Bukan Sebab Makan Nenas Atau Bersenam, Doktor Dedah Ini Punca Sebenar Keguguran

Kehamilan trimester pertama memerlukan penjagaan rapi. Tahukah anda jika berlaku keguguran, ia adalah kerana masalah janin tidak berkembang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mengetahui diri kini sudah berbadan dua, rata-rata ibu pasti dilanda perasaan teruja. Lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata. Namun benarkah kehamilan trimester pertama amat berisiko untuk keguguran?

Mungkin sebelum ini ibu pernah mendengar cakap-cakap orang yang berpesan supaya elakkan mengambil makanan tajam seperti buah nenas, elakkan dari banyak berjalan dan perlu banyak berehat di atas katil sahaja.

Punca keguguran ketika berada di kehamilan trimester pertama

credit to sources

Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecology, Dr Imelda Balchin berkongsikan pengalaman apabila diri beliau pernah mendapat soalan daripada salah seorang pesakit mengenai penyebab keguguran pada 8 minggu kehamilan.

Pesakit saya yang baru mengandung ada bertanya sebab keguguran kehamilan sebelum ini. Dia mengatakan bahawa ketika itu Hari Raya dan ada pergi berjalan-jalan ke rumah terbuka. Benarkah sebab banyak berjalan boleh menyebabkan keguguran?

Jawapan saya:

#1. Jangan salahkan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan keguguran pada 3 bulan kehamilan trimester pertama adalah disebabkan oleh baka dalam telur yang tidak sempurna sehingga tidak boleh membentuk janin. Maka ia jatuh dan gugur.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, lebih kurang 20 peratus kehamilan berisiko untuk gugur. Maknanya setiap 100 wanita mengandung, 20 orang akan keguguran. 

Jika anda berehat di atas katil (bedrest) secukupnya dan persenyewaan tidak boleh membentuk janin, ia tetap boleh menyebabkan berlakunya keguguran.

foto: verywell family

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, bed rest tidak pernah terbukti berkesan bagi mencegah masalah ini.

Saya beri satu analogi. Lihat pokok mangga yang sedang berbuah, ada putih berjaya menjadi buah dan ada yang tidak menjadi. Maka ia gugur. Padahal pokok mangga tersebut dapat baja, air, cahaya matahari, suasana alam dan iklim yang sama.

Sama juga seperti badan manusia yang tidak dijadikan sempurna. Setiap bayi perempuan dilahirkan dengan lebih kurang 2 juta telur ovum dalam ovari, dan tak akan buat telur baru.

Ada yang menjadi janin dan ada yang gugur. Bila semakin tua, semakin banyak telur rosak akibat penuaan sehinggalah menopaus. Maka semakin tua, semakin tinggilah risiko keguguran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Aktiviti atau senaman semasa mengandung

Bersenam semasa hamil yang low impact dan intensiti sederhana (moderate intensity) digalakkan untuk kebanyakan pesakit saya yang tiada masalah perubatan. Ia terbukti mampu meningkatkan kesihatan ibu dan tidak menyebabkan keguguran.

Maka jika anda berjalan-jalan ke beberapa buah rumah terbuka, ia dianggap sebagai senaman dan kegiatan fizikal intensiti rendah. Bagi orang-orang biasa, ia bukanlah aktiviti yang lasak.

#3. Tiada berlakunya peningkatan kadar keguguran ketika Hari Raya

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika benarlah berjalan-jalan ke beberapa rumah untuk open house pada Hari Raya itu penyebab keguguran, maka kita patut lihat kadar keguguran yang lebih tinggi pada Hari Raya setiap tahun.

Tetapi hakikat ini tidak pernah pun dilaporkan dan kadar keguguran adalah sama sahaja pada Hari Raya atau hari-hari biasa. Tidak ada pun doktor-doktor pakar gynae yang melarang ibu hamil berjalan-jalan.

Kesimpulannya, keguguran ketika tiga bulan pertama atau 12 minggu pertama kehamilan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun anda wanita seorang wanita yang sihat serta tiada masalah kesuburan.

Sebab itulah klinik-klinik tidak menasihati para ibu untuk datang buka buku pink sejurus anda mengetahui kehamilan. Jika tiada masalah perubatan, ibu boleh tunggu sehingga 12 minggu.

Hal ini kerana ketika ini pembentukan embrio sudah lengkap dan sudah menjadi janin. Maka selepas 12 minggu kehamilan, risiko keguguran adalah sangat rendah iaitu hanya 2 peratus sahaja.

Jika kandungan tidak menjadi, usahlah menyalahkan diri sendiri. Jangan cari sebab atau fikir apa yang anda buat pada hari itu sehingga menyebabkan keguguran. Jangan dengar kata orang yang menyebarkan perkara tidak betul yang mengatakan rahim kotor atau tidak kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kebanyakan kes-kes keguguran, rahim tidak bersalah (pengeculiannya ialah jika suami anda ialah Encik Rahim yang merokok. Suami-suami berhentilah merokok. Ia boleh merosakkan sperma dan boleh menyebabkan isteri anda keguguran).

Sumber: Imelda Balchin

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Makanan Yang Baik Diambil Setelah Keguguran, Penuh Khasiat & Bantu Ibu Sihat!