Ustazah Asma' Harun Kongsi 4 Waktu Terbaik Untuk Menasihati Anak Agar Mudah Dengar Kata

Kata nasihat untuk anak hendaklah diberikan pada waktu yang sesuai agar mereka dapat mendengar setiap pesanan daripada ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak-anak adakalanya menjadi agak mencabar, terutamanya ketika mereka mula berani melakukan sesuatu mengikut keinginan. Justeru adalah lebih baik ibu ayah memberi kata nasihat seawal usia agar dapat mengawal tingkah laku mereka.

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma' Harun telah berkongsikan ada beberapa waktu yang sangat baik untuk ibu ayah memberi kata nasihat untuk anak-anak.

Kata nasihat untuk anak hendaklah diberikan pada waktu yang sesuai

Ada orang lebih mengutamakan pandangan orang luar kerana rasa diri lebih dihormati dan dikagumi hingga lupa untuk menjadi yang terbaik pada insan terdekat, iaitu pasangan dan anak-anak.

Saya juga tidak terlepas daripada amanah sebagai seorang ibu kepada tujuh orang cahaya mata. Ditambah pula dengan kesibukan bekerja, namun tetap usaha cari masa untuk mereka kerana anak-anak tidak minta banyak selain masa bersama dan kasih sayang.

Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga, emosi mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga tidak sengaja meninggikan suara kepada mereka.

Empat waktu yang terbaik untuk menasihati anak

Ramai yang menyesal kerana telah melukakan hati insan tersayang. Namun ibu hendaklah berusaha minta maaf dan memberi ayat nasihat kepada anak supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama.

Ada beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan dalam memberi kata kata nasihat kepada ahli keluarga iaitu:

#1. Sewaktu berada dalam kenderaan

Waktu yang singkat dan terkejar-kejar untuk menghantar serta mengambil anak dari sekolah merupakan waktu efektif untuk memberikan kata nasihat kepada anak.

Ia hendaklah ringkas dan lebih mudah dihadam berbanding nasihat penuh falsafah. Misalnya, nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bila bersama guru, rakan-rakan dan juga orang sekeliling. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berada bersama dalam kenderaan, ibu boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.

Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita, dll.

Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh ayah.

#2. Ketika di meja makan

Sewaktu di meja makan, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil peluang untuk bergilir berkongsi cerita masing-masing dengan teruja.

Sebenarnya ayah boleh manfaatkan peluang untuk sampaikan ayat nasihat dalam nada yang lebih santai. Namun, harus diingati agar tidak menegur sampai menjatuhkan air muka mereka.

#3. Sebelum anak tidur

Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang. Ketika itu otak anak sudah bersedia untuk rehat dan berada dalam keadaan separa sedar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah boleh berbisik lembut ke telinga anak tentang kata kata nasihat baik yang mereka ingin sampaikan.

Ketika ini juga merupakan waktu yang sangat istimewa buat Ibu Bapa yang sibuk bekerja seharian kerana mereka dapat benar-benar menatap wajah anak tersayang.

Biasanya si anak sudah letih apabila memasuki waktu tidur, maka mereka secara sukarela akan menadah apa sahaja yang disampaikan oleh ibu ayah. Peluang ini sangat baik dimanfaatkan untuk apa jua nasihat buat si anak.

#4. Selepas solat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suasana selepas solat berjemaah bersama keluarga terasa sangat hening. Ibu Bapa boleh gunakan saat bersalaman untuk berbicara dengan anak-anak tentang nasihat, teguran atau apa sahaja perkongsian untuk kehidupan anak-anak.

Sesekali pujilah anak-anak atas apa jua pencapaian mereka. Beritahu mereka bahawa kita bangga mempunyai anak yang baik, soleh, lemah lembut dan mendengar kata seperti mereka.

Pujian yang diberikan oleh ibu ayah menjadi antara motivasi terbaik buat anak-anak. SubhanAllah.

Kesimpulannya, anak merupakan amanah yang penting buat ibu ayah. Dalam tidak sedar, kata kata ibu untuk anaknya juga menjadi sebuah doa.

Justeru ucapkanlah perkataan yang baik agar anak menjadi seorang yang menyenangkan hati. Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: ana suzana

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Dinasihat Tidak Bawa Anak Bawah 2 Tahun Tengok Wayang, Bahaya Risiko Pendengaran

Baca juga:  Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!

Baca juga:  Adik Tak Sayang Kakak Kerana Kakak Autisme, Nasihat Daripada Ayahnya Undang Sebak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan