TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gejala Bells Palsy Boleh Menyerang Ibu Hamil 6 Bulan Ke Atas, Ini Yang Perlu Anda Tahu!

4 min bacaan
Gejala Bells Palsy Boleh Menyerang Ibu Hamil 6 Bulan Ke Atas, Ini Yang Perlu Anda Tahu!

Setiap orang berisiko mengalami gejala bells palsy atau kelumpuhan otot bahagian wajah. Bagi ibu hamil, ia sering terjadi ketika kandungan 6 bulan ke atas

Semalam tular mengenai perkongsian seorang pelakon dan model Wanita, Faye Kusairi meluahkan rasa bersyukur selepas bermalam di hospital kerana diserang gejala bells palsy pada hari Jumaat lalu.

Dia yang sedang hamil 38 minggu berkata kejadian berlaku sewaktu dia sedang memberus gigi. Separuh muka bahagian kanannya masih dalam keadaan lumpuh dan perlu meneruskan rawatan bells palsy seperti biasa di rumah.

Baca juga: Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bells Palsy Akibat Korek Telinga!

Bahaya gejala bells palsy semasa mengandung

bells palsy ibu hamil

credit to sources

Bells palsy merupakan keadaan otot wajah mengalami kelumpuhan sehingga ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan, perubahan bentuk wajah, sukar untuk senyum dan bahkan tidak boleh menutup mata.

Sebuah penelitian mendapati kes bells palsy ini lebih banyak terjadi kepada wanita yang tengah mengandung. Meskipun masih tiada bukti punca utama ia terjadi, gejala bells palsy ini dikaitkan dengan perubahan hormon cairan dalam tubuh, jangkitan virus dan sistem imunisasi ketika hamil.

Risiko menjadi lebih besar sekiranya ibu sedang sarat mengandung atau berada di trimester ketiga. Ramai orang menganggap bahawa gejala bells palsy ini sebagai stroke, namun kedua-duanya adalah penyakit berbeza.

Antara penyebab lain yang mendorong masalah ini menyerang ibu mengandung ialah:

#1. Terlalu terdedah kepada angin dan penghawa dingin

Faktor ini dikatakan dapat menyebarkan virus bells palsy dengan mudah.

Justeru, pada 10 minit pertama anda menyalakan penghawa dingin atau kipas angin, sebaiknya biarkanlah dahulu udara keluar.

#2. Peningkatan tekanan darah

#3. Eklampsia dan preeklampsia 

#4. Meningkatkan tahap hormon stres kortisol selepas trimester kedua

#5. Peningkatan tekanan darah

Gejala yang dirasakan ketika ibu mengalami bells palsy

bells palsy ibu mengandung

credit to sources

Sebenarnya penyakit bells palsy ini sukar untuk diramalkan kerana ia boleh menyerang seseorang dalam masa yang singkat. Antara petanda sebelum terjadi ialah:

  • Telinga berdengung pada bahagian kanan dan diikuti dengan hilang rasa pada lidah (rasa seperti ada yang menyelimuti)
  • Sukar menunjukkan ekspresi pada wajah
  • Gangguan indera rasa
  • Sulit mengangkat kening, mengerutkan dahi dan menutup mata
  • Gangguan ketika mengunyah makanan

Adakah bells palsy boleh menjejaskan janin dalam kandungan?

Proses merawat bells palsy biasanya selamat dan tidak akan menganggu kesihatan bayi dalam kandungan. Meskipun demikian adalah lebih baik ibu mendapatkan nasihat doktor. 

Hal ini kerana bells palsy semasa kehamilan dikaitkan dengan hipertensi dan keracunan yang boleh membahyakan kesihatan ibu dan janin. Selain itu, bells palsy turut menimbulkan komplikasi lain seperti:

  • Luka pada kornea mata
  • Kerosakan saraf wajah kekal
  • Gerakan otot muncul tidak sengaja 
  • Ketidakupayaan untuk makan dan minum dengan betul
  • Sukar untuk bercakap dengan jelas kerana tidak boleh mengawal otot rahang

Manakala kesan terhadap psikologi bells palsy terhadap wanita hamil ialah anda mungkin berdepan kesukaran untuk mengekspresikan emosi seperti senyum atau ketawa. Bukan itu sahaja, anda juga berasa lemah dan tertekan kerana tidak mampu membantu diri sendiri.

Kebanyakan wanita yang menjadi pesakit Bells palsy boleh menjadi sensitif terhadap penampilan wajah mereka akibat kelumpuhan otot.

Rawatan bells palsy ketika mengandung

penyakit bells palsy

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Tiada prosedur perubatan yang ketat untuk merawat ibu hamil dengan masalah bells palsy. Namun beberapa pakar telah mencadangkan kaedah rawatan bagi membantu menguruskan bell palsy ketika mengandung. Antaranya:

#1. Penggunaan kortikosteroid seperti prednisolone terbukti dapat mengurangkan masalah lumpuh muka dan merangsang pergerakan otot. Rawatan ini sebaiknya dilakukan dalam tempoh 3 hari selepas anda mengalami gejala bells palsy. Walau bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kehamilan.

#2. Kaedah rawatan alternatif seperti urutan dan akupuntur juga memerlukan sedikit masa untuk proses pemulihan fungsi saraf serta mengurangkan rasa sakit.

#3. Bagi kes lumpuh muka, ubat antiviral seperti valacyclovir ditetapkan bersama kortikosteroid. Walaupun antivirals ini mungkin bermanfaat, namun keberkesannnya masih belum diketahui.

#4. Anda juga boleh menggunakana ubat-ubatan seperti ibuprofen dan paracetamol bagi membantu mengurangkan gejala. Kebanyakan kes bells palsy tidak memerlukan sebarang rawatan khusus kerana ia memerlukan masa 2 minggu hingga sebulan bagi proses pemulihan.

Sumber: Momkidszone

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Gejala Bells Palsy Boleh Menyerang Ibu Hamil 6 Bulan Ke Atas, Ini Yang Perlu Anda Tahu!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham