X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Gara-Gara Selalu Tetap Brightness Telefon Paling Maksimum, Mata Gadis Ini Ada 500 Lubang & Rosak!

4 min bacaan
Gara-Gara Selalu Tetap Brightness Telefon Paling Maksimum, Mata Gadis Ini Ada 500 Lubang & Rosak!

Anda selalu tetapkan kecerahan skrin telefon bimbit anda tahap berapa? Kalau tahap maksimum, jaga-jaga ya! Mata anda boleh rosak dan berlubang seperti ini!

Akibat Kecerahan Skrin Telefon Di Tahap Maksimum, Wanita Ini Ada 500 Lubang Di Mata!

Berapakah kecerahan skrin telefon anda? Adakah anda selalu tetapkan brightness skrin telefon ini ke tahap maksimum?

Jika jawapan anda ya, mungkin anda perlu lebih berhati-hati selepas ini. Menurut Dr. Justin Bazan, seorang pakar perubatan dari The Vision Council, 

“Sebenarnya ramai yang tidak sedar kesalahan menetapkan kecerahan skrin telefon ke tahap maksimum. Seiring dengan kemajuan teknologi, hakikatnya ramai individu menderita ketidakselesaan fizikal akibat selalu melihat skrin telefon, terutamanya sepanjang 2 jam untuk satu penggunaan.”

Sebenarnya, kita memang tidak boleh elak untuk guna dan pegang telefon bimbit ini ketika siang atau malam. Mana nak tengok mesej di WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, dll…

Hinggakan kita terlupa tentang kesihatan dan keadaan mata kita. Itulah yang terpaksa dipelajari oleh Chen, seorang wanita dari Taiwan ini. 

Kecerahan skrin telefon di tahap maksimum untuk memudahkan urusan

Image result for brightness 500 holes

Dia terpaksa mempelajari akibatnya jika kita mengambil ringan isu kecerahan skrin telefon yang sering kita tatap. Selama 2 tahun, Chen selalu menetapkan kecerahan skrin telefonnya ke tahap maksimum.

Dia tidak sedar yang perbuatannya itu membawa padah. Mula Mac tahun lalu, kesihatan mata Chen mula menurun.

Menurut laporan Apple Daily, Chen yang bekerja sebagai setiausaha ini memang tidak pernah “lekang” dari telefon bimbitnya. Malah, Chen sendiri mengakui dia sering menggunakan telefonnya di kawasan luar yang terang.

Jadi, dia terpaksa menaikkan kecerahan skrin telefonnya ke tahap maksimum untuk memudahkan urusan kerja. 

Malah menurutnya lagi, dia tidak akan menurunkan kecerahan skrin itu pada waktu malam pun. Apa yang memburukkan lagi keadaan, dia suka menggunakan telefon bimbitnya di dalam gelap ketika waktu malam!

Selepas sering merasai kesakitan di mata hingga bengkak, dan ia tidak boleh dikurangkan dengan ubat titis, Chen akhirnya mengambil keputusan ke hospital.

Di hospital, doktor memberitahu yang saluran kecil darah pada mata kirinya telah pecah, dan tahap penglihatannya menurun ke 0.6!

Tapi, tahap penglihatan pada mata sebelah kiri lebih teruk! Ia turun sehingga 0.3. Doktor juga menemui 500 lubang kecil dalam bahagian mata itu.

kecerahan skrin telefon, brightness telefon, brightness telefon bimbit, kecerahan skrin, skrin telefon, peraturan 20-20-20, kesihatan mata, mata letih, mata kering, mata merah

Menurut doktor pakar, Dr. Hong, mata Chen telah terdedah kepada hampir 600 lumen setiap hari dalam tempoh 2 tahun. Sedangkan, mata manusia hanya boleh menerima hampir 300 lumen sahaja. 

Chen kini diberikan steroids untuk merawat matanya, dan dia kini menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

Apapun, doktor masih menekankan yang penggunaan telefon bimbit di tahap kecerahan maksimum selama 2 jam sama seperti membakar bola mata anda dalam ketuhar!

Kecerahan Skrin Telefon Bawa Pelbagai Masalah Pada Mata Anda

Sebenarnya, ada banyak sebab kenapa kecerahan skrin telefon boleh merosakkan kesihatan mata anda. Antara 2 daripadanya adalah penyakit mata kering.

Penyakit ini menyebabkan mata tidak cukup lembap untuk memberi perlindungan, jadi permukaan mata akan lebih cepat merengsa. 

kecerahan skrin telefon, brightness telefon, brightness telefon bimbit, kecerahan skrin, skrin telefon, peraturan 20-20-20, kesihatan mata, mata letih, mata kering, mata merah

Satu lagi adalah sindrom penglihatan komputer. Ia disebabkan oleh habit melihat skrin (telefon atau komputer riba), tanpa henti selama 2 jam.

Akibatnya, ramai yang akan rasa mata sakit atau kering, sakit kepala, penglihatan kabur, sakit leher dan sakit bahu. Sindrom ini sering berpunca dari kecerahan skrin telefon anda. 

Antara sebab kenapa “lampu biru” dari skrin itu menyebabkan mata letih adalah kerana pelepasan melatonin. Melatonin akan “memperdaya” anda yang “hari masih siang/cerah”, sedangkan sudah malam!

Bagaimana Ingin Menjaga Kesihatan Mata Walaupun Jika Selalu Lihat Telefon?

Jangan risau, masih ada cara untuk menggunakan telefon bimbit ini dengan selamat.

Demi menjaga kesihatan mata, anda haruslah mengikut beberapa gaya hidup dan tips penjagaan mata yang diberikan pakar ini. 

#1 Ikut peraturan 20-20-20

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan mata anda adalah dengan mengamalkan peraturan 20-20-20 ini. Bagaimana ingin melakukannya? Mudah saja!

Setiap 20 minit masa merenung skrin, berhenti dan lihat pada mana-mana tempat sejauh 20 kaki, selama 20 saat. Mudah saja kan? 

Mata ini sama juga seperti otot yang lain. Ia perlukan rehat.

mata lebih sihat, mata sihat, mata, penggungaan gajet, gate, peraturan untuk mata sihat, penggunaan gajat dan mata, kesihatan mata, tip kesihatan

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

#2 Kerapkan kelipan mata

Kerapkan kelipan mata anda mungkin dengar macam tak masuk akal, tapi ia sebenarnya bagus untuk mata anda!

Anda hanya perlu berfikir untuk mengelipkan mata. Apabila anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan kelipan mata yang “lengkap” di mata kelopak atas mata betul-betul menyentuh kelopak mata bawah. 

#3 Kurangkan kecerahan skrin anda

Akhir sekali, anda juga boleh mengubah tetapan kecerahan skrin anda ke warna yang lebih panas. Setiap telefon bimbit kini memiliki night mode yang memberikan warna oren. 

Walaupun ia nampak remeh, tapi anda tidak akan sedar ada banyak habit kita ini tidak bagus untuk kesihatan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Asia One, Siakap Keli, Health

Baca juga:

Anak kecil ini terkena sawan kerana asyik main gadget iPadnya! Ibu bapa perlu lebih peka

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Gara-Gara Selalu Tetap Brightness Telefon Paling Maksimum, Mata Gadis Ini Ada 500 Lubang & Rosak!
Kongsikan:
  • Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

    Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

  • Awasi telefon bimbit anak anda!

    Awasi telefon bimbit anak anda!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

    Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

  • Awasi telefon bimbit anak anda!

    Awasi telefon bimbit anak anda!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.