Bahayakah Ibu Mengidam Makanan Ringan Ketika Hamil? Ini Jawapan Dari Pakar

Keburukan makanan ringan terhadap ibu mengandung boleh menganggu kesihatan diri anda dan bayi dalam kandungan. Sebaiknya hindarilah dari tabiat ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika melalui setiap fasa kehamilan, para ibu pastinya tidak akan terlepas dengan saat-saat mengidam pelbagai makanan. Namun sentiasa waspada jika anda mula menyukai makanan tidak berkhasiat dan ambil tahu keburukan makanan ringan terhadap kesihatan diri dan janin dalam kandungan.

Sesetengah ibu mungkin berpendapat, makan sekali-sekala tidak mengapa. Tapi bagaimana jika tabiat ini menyebabkan anda tiada selera untuk mengambil jenis makanan sihat seperti yang disarankan oleh pakar?

Keburukan makanan ringan untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan

Khabar gembira telah mula menjadi tular apabila seorang penyanyi Hollywood, Ellie Goulding kini sedang hamil anak pertama. Penyanyi berusia 34 tahun itu telah berkongsi berita ini di laman Instagram peribadinya dengan memuat naik gambar baby bump.

credit to sources

Dipetik dari People, kehamilan Goulding kini sudah memasuki usia 30 minggu. Dia juga menyedari bahawa kehamilan ini mengubah pelbagai perkara aneh pada dirinya seperti perubahan bentuk badan, mood, amat menyukai makanan ringan dan segera.

”Saya kini memiliki tubuh dan tenaga yang sangat berbeza dari sebelum ini, ia agak sukar untuk menghadapinya,” kongsi Goulding.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia selalu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan olahraga dan menjaga pemakanan seharian. Namun sejak hamil, tabiat itu hilang kerana rasa mengidam yang dialaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya mengalami banyak perubahan, biasanya saya akan ambil salad atau kekacang untuk sarapan, tapi kini amat menginginkan makanan ringan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, keinginan untuk mengambil makanan ringan ini mungkin disebabkan oleh terlalu banyak masa dihabiskan di rumah ketika pandemik Covid-19. Dia turut mengatakan bahawa perutnya benar-benar menolak pelbagai jenis sayur yang biasa diambil seperti sawi, brokoli dan bayam.

”Sebenarnya saya berasa takut kerana tiba-tiba menginginkan makanan ringan. Bayi dalam kandungan sudah mengambil alih tubuh dan hanya ingin mengambil karbohidrat dan gula,” katanya.

Kesan makanan ringan ketika mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sewaktu hamil, para ibu amat disarankan untuk mengamalkan makanan berkhasiat dan seimbang. Selain ia baik buat kesihatan anda, makanan ini turut membantu mengoptimumkan perkembangan bayi dalam kandungan.

Jadi bagaimana jika ibu hamil mengidam makanan ringan seperti Ellie Goulding?

Menurut pakar Perbidanan dan Kandungan, Dr. Frizar Irmansyah, ibu yang sedang mengandung sebaiknya mengelakkan dari mengambil makanan segera kerana ia sudah jelas tidak mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Jika berdepan kesibukan, ibu boleh lah mengambilnya sekali-sekala sahaja. Jika dijadikan rutin, keburukan makanan ringan ini boleh menjejaskan kesihatan diri. Adalah lebih baik anda menggantikannya dengan sayur dan buah-buahan,” jelasnya.

Kesan lain yang boleh terjadi sekiranya ibu-ibu gemar mengambil makanan ringan atau segera ialah:

#1. Mengandungi lemak tepu dan garam tinggi

Keburukan makanan ringan boleh dianggap sebagai tidak berkhasiat kerana boleh memudaratkan kesihatan ibu hamil dan janin dalam kandungan. Ia turut mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam pada kadar yang tinggi.

Bukan itu sahaja, ia turut memiliki kadar MSG, bahan pengawet, pewarna, perasa, garam dan gula dalam kuantiti yang banyak bagi mengekalkan kesedapan dan kesegaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Masalah darah tinggi

credit to sources

Ujian makmal yang dilakukan oleh penyelidik California melibatkan 200 orang responden menunjukkan sebanyak 1/3 daripada mereka memiliki kadar kolesterol dalam darah yang tinggi dan 10 peratus daripada mereka yang mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan adalah penghidap penyakit darah tinggi.

Kajian jelas menunjukkan lebihan lemak tepu terdapat dalam makanan ringan berupaya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi.

#3. Peningkatan berat badan atau obesiti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika mengandung, sesetengah ibu mengalami peningkatan berat badan yang mendadak kerana corak pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini juga boleh berlaku jika anda kerap mengambil makanan ringan yang tinggi gula, garam dan lemak.

Masalah pertambahan berat badan ini turut memberi risiko terhadap bayi dalam kandungan seperti bayi lahir besar, ibu menghidap kencing manis, malah boleh menyukarkan proses bersalin kelak.

Kesimpulannya, sentiasalah berwaspada dan berusaha mengamalkan pemakanan sihat sepanjang kehamilan anda. Ada sebab pakar kesihatan menegaskan hal ini kerana ingin memastikan kesihatan diri ibu dan janin sentiasa terjaga.

Sumber: Kumparan, Sifiria

Kredit foto: Freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Suka Makan Mee Pedas Berapi Ketika Hamil? Hati-Hati, Kontraksi Awal Boleh Terjadi!