Kehidupan rumah tangga tentunya ada pasang surut dan bukannya setiap masa dipenuhi kegembiraan. Namun sebagai suami isteri, anda harus bijak menangani setiap permasalahan yang melanda agar hubungan itu kekal mewangi sampai bila-bila.
Berikutan itu, pelakon Noorkhiriah yang popular menerusi Drama rantaian popular Nur memberi nasihat kepada golongan muda tentang persediaan menghadapi cabaran dalam kehidupan rumah tangga.
Menurut Noorkhiriah, keadaan semasa bercinta jauh berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan rumah tangga terutama selepas mempunyai anak. Ini kerana, keadaan semasa bercinta lain, masa bertunang juga lain, masa berkahwin juga sangat berbeza dan bila ada anak juga kehidupan akan berubah.
Noorkhiriah juga menambah, suami isteri tidak boleh lagi berangan untuk tidur sedap sehingga Subuh. Selain itu, kita juga tidak boleh fikir nak seronok saja tapi perlu juga pikul tanggungjawab bersama-sama.
Kehidupan rumah tangga suami isteri harus dikekalkan sepanjang hayat
Pelakon tersebut turut menjelaskan ikatan suami isteri harus dikekalkan sehingga hujung nyawa.
Bagi mereka yang belum berkahwin, usah terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan tidak terikut-ikut dengan orang sekeliling.
Ini kerana, ramai orang yang bila lihat orang lain kahwin, dia pun ikut sama nak berkahwin. Tapi lepas nikah rupanya indah khabar dari rupa.
Terdahulu, Noorkhiriah dan suami, Azfaizul telah mendirikan rumah tangga sejak 13 tahun lalu dan dikurniakan dua anak Muhammad Hudhaifah, 10 dan Muhammad Yusooff, 8.
Malah, mereka juga mengambil seorang anak angkat pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, pesanan Noorkhiriah itu adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada individu tertentu.
Petua romantis dalam kehidupan rumah tangga
#1. Selalu bersalaman dan cium tangan suami
Dengan bersalaman dan mencium tangan suami juga menunjukkan isteri menghormati dan menghargai suami. Sekaligus membuatkan isteri rasa bahagia apabila berada di sisi suami.
#2. Cium leher dan peluk erat isteri
Isteri sangat suka bila suami memeluk erat dan mencium lehernya. Ini membuatkan isteri tersenyum dan rasa jiwa berbunga-bunga.
#3. Mandi bersama jika ada masa terluang
Percayalah mandi bersama pasangan dapat mengeratkan lagi hubungan kalian kemudian disulamkan dengan gurauan mesra. Jadi, tak perlu lagi malu-malu untuk mandi bersama.
#4. Tak perlu malu kentut depan pasangan
Menurut Web Save Marriage Forever, ia menyarankan supaya pasangan suami isteri tidak menyembunyikan kentut. Ini kerana apabila kedengaran bunyi kentut, ia pasti diiringi gelak ketawa yang dapat mencetuskan kemesraan antara kalian.
Namun pastikan hanya anda berdua yang “terhidu” dan lakukannya semasa di dalam rumah saja.
#5. Usap, dukung dan cubit manja isteri
Selain itu, anda juga boleh menambah aksi romantis dengan melakukan aktiviti usik mengusik seperti mencubit punggung isteri, mendukung isteri ke kamar tidur dan mengusap wajah isteri dengan penuh rasa kasih sayang.
Kemudian, pasti perlahan- lahan rasa ingin “bersama” itu hadir secara spontan dan hubungan intim dapat dinikmati dengan sempurna.
#6. Tidur berbantal lengan suami
Jadikan lengan suami sebagai bantal semasa tidur sekaligus membuatkan masa rehat anda lebih mengasyikkan dan tenang.
#7. Solat dengan suami
Sebelum tidur, solat dan memohon maaf dengan suami supaya setiap tindak tanduk seharian anda dimaafi. Barulah kehidupan rumah tangga bahagia, harmoni dan aman sentosa selama-lamanya.
Apa pandangan anda pula tentang isu ini? kongsikan komen anda di ruangan bawah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Malaysiakini, Pesona Pengantin
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkunci-rumah-tangga-bahagia