Anak Tak Duduk Diam, Suka Berlari & Melompat, Sebenarnya Miliki Kecerdasan Kinestetik Yang Tinggi

Ibu jangan terlalu marah anak jika tak tahu duduk diam kerana itu tanda dia miliki kecerdasan kinestetik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bawa pergi ke mana-mana si kecil ini memang tidak tahu duduk diam. Ada saja hal yang dibuat contohnya berlari ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti, tidak tenang dalam waktu yang lama dan suka bermain. Jika ibu perasan anak kecil anda tidak tahu duduk diam, itu bermaksud dia memiliki kecerdasan kinestetik yang tinggi. 

Seorang pakar perkembangan anak bernama Howard Gardner mengungkapkan ada sembilan jenis kecerdasan yang dimiliki anak seperti berikut: 

  • Kecerdasan linguistik 
  • Kecerdasan logikal matematik 
  • Kecerdasan interpersonal
  • Kecerdasan naturalis 
  • Kecerdasan muzik
  • Kecerdasan kinestetik 
  • Kecerdasan visual ruang 
  • Kecerdasan Spiritual Eksistensial 
  • Kecerdasan intrapersonal 

Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan kinestetik? 

Kredit: Ibu dan Balita

Kecerdasan kinestetik meliputi kemampuan fizikal seperti keseimbangan, ketrampilan, kekuatan dan kemampuan menerima sebarang rangsangan melalui panca indera. 

Selain itu, ia adalah kemampuan mengerakkan anggota tubuh seiring dengan keinginan otak dan fikirannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh yang paling umum pada kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini seperti melompat, menari, berenang, bermain bola dan aktiviti fizikal yang lain. 

Sebab itu, anak yang mempunyai kecerdasan ini tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama lantas mencari idea dan alasan untuk mengerakkan tubuhnya seperti berlari di sekitar rumah, menyelongkar barang mainan dan lain-lain. 

Kelebihan kecerdasan kinestetik 

Menurut kajian dari Universiti Eastern di Finland, mereka menemui bahawa siswa yang memiliki kecerdasan kinestetik terbukti aktif dalam kegiatan sukan dan mempunyai kemampuan membaca serta penguasaan matematik yang lebih baik. 

Secara umumnya, kemampuan membaca dan matematik sangat penting dikuasai anak kerana kedua-duanya merupakan cabang  akademik yang boleh mendorong mereka meraih keputusan baik dalam ujian mengikut mata pelajaran lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain peningkatan dalam kemampuan belajar, kecerdasan kinestetik juga memberi kelebihan dalam menyihatkan tubuh anak sebab semakin anak bergerak peredaran darah kian lancar dan meningkatkan kerja organ dalam tubuhnya. 

Malah, dengan banyak bergerak juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh anak sehingga pembakaran kalori dalam tubuhnya menjadi lebih maksima. 

Sekaligus menaikkan nafsu makan anak dan dia boleh memiliki tahap pemakanan dengan nutrisi yang cukup seiring dengan perkembangan tubuhnya.

Justeru, jika anak tidak duduk diam maka ibu jangan selalu marah ya kerana kemungkinan besar dia memiliki kecerdasan tersebut. 

Adalah lebih baik, anda mendorong kecerdasannya itu dengan mengarahnya melakukan kegiatan fizikal yang bermanfaat seperti membersihkan rumah, menyimpan semula mainan dan bermain bersama adik atau rakan seusianya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa likes theAsianparent Malaysia di Facebook. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comteori-kecerdasan