TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Makan Nanas Saat Hamil Boleh Jadi Punca Keguguran? Ini Perkara Yang Perlu Ibu Tahu

5 min bacaan
Makan Nanas Saat Hamil Boleh Jadi Punca Keguguran? Ini Perkara Yang Perlu Ibu Tahu

Makan nanas saat hamil dalam jumlah sederhana adalah selamat dan boleh memberikan pelbagai manfaat kepada ibu

Nanas untuk ibu hamil sering dielakkan kerana ia dikatakan boleh menjadi punca keguguran. Namun ada yang kata ia boleh dimakan dan banyak khasiat. Jadi persoalannya bolehkah makan nanas saat hamil?

Isi Kandungan

  • Nanas Untuk Ibu Hamil 
  • Cara Makan Nanas Untuk Ibu Hamil
  • Jenis Buah Nanas Untuk Ibu Hamil
  • Langkah Berjaga-Jaga Makan Nanas Ketika Hamil
  • Risiko Ibu Hamil Makan Nanas

Nanas Untuk Ibu Hamil 

Pandangan bahawa makan nanas saat hamil boleh menyebabkan keguguran adalah kepercayaan yang meluas dalam kalangan masyarakat. Dakwaan ini timbul kerana nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim yang dipercayai boleh melembutkan serviks dan menyebabkan kontraksi.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa kandungan bromelain dalam sepotong nanas adalah sangat rendah dan tidak cukup untuk menimbulkan kesan sedemikian. Untuk mencapai tahap yang boleh mempengaruhi kehamilan, seseorang perlu mengambil nanas dalam jumlah yang sangat besar, sesuatu yang jarang berlaku.

1.Mencegah Sakit Tekak

Makan nanas saat hamil dapat membantu mencegah sakit tekak. Walaupun bromelain dalam nanas bukan dalam kadar tinggi yang dapat menyebabkan perdarahan, tetapi masih bermanfaat untuk mencegah peradangan.

Kajian menunjukkan bahawa bromelain dapat membantu mengatasi radang tekak, sinusitis, dan jangkitan saluran pencernaan.

2.Mengatasi Sembelit

Nanas kaya akan serat dan air, yang baik untuk menyokong sistem pencernaan dan mengatasi sembelit yang sering dialami semasa kehamilan. Ini membantu dalam memlancarkan gerakan usus dan mengurangkan masalah sembelit.

3.Menambah Berat Badan Janin

Mengambil buah-buahan termasuk nanas dapat membantu menambah berat badan janin, yang mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat. Penting untuk diambil bersama dengan sumber nutrisi lain seperti sayuran, ikan, dan daging.

4.Mencegah Kecacatan Janin

Makan nanas saat hamil dapat mencegah kecacatan janin. Nanas mengandungi folat yang penting untuk mencegah kecacatan tulang belakang, kelainan otak, dan sumsum tulang pada janin. Vitamin B6 di dalamnya juga menyokong perkembangan otak janin dengan optimum.

Selain itu, kandungan magnesium dalam nanas membantu mengurangkan risiko bayi lahir pramatang dan pertumbuhan janin terbantut (IUGR).

5.Mengatasi Dehidrasi

Dengan kandungan airnya yang tinggi (sekitar 87%), nanas membantu menjaga kadar air dalam tubuh dan dapat mengatasi dehidrasi ringan. 

6.Menguatkan Daya Tahan Tubuh

Makan nanas saat hamil dapat meningkatkan daya tahan tubuh kerana buah ini tinggi dengan vitamin C.

7.Mengawal Berat Badan

Makan nanas saat hamil sebenarnya dapat mengawal berat badan. Nanas rendah kalori dan lemak, tetapi tinggi serat dan air. Oleh itu, buah ini boleh menjadi pilihan snek yang sihat untuk ibu hamil yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat semasa hamil.

Cara Makan Nanas Untuk Ibu Hamil

Berikut adalah beberapa tips sebelum mengambil nanas bagi ibu hamil:

1.Pilih Nanas Segar Dan Matang

Pilih buah nanas yang segar dan matang supaya rasanya tidak terlalu masam.

2.Elakkan Nanas Dalam Tin

Nanas dalam tin sering mengandungi gula tambahan yang tidak disyorkan semasa kehamilan kerana boleh meningkatkan risiko diabetes gestasional.

3.Simpan Dengan Betul

Jika nanas sudah dikupas dan dipotong, simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

4.Gabungkan Dengan Sumber Nutrisi Lain

Pastikan mengambil nanas bersama sumber nutrisi lain seperti serat, karbohidrat, dan protein untuk memenuhi keperluan gizi harian.

Perlu diingat juga bahawa mengambil nanas boleh menyebabkan reaksi alergi pada sesetengah orang, terutamanya mereka yang mempunyai alergi terhadap getah. Gejala alergi nanas termasuk rasa gatal atau bengkak di bibir, lidah, atau kerongkong. Reaksi alergi yang lebih teruk boleh menyebabkan mual, muntah, sakit perut, cirit-birit, pening kepala, atau kesukaran bernafas.

Jenis Buah Nanas Untuk Ibu Hamil

Memandangkan di pasaran menjual pelbagai jenis nenas, pasti sekali-sekala ibu berasa terliur dan mengidam untuk makan nanas ketika mengandung.

Justeru sebolehnya elakkan ambil nanas muda. Hal ini kerana rasanya yang terlalu masam boleh membuatkan ibu diserang sakit perut dan cirit-birit.

Pastikan anda memilih jenis nenas yang sudah benar-benar masak, warnanya kuning keemasan dan rasa yang manis.

Berikut beberapa jenis nenas yang menjadi pilihan kebanyakan ibu:

  • Nenas MD2
  • Jenis nenas Maspine
  • Josapine
  • N36
  • Moris Gajah
  • Nenas Gandul
  • Nenas Yankee
  • Nenas Sarawak
  • Nenas atau nanas Moris

Langkah Berjaga-Jaga Makan Nanas Ketika Hamil

Bagi memastikan pengambilan nanas ketika hamil adalah selamat, berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh diikuti:

  1. Ambil nanas dalam jumlah yang sederhana, misalnya sepotong dua.

  2. Elakkan memakan nanas ketika perut kosong bagi mengurangkan risiko pedih ulu hati.

  3. Pilih nanas yang masak sempurna dan elakkan nanas muda yang lebih asidik.

Risiko Ibu Hamil Makan Nanas

Walaupun terdapat pelbagai manfaat, pengambilan nanas dalam kuantiti yang berlebihan boleh mendatangkan risiko tertentu:

  • Pedih Ulu Hati: Sifat asidik nanas boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, terutama bagi individu yang mengalami masalah gastrik.

  • Cirit-birit: Kandungan bromelain yang tinggi boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti cirit-birit.

  • Alergi: Sebilangan individu mungkin mengalami reaksi alergi seperti gatal-gatal atau bengkak selepas mengambil nanas.

    Stories Rakan Kongsi
    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
    Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
    Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Kesimpulannya, makan nanas saat hamil dalam jumlah yang sederhana adalah selamat dan boleh memberikan pelbagai manfaat kepada ibu. Namun, jika anda mempunyai sejarah kehamilan berisiko atau kebimbangan tertentu, adalah disaran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil buah ini.

Semoga artikel ini bermanfaat bermanfaat.

Sunway Medical Center Velocity, Public Health Malaysia, Rusyainie, Dapur Mangkaak

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai lengkap buah apa yang boleh dan tak boleh dimakan masa pantang

Baca juga: Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Baca juga: Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Makan Nanas Saat Hamil Boleh Jadi Punca Keguguran? Ini Perkara Yang Perlu Ibu Tahu
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham