Kesan Selepas Keguguran Buat Ramai Ibu Down, Ini Cara Hadapi Kesedihan Agar Tidak Berpanjangan

Kesan selepas keguguran boleh meninggalkan perasaan begitu mendalam bagi ibu yang mengalaminya. Ada beberapa cara berdepan situasi ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik melakukan ujian kehamilan, setiap ibu pastinya meletakkan harapan yang begitu tinggi agar janin membesar dengan sihat. Namun jika telah tertulis belum rezeki anda, kesan selepas keguguran boleh memberikan kesan begitu mendalam.

Keguguran memang menyedihkan. Tak kiralah bagaimana ia berlaku atau apa penyebabnya. Tapi percayalah, ia memerlukan masa akan menyembuhkan rasa kehilangan ini.

Beri peluang pada diri anda untuk bersedih dan menerima apa yang berlaku.

Kesan selepas keguguran, fahami bagaimana proses kesedihan berlaku

Emosi yang terjejas merupakan salah satu kesan selepas keguguran. Ibu yang diuji dengan kehilangan ini akan melalui beberapa tahap kesedihan iaitu:

  1. Penafian – Pada awalnya, memang sukar untuk anda terima apa yang berlaku. Anda mungkin masih terkejut dan tak percaya.
  2. Bersalah – Anda mungkin akan fikir, jika ada yang boleh anda lakukan untuk elak perkara ini dari terjadi.
  3. Marah – Tak kira apa sebab perkara ini terjadi, anda mungkin akan marah pada diri anda, pasangan anda, doktor anda atau takdir. Anda juga akan marah dengan ketidakadilan yang berlaku.
  4. Depresi – Anda mungkin akan mengalami simptom depresi – seperti hilang minat pada aktiviti normal, selera makan dan tidur berubah, susah untuk fokus atau membuat keputusan.
  5. Cemburu – Anda mungkin akan cemburu dengan pasangan yang bakal mendapat anak dan rasa seperti tak kira mana anda pandang anda akan melihat wanita mengandung atau bayi.
  6. Kerinduan – Anda mungkin akan rasa kerinduan dan keinginan yang mendalam untuk bersama dengan anak anda. Anda juga mungkin akan membayangkan apa yang akan anda lakukan dengan anak anda.

Pasangan anda, termasuk ibu dan bapa anda akan merasai emosi yang sama.
Proses ini mengambil masa dan mungkin beberapa emosi akan berlalu dengan cepat atau akan bertahan lebih lama.

Jika ada beberapa situasi yang akan buat bersedih seperti menghadiri akikah atau majlis hari jadi anak orang lain, tak apa. Anda boleh elakkan diri anda dari situasi ini sehingga anda betul-betul bersedia.

Cara untuk sembuhkan luka di hati akibat kesan selepas keguguran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah beberapa cadangan untuk buat proses penyembuhan anda menjadi lebih mudah. Pilih mana yang anda rasa boleh membantu anda.

1. Buat keputusan

Rakan dan orang yang anda sayang mungkin akan cadangkan anda untuk membuang semua barang yang akan ingatkan anda pada bayi anda seperti baju mengandung atau barang bayi.

Tapi, ini bergantung pada anda. Jika anda belum bersedia, ambil sebanyak masa yang anda perlukan.

2. Cipta memori 

Anda mungkin mahu menamakan bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin juga akan rasa membuat barang kemas dengan nama mereka atau tanam pokok atau perkara lain yang boleh mengingatkan anda kepada anak anda. Mungkin ia boleh membantu anda untuk sembuh.

3. Ambil masa

Ada hari yang akan lebih baik dari hari yang lain. Jika anda tak boleh nak memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, fokus saja dengan masa sekarang.

Jika boleh, jangan buat keputusan yang besar seperti tukar kerja atau pindah rumah.

4. Jaga diri

Dapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang sihat dan bersenam. Jangan alihkan diri anda dengan perkara yang tak sihat seperti merokok atau minum arak untuk meredakan rasa sakit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Bincang dengan pasangan

Jangan harapkan pasangan anda untuk bersedih sama dengan cara anda bersedih. Salah seorang dari anda mungkin mahu bercakap tentang apa yang berlaku atau meluahkan emosi mereka dan ada juga yang lebih senang untuk berdiam diri.

Jujur dengan diri masing-masing tentang cara anda menghadapi kesedihan.

Peranan suami amat penting dalam memulihkan emosi ibu yang keguguran

1. Bersikap terbuka

Anda mungkin rasa yang anda perlu menjadi kuat untuk isteri anda dengan menyembunyikan kesedihan anda.

Tapi ini boleh menyebabkan anda dan pasangan menjadi lebih jauh. Jadi, jujur dengan pasangan dengan kongsi perasaan anda. Ini akan membantu anda dan pasangan untuk memahami perasaan yang anda rasai.

2. Jangan menilai pasangan 

Semua orang mempunyai cara yang berbeza dalam menghadapi perkara ini. Jika pasangan anda kelihatan seperti dah melupakan kesedihan dan anda belum, jangan nilai mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Cari bantuan

Anda mungkin tak tahu apa yang anda perlu lakukan untuk menyokong isteri anda. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan pakar atau pertolongan dari pasangan yang pernah mengalami perkara yang sama.

4. Jangan salahkan isteri anda

Anda dan isteri anda adalah satu kumpulan yang sama. Beritahu isteri anda yang anda sayang mereka dan terus menyokong mereka untuk sama-sama pulih dari kehilangan ini.

Ramai wanita yang mengalami keguguran akan terus cuba untuk hamil semula.
 
Apabila rasa sakit dan sedih hilang, anda dan pasangan boleh berbincang untuk mencuba lagi. Mengandung semula dapat menyembuhkan kesedihan yang dirasai dan beri harapan untuk anda.

Punca keguguran janin 

Punca keguguran janin dalam kandungan boleh terjadi disebabkan beberapa perkara. Ada ibu menganggap pemakanan menjadi penyebab utama. Namun ketahuilah bahawa ada punca lain yang membolehkan kehilangan ini terjadi.

Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Masalah kesihatan ibu mengandung. Kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal boleh menganggu fisiologi normal ketika hamil dan akhirnya membawa kepada masalah keguguran
  • Gangguan pada kromosom janin. Ia menjadi punca keguguran paling lazim berlaku pada awal kandungan. Masalah pada bacaan kromosom boleh mengakibatkan bayi yang akan lahir tidak sempurna atau berbeza daripada bayi lain. Risiko ini berlaku pada wanita mengandung berusia 35 tahun ke atas
  • Gaya hidup tidak sihat disebabkan oleh pengambilan rokok, dadah ataupun alkohol
  • Persekitaran yang tercemar dan tidak selesa. Persekitaran ibu hamil yang terdedah dengan asap rokok, semburan pembunuh nyamuk dan pelarut cat boleh menjadi toksik pada kandungan
  • Trauma atau kemalangan seperti terjatuh boleh menjadi punca keguguran terjadi

Tanda keguguran yang perlu ibu waspada

Setiap pengalaman keguguran adalah bergantung pada usia kandungan. Namun ada beberapa tanda keguguran yang boleh anda perhatikan iaitu:

  • Sakit perut seperti memulas atau rasa seperti mahu beranak. Namun sakit perut keguguran selalunya berlarutan.
  • Tanda tanda keguguran: pendarahan yang teruk dan berpanjangan. Ciri-darah keguguran bergantung kepada tahap keterukan sakit yang dialami oleh ibu
  • Hilang tanda kehamilan seperti tiada alahan mual, muntah atau sakit payudara secara tiba-tiba. Jika ibu merasakan segala alahan sudah tiada, ia boleh menjadi petanda bahawa janin dalam kandungan sudah tidak berkembang atau gugur.
  • Tanda tanda keguguran: keluar ketulan daging bersama darah. Dalam sesetengah situasi, ketulan daging akan mengalir keluar bersama darah. Ia merupakan janin yang telah gugur dari kandungan.

Tanda-tanda keguguran tanpa sedar

Segelintir wanita tidak mengalami tanda-tanda keguguran yang begitu jelas. Lebih-lebih lagi jika ia terjadi di awal kehamilan, anda mungkin sukar untuk mengenal pasti sama ada gejala yang dialami adalah normal atau sebaliknya.

Namun ada beberapa tanda-tanda keguguran tanpa sedar yang perlu anda waspada iaitu:

  • Perut mengalami kekejangan
  • Sakit bahagian punggung
  • Muntah atau cirit birit
  • Rasa nyeri
  • Pendarahan
  • Alat penguji kehamilan menunjukkan satu garis

Apabila janin tidak dapat berkembang atau gerakan menjadi lambat, keguguran boleh terjadi.

Tanda masuk angin selepas keguguran

Menurut ilmu perbidanan Melayu, keguguran dianggap situasi yang lebih serius daripada kelahiran. Ia umpama buah anggur gugur belum masak dan dipercayai boleh membawa kesan kurang menyenangkan kepada kesihatan tubuh.

Antaranya ibu mudah diserang angin gugur atau angin jahat. Ia boleh menganggu urat saraf sehinggalah anda mengandung semula dan melahirkan.

Tanda masuk angin selepas keguguran adalah:

  • Alahan terhadap makanan dan perseiktaran
  • Rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari
  • Sakit pada pinggang dan sendi

Cuci rahim selepas keguguran secara tradisional

Selepas keguguran, doktor mungkin mencadangkan ibu untuk melakukan prosedur D&C iaitu dilatation & curettage bagi cuci rahim selepas keguguran.

Biasanya D&C dilakukan sekiranya janin tidak keluar secara spontan, pendarahan yang begitu banyak atau jangkitan berlaku dalam rahim.

Bagi kebanyakan ibu, ia pastinya sesuatu yang agak menakutkan. Ada beberapa cara cuci rahim selepas keguguran secara tradisional boleh anda cuba iaitu:

#1. Air rebusan cuci rahim

Bahan-bahan:

  • Halia besar ibu jari
  • Kunyit besar ibu jari
  • Daun pandan 3 helai
  • Serai 4,5 batang
  • Madu atau gula batu

Cara penyediaan:

  1. Ketuk serai. Hiris kunyit dan halia jangan terlalu nipis.
  2. Masukkan 3 cawan air. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk
  3. Rebus hingga mendidih dan sedia untuk diminum

Selain itu, ada juga ibu berkongsi pengalaman cuci rahim selepas keguguran secara tradisional yang diamalkannya, iaitu dengan minum air kelapa muda. Namun doktor tidak dapat mengesahkan sejauh mana keberkesanannya.

Ibu-ibu hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor dalam proses cuci rahim selepas keguguran ini.

Pantang keguguran berapa lama?

Mengikut petua keguguran Melayu, tempoh berapa lama anda perlu berpantang adalah bergantung pada usia kehamilan. Misalnya jika keguguran terjadi selepas 2 minggu hingga 3 bulan, anda perlulah berpantang selama 30 hari.

Manakala jika keguguran terjadi ketika kandungan 4 hingga 5 bulan, anda perlu berpantang selama 40 hari. Namun ia menjadi lebih berkesan apabila anda berpantang hingga kembali hamil semula dan melahirkan bayi.

Makanan dilarang semasa pantang keguguran

Antara makanan dilarang semasa pantang keguguran adalah:

  • Elakkan makanan yang berangin seperti ubi keladi, sayur keladi, pucuk paku, rebung, pucuk ubi dan terung
  • Makanan sejuk dan menjalar seperti kacang panjang, timun, labu, kangkung
  • Buah-buahan sejuk seperti betik, langsat, nangka, durian belanda dan tembikai madu
  • Jangan ambil makanan laut yang berbisa seperti bawal hitam, sardin, tamban, cencaru, pari, udang, sotong, kerang dan ikan masin

Petua kecutkan rahim selepas keguguran

Selalunya tempoh rahim sembuh selepas keguguran mengambil masa selama satu bulan atau dua bulan untuk pulih sepenuhnya. Antara petua kecutkan rahim selepas keguguran adalah :

  • Ambil jamu yang bersesuaian
  • Makan pada waktu yang tepat bagi mengelakkan perut masuk angin
  • Elakkan makanan yang berlemak
  • Melakukan senaman ringan
  • Mengurut
  • Memakai bedung
  • Minum air mencukupi

Selain itu, pastikan diri mendapatkan rehat secukupnya dan tidak terlalu memikirkan kehilangan bayi anda. Jangan biarkan diri dibendung rasa bersalah kerana kehilangan ini.

Perbanyakkan doa dan teruskan usaha. Mudah-mudahan dengan ujian dan kesan selepas keguguran ini membuatkan ibu ayah menjadi lebih kuat.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bukan Sebab Makan Nenas Atau Bersenam, Doktor Dedah Ini Punca Sebenar Keguguran

Baca juga: Wajib Mandi Wiladah Selepas Bersalin Czer Atau Keguguran, Ramai Ibu Tidak Tahu, Ini Caranya!

Baca juga: Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua