anak terlalu bergantung kepada ibu bapa pula. Ajar anak untuk berdikari, menyahut cabaran yang sukar dan belajar untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa orang lain.
#6. Titipkan kata doa untuk anak
Setiap hari ibu bapa sebenarnya wajib mendoakan kesejahteraan anak-anak. Doa daripada ibu bapa sangatlah mustajab untuk anak-anak. Disebabkan itu kadang-kala anak anda sentiasa dilindungi sehingga mereka besar dewasa walaupun tanpa anda di sisi. Ini kerana doa-doa anda yang dikabulkan Tuhan.
***
Sudah ke ibu bapa menunjukkan kasih sayang untuk anak hari ini?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia