Cara Rawat Kayap Ular Secepat Mungkin, Elak Komplikasi Lebih Teruk

Kayap ular atau shingles adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus varicella-zoster (VZV), virus yang sama menyebabkan chicken pox

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kayap ular dikenali sebagai kayap ular kerana muncul ruam lepuh yang menjalar di sepanjang jalur saraf anggota badan. Ia biasanya melibatkan di sebelah bahagian badan sahaja seperti dada dan muka. 

Jalur saraf ini memanjang, sekiranya ia berada di bahagian badan, kayap ular ini boleh mencecah sama panjang dengan tulang rusuk. 

Punca penyakit kayap terjadi

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor perubatan di Twitter, Dr. Samhan, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.

Katanya, “Selepas pesakit pulih daripada jangkitan chickenpox, dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang dijangkiti  berpunca dari cacar air akan kekal berada dalam sistem saraf dan berupaya aktif semula jika sistem imun individu menurun”.

“Virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap”.

Jelasnya, memandangkan ruam dan lepuhan ni muncul pada jalur yang panjang, pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular.

Selain hanya terjadi di sebelah atau kanan badan, ia boleh terjadi pada leher, muka, dan bahagian lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penyakit ini jarang menjangkiti kanak-kanak dan remaja dengan sistem imun yang sihat.

Komplikasi jika kayap merebak, lambat dirawat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sistem imun tubuh pesakit terlalu rendah, keberangkalian tinggi boleh melingkar dengan cepat di sekeliling badan. Terdapat beberapa komplikasi kesan daripada jangkitan kayap yang teruk. 

Antaranya:

  • Postherpetic neuralgia : kesakitan pada jalur saraf, walaupun ruam sudah tiada. Ada pesakit yang masih rasa sakit walaupun sudah berbulan-bulan.
  • Buta & Pekak: Jika terkena pada saraf muka, muka boleh lumpuh. Jika di mata, boleh buta. Jika di telinga, boleh pekak.
  • Radang otak dan selaput otak: ia jarang berlaku, tetapi jika berlaku bermakna amat serius. Jika tak dirawat segera boleh menyebabkan kematian.

Penyakit ini boleh menyebabkan kematian tetapi ia disebabkan oleh komplikasi yang serius sebab imuniti rendah, bukan kerana melingkar di keliling badan.

Cara rawat kayap ular yang betul dan selamat

Beliau turut menegaskan bahawa sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya tetapi rawatan perubatan membantu memendekkan tempoh penyakit untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat yang biasa dipreskripsi kepada pesakit:

  • Anti-viral

 Acyclovir penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.

  • Ubat tahan sakit 

NSAIDs membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.

Disapu sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terkena Penyakit Kayap? Apa Anda Perlu Tahu dan Ubat Kayap Yang Perlu Digunakan

Baca juga: Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Baca juga: Bila-Bila Masa Tuhan Akan Ambil Baby, Pasangan Ini Lalui Detik Duka Anak Hidap Sakit Jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah