Kerana Marahkan Anak, Ibu Tergamak Bakar Anak Sendiri Hingga Maut!

Kerana gagal kawal marah selepas pisau yang dicari tak ditemui, ibu ini nekad untuk membakar anak-anaknya yang tak bersalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, satu kejadian tragik telah berlaku kepada seorang kanak-kanak berumur 10 tahun di Utara Sulawesi, Indonesia. Kerana gagal kawal marah, ibu tersebut, Olga telah menuang minyak tanah ke atas anak, Jessica dan membakarnya!

Selepas sebulan rawatan, kanak-kanak ini akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 2018 lalu.

Ibu bakar anak sendiri kerana gagal kawal marah

Seperti yang dilaporkan oleh Detik.com, kejadian ini berlaku pada 12 September lalu. Semuanya bermula apabila Olga sedang mencari pisau dapur.

Dia bertanya dua anaknya, tapi kedua-dua mereka memilih untuk berdiam diri. Olga kemudiannya naik angin dan mula memukul mereka.

Dedi Prasetyo, Ketua Polis Brigadier Indonesia berkata, selepas memukul anak-anaknya, Olga menarik rambut Jessica dan menghentaknya ke pintu.

Tak cukup dengan itu, dia mengambil bekas berisi minyak tanah dan menuangnya ke badan mangsa dan membakar anaknya sendiri!

Keriuhan di rumah Olga telah menarik perhatian jiran-jiran mereka yang tinggal berdekatan. Selepas melihat keadaan Jessica, jirannya terus membawanya ke Pusat Kesihatan Masyarakat dan Olga di bawa ke balai polis.

85% badan Jessica luka bakar tahap tiga. Luka kebakarannya sangat parah hingga organ dalamannya turut terkesan. Adik Jessica juga turut parah, luka kebakarannya telah menjejaskan jantungnya.

Kerana ibu tak boleh kawal marah, anak dibakar meninggal dunia

Selepas sebulan dirawat, keadaan Jessica bertambah parah. Badannya mengalami beberapa kegagalan organ. Pelajar darjah empat ini kemudian meninggal pada hari Selasa, 23 Oktober.

Sementara itu, menurut Liputan 6, bapa mangsa Rony Manonahas kecewa dengan tindakan bekas isteri terhadap anak-anaknya.

“Ia hanya perkara kecil, tapi dia bertindak keterlaluan. Sebagai bapa, saya sangat sedih,” kata Rony.

Harapnya kejadian ini dapat memberi pengajaran pada kita untuk belajar kawal emosi dan marah terhadap anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa, kita tak boleh biarkan kemarahan kita membahayakan anak-anak.

Kami di theAsianparent sangat sedih dengan apa yang Jessica perlu lalui dan mengucapkan takziah pada keluarganya.

Tip kawal marah untuk ibu

Dr. Laura Markham telah menganalisa punca kemarahan ibu bapa, bagaimana ia berlaku dan apa yang perlu dibuat.

Ini adalah beberapa tip tentang cara mengawal kemarahan untuk ibu ditulis Laura yang mungkin berguna untuk anda:

1. Jangan bertindak semasa marah

Penting untuk anda ingat, apabila marah, anda tak semestinya melakukan sesuatu: jadi, jangan bertindak semasa marah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, kadang-kadang anda terdorong untuk mengajar anak supaya mereka dengar kata. Tapi, ini bukan apa yang anda nak sebenarnya. Ia apa yang kemarahan anda mahukan.

Kemarahan melihat situasi ini seperti satu kecemasan – walaupun sebenarnya tidak. Jangan lupa, nak ajar anak pengajaran bukan bermaksud perlu ajar sekarang. 

Janji dengan diri untuk tak memukul anak langsung, mengeluarkan kata-kata yang kesat, menjerit, atau panggil nama tak elok.

Jika anda perlu meluahkan rasa kecewa dan jerit, tinggalkan anak di dalam rumah dan buat di tempat tersorok seperti di dalam kereta dan jerit ketika tak ada orang.

2. Bercakap dengan anak tentang perkara ini

Anak juga ada perasaan marah. Jadi, duduk dan bercakap dengan anak adalah cara yang terbaik untuk mengawal kemarahan anda.

Anda tak akan sakitkan mereka secara fizikal atau emosi. Anda juga boleh menjadi contoh untuk mereka. Jangan lupa, bila anak anda lhat anda marah, mereka akan belajar cara anda mengawal emosi juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Dengar kemarahan anda 

Semua manusia dilahirkan dengan emosi termasuk marah. Perbezaannya adalah cara kita melakukannya.

Jadi, cara untuk kawal marah adalah dengan bertenang. Bila anda dah bertenang, cuba tanya diri anda, kenapa anda marah dan apa yang boleh anda lakukan untuk buat situasi menjadi lebih baik.

Jika cara-cara di atas tak dapat bantu anda untuk kawal kemarahan, cuba untuk dapatkan bantuan pakar.

Sebagai ibu bapa, kita tentu rasa marah dan hilang sabar dengan perangai anak. Tapi, apa yang Olga lakukan tak sepatutnya berlaku.

Walau apa pun sebab anda, tugas anda adalah untuk melindungi anak, bukan sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Bagaimana Saya Menjadi Seorang Ibu Yang Tenang

Penulis

Nadia Ghafar