Individu yang sering minum air minuman probiotik mesti tahu kebaikannya kepada kesihatan. Namun tahukah anda kebaikan probiotik untuk kulit?
Isi Kandungan
Kebaikan Probiotik Untuk Kulit
1.Melegakan pelbagai jenis penyakit kulit
Jerawat, ruam, ekzema atau psoriasis mungkin berpunca daripada bakteria di dalam perut anda. Pengambilan probiotik dapat mengelakkan masalah ini dengan cara mengembalikan semula keseimbangan bakteria di dalam perut anda. Pengambilan probiotik secara oral dan juga topikal mungkin dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.
2.Kurangkan kesan penuaan
Penggunaan probiotik secara topikal dipercayai dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Ia juga membantu kulit menghasilkan kolagen yang dapat menguatkan struktur kulit.
3.Kurangkan sunburn
Selain dapat mengurangkan inflamasi, probiotik juga membuatkan kulit lebih rintang terhadap kesan cahaya matahari.
4.Kekalkan kelembapan kulit
Kajian menunjukkan, probiotik mempunyai manfaat terhadap skin barrier iaitu satu lapisan yang melindungi kulit daripada segala bahan yang di persekitaran kita. Kulit yang kering, gatal-gatal dan mengalami keradangan merupakan tanda gangguan pada skin barrier.
5.Kurangkan kulit sensitif
Apabila skin barrier kita terjaga ia akan meningkatkan ketahanan kulit dan mengelak daripada ia menjadi terlalu sensitif terhadap persekitaran.
Kebaikan Probiotik Jika Disapu Pada Kulit
Kehamilan dan perubahan hormon amat berkait rapat dengan berlakunya masalah jerawat. Ini menyebabkan ibu hamil rasa tidak selesa sekali gus menyebabkan emosi mereka terganggu.
Kebaikan Probiotik Kurangkan Masalah Jerawat
Anda boleh cuba ambil probiotik untuk mengurangkan masalah ini. Probiotik merupakan kombinasi bakteria atau yis hidup yang tinggal secara semula jadi dalam badan kita.
Walaupun bakteria sering dianggap sebagai sesuatu yang menyebabkan penyakit, namun ada juga bakteria baik yang memastikan badan kita kekal sihat dan berfungsi dengan sempurna.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Probiotik Penting Untuk Kesihatan Usus, Ini Dia 8 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus
Baca juga: Tahukah Anda? 5 Gejala Kehamilan Yang Tidak Diingini Ini Berkaitan Dengan Kesihatan Usus
Baca juga: Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!