Soal Anak Isu Yang Sensitif, Ini 9 Kata Kata Positif Yang Baik Untuk Mereka Yang Belum Ada Zuriat

Soal anak merupakan isu sensitif bagi pasangan TTC. Jagalah hati mereka yang berusaha mendapatkan zuriat dengan menuturkan kata kata positif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada satu pun pasangan suami isteri yang tidak mahukan zuriat. Namun, masalah kesuburan menyukarkan peluang yang ada. Jadi, hentikanlah bertanya dan berkata yang menyakitkan hati tanpa memikirkan perasaan dan ‘struggle’ mereka selama ini. Kata kata positif sebenarnya membantu pasangan ini berasa lebih tenang dari sebarang tekanan.

1 dalam 8 pasangan mengalami masalah kesuburan. Sama ada disebabkan masalah kesuburan atau masalah kesihatan yang lain. Ada juga sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Sebolehnya, kita sebagai manusia biasa jagalah hati mereka dengan memberikan kata kata positif yang baik untuk diucapkan kepada pasangan yang belum mempunyai anak sendiri.

Jangan katakan ini kepada pasangan TTC, elak sakit hati

  • “Buatlah IVF kalau tak jadi”
  • “Mungkin anda belum bersedia nak jadi ibu bapa”
  • “Rehatlah dulu”
  • “Nak ambil anak saya satu tak?”
  • “Bercuti je, nanti lekatlah tu”
  • “Tak perlu berusaha keras. Jangan fikir sangat”
  • “Tak nak ambil anak angkat ke?”
  • “Segala yang terjadi mungkin ada sebabnya”

Lebih baik kata begini untuk jaga hati

Kadangkala kita mungkin tidak sengaja atau terlepas cakap sesuatu yang menyakitkan kepada pasangan yang tidak ada anak. Kita hanya menyedarinya setelah beberapa saat selepas melihat raut wajah mereka tiba-tiba berubah.

Kalau ini berlaku, cepat-cepat minta maaf dan beritahu bahawa anda tidak mempunyai niat lain cuma tersasul cakap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa kata positif yang mungkin anda boleh ucapkan untuk mengelakkan mereka rasa tersinggung dan tawar hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • “Pasti susah kan untuk tinggal bersendirian”
  • “Saya tahu betapa awak mahukannya”
  • Stay strong. Saya tidak tahu perjalanan ini sangat panjang”
  • “Awak akan menjadi ibu bapa yang hebat”
  • “Saya benar-benar berharap ini berkesan untuk anda berdua”
  • “Saya ada di sini untuk kamu”
  • “Wah, dengar pun penat bunyinya. Bagaimana anda boleh menghadapi semua ini?”
  • “Saya tahu saya tidak boleh membantu, tetapi saya sentiasa gembira mendengar jika anda perlukan teman.”
  • “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Jika boleh, bawa makanan atau ajak menonton filem untuk mengalihkan perhatian seketika soal anak

Anda tidak perlulah memberikan respons sepanjang masa. Cukuplah respons apabila perlu dan mendengar luahan emosi mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Kata Positif Yang Perlu Ibu Ucap Selalu Pada Anak, #8 Paling Bermakna Buat Mereka

Baca juga: 6 kata-kata positif yang ibu bapa boleh guna apabila anak tak dengar cakap

Baca juga: 6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para “Pengecam”

Penulis

Noorhidayah