Sudah tiba masanya murid-murid kembali ke sekolah setelah hampir sepanjang tahun mereka mengikuti kelas atas talian.
Namun dalam gembira dan terujanya anak-anak, tentu sekali ibu ayah masih ada rasa bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah ketika kes positif COVID-19 yang kian meningkat ini.
Walau bagaimanapun, ternyata menghantar anak ke sekolah satu keputusan yang baik memandangkan kanak-kanak yang makin hilang minat untuk mengikuti kelas atas talian.
Perubahan angin ini mampu membangkitkan semula semangat anak-anak untuk belajar, dan bagi Shera Aiyob, seorang selebriti merangkap suri rumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak berkata “ia adalah keputusan yang sukar untuk kami lakukan, namun ia adalah yang terbaik, memandangkan Anaqi sudah terlalu lama berada di rumah. Memanglah risau, kami hanya mampu berdoa untuk keselamatan dia demi mendapatkan apa yang terbaik buat dia,” katanya.
Temubual dilema ibu bersama Shera Aiyob
Bagaimana Shera nekad untuk menghantar anak ke sekolah?
Pada mulanya memang risau sebab kes makin lama makin naik, macam tak nampak nak surut. Tapi lepas berbincang dengan suami, kami pilih untuk hantar saja dulu dan berdoa banyak-banyak agar Anaqi dilindungi. Antara sebab yang kami okay untuk hantar Anaqi adalah kerana sekolah dia buka berperingkat, jadi tak ramai sangat pada permulaan ini. Dan kalau kes semakin naik yang membimbangkan, kami akan pertimbangkan semula sama ada nak hantar ke sekolah atau pilih online class sahaja.
Apakah pesanan Shera kepada anak ketika di sekolah?
Kami selalu pesan pada Anaqi apa yang perlu kita jaga sepanjang pandemik ini. Parents mesti akan dilema sebab di sekolah ramai kanak-kanak. Dan biasalah kanak-kanak ni belum faham sepenuhnya macam mana nak kawal pergerakan dan pergaulan sesama mereka. Kita boleh ingatkan mereka di rumah tapi bila di sekolah kita dah tak boleh nak monitor lagi. Dan memang kena pesan selalu kena cuci tangan, jangan sentuh atau dekat dengan org lain. Rasanya semua mommies akan buat macam tu haha. Dan yang paling penting, balik sekolah saja memang kena mandi terus. Kalau boleh spray juga barang-barang kelengkapan sekolah dia bila dia balik dengan sanitizer!
Bagaimana Shera prep Anaqi ke sekolah?
Untuk persiapan, Shera memang akan sediakan:
- Hand sanitizer
- Tisu basah anti-bakteria
- Sabun
- Spray anti-bakteria
- Ekstra face mask
Selain tu, Shera akan cuba bagi dia makan makanan yang dapat boost up sistem imun dia. Boleh rujuk di sini pemakan untuk meningkatkan sistem imunisasi anak.
Banyakkan minum air, ambil vitamin, banyakkan makan buah-buahan dan sayur. Seperti Anaqi, dia tiada masalah makan buah-buahan, itu adalah kegemaran dia, jadi buat saya lega sedikit.
Apa perasaan Shera sebagai ibu pada awalnya diumumkan sekolah akan dibuka seperti biasa?
Mula-mula bila Shera dapat email yang sekolah akan bermula, saya memang okay, dan berniat nak hantar. Sebab dah lama sangat Anaqi belajar online. Mengadap screen everyday. Terperap di rumah. Walau bagaimanapun menjelang sehari dua sebelum hari mula sekolah tu saya tidak nafikan macam ada mixed feelings pula. Jadi saya bincang bersama Zahiril dan mencapai kata putus untuk cuba hantar anak dulu ke sekolah. Dan lihat bagaimana.
Apa pandangan Shera apabila sekolah menawarkan pilihan untuk hantar anak ke sekolah atau kelas online?
Disebabkan adanya dua opsyen tersebut, Shera berasa lega sedikit. Kerana ada ibu bapa yang memilih untuk mengekalkan anak mereka untuk belajar online, jadi hanya sebilangan murid yang akan ke sekolah. Tidaklah sesak dalam satu kelas tersebut, jadi ia mungkin sedikit sebanyak dapat menjaga penjarakan sosial sesama murid. Tiada paksaan pada ibu bapa untuk memilih yang mana, terserah kepada ibu ayah sendiri untuk menentukan apa yang terbaik untuk anak. Dan bagi kami, ke sekolah adalah yang terbaik buat masa ini.
Yalah budak-budak tengah bersemangat bukan tahun baru? Jadi untuk ibu ayah semua yang masih dilema, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik buat anda sekeluarga, berdoa banyak-banyak agar keluarga kita semua dilindungiNya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cuti Sekolah Dikurangkan, Ini Item Penting Sediakan Anak Ke Sekolah Pandemik Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!