X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

4 kata-kata positif yang baik diucap setiap hari

3 min bacaan
4 kata-kata positif yang baik diucap setiap hari

Kasih sayang yang mencukupi dari ibubapa akan membolehkan anak membesar dengan seimbang dari segi emosi dan jasmani

Tahukah anda bahawa kata-kata positif yang diucap setiap hari kepada anak, bakal membentuk perangai yang baik? Kadang-kadang ibu bapa yang sibuk bekerja tidak sedar bertapa bermaknanya untuk anak mendengar ucapan manis daripada mereka.

1. “Saya bangga dengan kamu.”

Sememangnya kita semua ibubapa yang bangga. Tetapi apabila anak teruja menunjukkan prestasinya di sekolah, adakah kita memberitahunya yang kita bangga dengan keputusan mereka?

Adakalanya anak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu dan ayah tetapi kecewa apabila tidak diberi perhatian.

kredit : pep.ph

kredit : pep.ph

Jangan selalu menganggap anak tahu bila kita rasa bangga dengan mereka. Ibubapa perlu ambil perhatian apabila anak sedang bekerja keras atau berusaha untuk mencuba sesuatu yang baru. Itulah masanya untuk memuji dan menunjukkan anak betapa gembiranya kita atas usaha mereka. Cari keseimbangan antara pujian yang terlalu sedikit dan pujian yang terlalu banyak.

Tumpuannya bukan untuk mendapat tempat pertama setiap kali, sebaliknya tujukan rasa bangga atas usaha gigih mereka sambil memberi semangat dan keyakinan.

2. “Sayang ingin dengar cerita kamu”

Semua anak ingin mempunyai ibubapa yang sentiasa mengambil berat tentang kehidupan mereka. Oleh itu, luangkan masa untuk berbual dengan anak dan berikan peluang untuk mereka berkongsi pandangan.

Walaupun banyak masalah pejabat yang belum selesai lagi, lupakan seketika dan lemparkan senyuman yang manis untuk anak-anak sekalian. Tunjukkan minat dan berikan tumpuan sepenuhnya apabila mereka sedang menceritakan pengalaman mereka hari itu.

Dengan adanya aliran komunikasi dua hala ini, anak boleh menjadi orang yang senang dibawa berbual dan berkongsi perasaan.  Ini juga boleh mengeratkan hubungan dan meyakinkan anak bahawa ibubapa akan sentiasa berada disisi mereka apabila menghadapi masalah.

3. “Saya sayang kamu”

kredit : Dr. David Palmiters Blog for Hectic Parents

kredit : Dr. David Palmiter’s Blog for Hectic Parents

“Ibu masih sayang lagi, walaupun kamu telah menyakiti hati Ibu.” Kata-kata ini selalu saya gunakan apabila bercakap dengan anak sulung saya.

Semenjak adik dia lahir, dia selalu menuduh saya tidak lagi menyayangi dia seperti dulu. Lebih-lebihan, selepas melakukan kesalahan.

Sudah tentu, ini tidak benar dan seringkali selepas dimarah, saya akan mengingatkannya yang saya masih sayang pada dia. Tindakan disiplin perlu dijalankan kerana saya sayang dia dan mahu dia membesar menjadi seorang yang baik.

4. “Terima Kasih”

Ucapkan terima kasih apabila anak ingin memberi bantuan. Walaupun kerja itu akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan, bayangkan senyuman yang bakal terukir di wajah mereka kerana telah memberi pertolongan.

Bantuan mereka, tak kira betapa kecil, dihulurkan dengan hati yang tulus dan ikhlas. Bersyukurlah dan katakan terima kasih kerana mereka pembawa kebahagiaan ke dalam hidup anda.

shutterstock_142896775

 

Walau sesibuk manapun, kita sebagai ibubapa jangan lupakan tanggungjawab utama memberi kebahagian kepada anak kita.  Kasih sayang yang mencukupi dari ibubapa akan membolehkan anak membesar dengan seimbang daripada segi emosi dan jasmani.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 4 kata-kata positif yang baik diucap setiap hari
Kongsikan:
  • 8 Sikap Positif Dato Seri Vida Yang Wanita Lain Patut Contohi

    8 Sikap Positif Dato Seri Vida Yang Wanita Lain Patut Contohi

  • Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

    Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 8 Sikap Positif Dato Seri Vida Yang Wanita Lain Patut Contohi

    8 Sikap Positif Dato Seri Vida Yang Wanita Lain Patut Contohi

  • Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

    Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.