Kajian mendapati wanita yang berusia boleh hamil dengan lebih mudah, betul ke?

Kajian baru tentang kesuburun menunjukkan kehamilan untuk wanita berusia bukan sahaja tidak mustahil, malah ia juga merupakan proses yang mudah!

Ini adalah berita baik untuk wanita yang ingin menumpukan perhatian bagi mencapai impian untuk hamil. Baru-baru ini, kajian tentang kesuburun menunjukkan, kehamilan untuk wanita berusia bukan sahaja tidak mustahil, malah ia juga merupakan proses yang lebih mudah!

Kehamilan untuk wanita berusia: Hasil kajian

Kajian yang dibuat di Universiti Edinburgh ini telah mengenalpasti hormon kesuburan yang boleh memperbaiki keadaan lapisan dalam rahim. Hormon ini akan membuatkan rahim untuk hamil dengan mudah.

Menurut kajian tersebut, hormon Dehydroepiandrosterone atau DHEA boleh menggandakan jumlah protein yang menyediakan rahim untuk hamil.

"Hormon ini membantu sel-sel utama untuk menanam telur pada rahim kerana tahap penting pada awal kehamilan adalah apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim." 

Kehamilan untuk wanita berusia kini mudah

kehamilan untuk wanita berusia

Biasanya, uterus wanita akan melepaskan beberapa hormon semasa kitaran haid. Hormon-hormon ini menghantar isyarat kepada lapisan rahim untuk menambahkan protein tambahan supaya telur yang disenyawakan boleh melekat padanya.

Apabila wanita semakin berusia, pengeluaran protein semakin berkurang. Ini membuatkan peluang untuk telur disenyawakan menjadi tipis dan membuatkan kehamilan untuk wanita berusia menjadi semakin susah.

Walaubagaimanapun, dengan hasil kajian ini, wanita berusia lebih 40 tahun boleh merasa pengalaman untuk hamil dengan mudah.

Dr. Douglas Gibson, pengarang utama Pusat MRC untuk Kajian Keradangan di Universiti Edinburgh menerangkan -

"Telur yang disenyawa akan melekat hanya dalam keadaan yang betul. DHEA dan androgen membantu membaikpulih persekitaran sel."

Kehamilan untuk wanita berusia: Bagaimana para saintis menemui hormon ini?

Untuk kajian ini, para saintis telah menguji tisu-tisu yang diderma oleh wanita dalam lingkungan usia 40-an. Mereka merawat lapisan rahim wanita-wanita ini dengan DHEA dan melihat signifikasi protein yang berjaya menanamnya dengan pantas.

Kehamilan untuk wanita berusia

Kajian ini berjaya membuktikan yang ramai wanita dalam lingkungan usia 40-an berjaya mengandung, malah hormon ini akan membantu wanita berusia untuk hamil dengan lebih mudah.

Tambahan lagi, kajian telah menemui yang hormon ini juga "meningkatkan pengeluaran androgen yang aktif." Ini adalah hormon yang ditemui pada lelaki.

"Hasil kajian ini akan membantu kami untuk menghasilkan kajian tentang potensi terapi tetapi banyak lagi kajian yang perlu dibuat sebelum kami mengatakan yang pendekatan ini boleh digunakan untuk membantu wanita yang susah untuk hamil," kata Dr. Gibson dalam siaran akhbar.

Mengapa kajian kehamilan untuk wanita berusia ini penting

"Kajian ini penting dalam mengetahui apa yang diperlukan untuk persenyewaan yang berjaya dan kehamilan yang sihat. Kajian ini mungkin masih di peringkat awal tapi ia berbaloi kerana ia merupakan asas kepada penemuan potensi perubatan bagi membantu wanita untuk hamil di masa hadapan." Kongsi Dr. Stephen Meader, Pengurus Progam Kesihatan Reproduktif di MRC.

Anda mungkin tahu yang wanita yang ingin menjadi ibu pada usia 40-an akan menghadapi beberapa cabaran. Malah, peluang untuk keguguran juga tinggi untuk wanita berusia ini.

Kebanyakan dari mereka memilih untuk membekukan telur dan ada juga yang memilih IVF.

Jadi, jika kajian ini membuktikan yang lebih ramai wanita berusia berjaya untuk hamil, ia akan membuatkan mereka hamil dengan lebih mudah apabila digabungkan dengan IVF.

Buat masa sekarang, jika anda adalah wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan berhasrat untuk hamil, anda perlu tahu yang ada kemungkinan ia tidak mustahil.

Kehamilan untuk wanita berusia: Bagaimana untuk hamil pada usia selepas 35 tahun?

Walaupun umur merupakan faktor yang penting untuk hamil, jika anda mengikuti diet yang sihat, selalu bersenam dan menjalani kehidupan uanh sihat, hamil pada usia lebih 35 tahun adalah tidak mustahil.
 
Menjaga diri anda adalah penyelesaian yang terbaik untuk menyediakan badan anda untuk hamil. Ini adalah beberapa cara yang perlu anda tahu jika anda sedang cuba untuk hamil:
  • Jumpa ginekologi untuk membincangkan tahap kesihatan anda dan kondisi perubatan sedia ada.
  • Diet yang sihat
  • Tambah berat sewajarnya dan jangan makan untuk dua orang
  • Buat aktiviti fizikal untuk kekal cergas dan sihat
  • Jangan mengambil alkohol atau tembakau yang boleh memberi kesan pada awal kandungan

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini digubah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Usia Suami Mempengaruhi Kebarangkalian Dapat Anak, Menurut Kajian