Minyak ikan mengandungi kebaikan omega 3 yang sangat baik untuk otak. Ia bukan saja baik untuk kanak-kanak malah banyak manfaatnya kepada orang dewasa.
Minyak ikan atau fish oil adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna, ikan tenggiri dan ikan kod.
Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan contohnya minyak hati ikan kod yang banyak dijual di pasaran.
Kebaikan Omega 3 Minyak Ikan
Pelbagai kebaikan minyak ikan kepada tubuh badan. Yang paling popular tentulah kandungan omega 3 yang sangat baik untuk otak.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan minyak ikan dalam diet pemakanan setiap minggu. Jadi apakah kebaikannya?
1.Kebaikan Omega 3 – Menurunkan Tekanan Darah
Pengambilan pengambilan optimum DHA dan EPA untuk mengurangkan tekanan darah ialah dua hingga tiga gram setiap hari. Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko penting untuk seseorang diserang penyakit jantung dan strok.
2.Baik Untuk Kesihatan Jantung – Kebaikan Omega 3
Omega-3 dalam minyak ikan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia dapat menurunkan kadar trigliserida, meningkatkan kadar kolesterol HDL iaitu kolesterol baik serta membantu mengurangi keradangan dan tekanan darah.
3, Baik Untuk Fungsi Otak, Kognitif
DHA dan omega 3 salah satu komponen utama dalam minyak ikan, penting untuk perkembangan dan fungsi otak yang sihat Pengambilan omega-3 dapat mendukung kesihatan otak, meningkatkan daya ingatan, serta berpotensi mengurangi risiko terjadinya gangguan kognitif seperti penyakit Alzheimer.
4.Melindungi Kesihatan Mata
DHA juga merupakan komponen penting untuk kesihatan retina mata.
5.Meningkatkan Imun Badan
Omega-3 memiliki sifat antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan radang dalam tubuh. Ia sangat bermanfaat bagi individu yang mengalami keadaan inflamasi kronik seperti arthritis reumatoid.
Jangan Ambil Berlebihan
Pengambilan minyak ikan yang berlebihan kemungkinan akan menyebabkan seseorang itu sakit perut atau cirit-birit. Selain itu, pengambilan Omega 3 berlebihan jua menyebabkan ‘oxidative stress’.
Jadi pastikan anda ambil dos yang bersesuaian dan tidak berlebihan kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan. Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minyak Ikan Tidak Hanya Bagus Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Mampu Elakkan Ekzema Pada Bayi
Baca juga: Kebaikan Minyak Ikan Untuk Wanita Hamil Memainkan Peranan Penting Dalam Sistem Imun Bayi
Baca juga: Minyak Ikan Tidak Hanya Bagus Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Mampu Elakkan Ekzema Pada Bayi