KAJIAN: Benarkah Bekerja Hingga Lewat Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin?

KAJIAN: Benarkah Bekerja Hingga Lewat Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin?

Walaupun baru hamil, keguguran di awal kehamilan juga merupakan sesuatu yang amat menyedihkan bagi ibu mengandung. Adakah bekerja lewat malam jadi punca?

Walaupun kehamilan baru di trimester pertama, keguguran di awal kehamilan juga merupakan sesuatu yang amat menyedihkan bagi ibu mengandung.

Walaupun ada yang kata masih baru dan kononnya masih belum ada bonding dengan janin, hanya ibu yang mengalaminya saja faham perasaan mengalami keguguran di awal kehamilan.

Keguguran memang perkara paling menakutkan jika memang kehadiran bayi itu ditunggu-tunggu. Jadi apakah perkara yang boleh menyebabkan keguguran? Adakah ia mempunyai perkaitan dengan aspek pekerjaan harian?

Keguguran di awal kehamilan kerana bekerja hingga lewat malam?

Keguguran di awal kehamilan

Menurut artikel dikongsikan hellodoktor, keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu.

Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran jika berlaku kurang dari 22 minggu.

Baca juga: Cara Mengelak Keguguran Dari Berlaku Di Awal Kandungan, Ini Masa Yang Tepat Untuk Jaga Kehamilan

Keguguran berlaku kepada 8 hingga 20 peratus ibu mengandung. Kebanyakan kes (80 peratus) berlaku sebelum minggu ke-13 manakala 20 peratus berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung.

Keguguran dan waktu pekerjaan seharian individu

Keguguran di awal kehamilan

Menurut artikel dalam hellodoktor, pekerjaan dan keguguran mungkin ada kaitan. Pernahkah anda terdengar atau terbaca bahawa situasi janin gugur ini adalah disebabkan oleh anda yang terlalu kuat bekerja? Ya, ia mungkin ada kaitan!

Sebenarnya, jenis pekerjaan juga mungkin memainkan peranan dalam menjadi sebab keguguran, namun ia adalah lebih kepada waktu kalian bekerja.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar dari Bispebjerg & Frederiksberg Hospital, kehamilan mungkin akan disudahi dengan keguguran jika kalian terlalu kuat bekerja pada waktu malam.

Kajian yang melibatkan sekitar 22,744 pekerja di Denmark itu menyatakan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan cahaya! Apa maksudnya?

Dr. Luise Molenberg Begtrup yang merupakan salah seorang pengkaji itu menyatakan, lampu pada waktu malam mungkin akan menjejaskan ritma circadian lantas mengurangkan perembesan melatonin.

Buat anda yang mungkin belum tahu, melatonin ini adalah salah satu hormon yang sangat penting bagi menjaga fungsi plasenta daripada terjejas.

Keguguran ini akan menjadi lebih berisiko sekiranya pekerjaan pada waktu malam yang si ibu lakukan itu adalah kerja berat seperti dalam sektor perkilangan, perindustrian dan lain-lain seumpamanya.

Faktor meningkatkan risiko keguguran

  1. Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
  2. Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risiko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
  3. Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
  4. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
  5. Demam panas: melebihi 37.8 darjah celsius atau lebih boleh menyebabkan keguguran
  6. Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.
  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

Peringkat keguguran

Keguguran di awal kehamilan

Menurut portal myhealth, terdapat beberapa peringkat keguguran yang mungkin boleh terjadi kepada ibu hamil. Antaranya termasuk:

  1. Ancaman keguguran (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut. Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung. Dalam kebanyakan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan. Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur. Majoriti kes tidak berakhir dengan keguguran.
  2. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) – keguguran tidak dapat dielakkan. Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.
  3. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) – bermakna kandungan telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
  4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) – kandungan telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang. Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.
  5. Keguguran septik (septic miscarriage) – ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan lebih pekat dan berwarna kuning)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor, myhealth

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner