Kehamilan merupakan satu pengalaman wanita yang paling menarik dan ditunggu-tunggu bagi suami isteri yang ingin mempunyai keluarga sendiri.
Tahukah anda, terdapat beberapa keistimewaan wanita hamil yang mungkin hanya sebahagian wanita sendiri sedar sejurus selepas melihat tanda positif di UPT?
Keistimewaan Wanita Hamil, 9 Bulan Yang Sungguh Mengagumkan!
Ketika hamil, anda mungkin mengalami alahan yang teruk, sakit badan dan perubahan mood yang berubah-ubah. Ada yang mengatakan hamil menyebabkan kita tidak lagi seaktif dulu, malah kalau boleh mahu cepat bersalin.
Tetapi tahukah anda, selain mendapat bayi yang comel, kehamilan sebenarnya memberikan pengalaman yang berbeza sama sekali berbanding sebelum hamil?
Malah, anda mungkin terlepas pandang beberapa manfaat yang anda dapat hanya ketika kehamilan! Berikut antara 5 keistimewaan wanita hamil yang mungkin anda tak sedar:
Keistimewaan Wanita Hamil #1 Kehidupan Seks Yang Lebih Menarik
Anda mungkin tidak berasa seksi langsung, tapi kehamilan sebenarnya mempunyai manfaat dalam hubungan seks anda. Ketika hamil, badan anda mengeluarkan hormon testosteron, estrogen, dan progrestron yang boleh meningkatkan keinginan seks .
Semasa trimester 2, lebih banyak darah yang mengalir ke kawasan pelvik menjadikan ia lebih sensitif dan mudah terangsang. Perkara ini memudahkan anda untuk mencapai orgasme. Menarik bukan?
Keistimewaan Wanita Hamil #2 Selamat Tinggal Senggugut!
Semasa hamil, anda tidak mengalami haid, jadi anda memang tidak akan mengalami senggugut. Malah selepas bersalin, anda akan mendapati senggugut tidak ada lagi ataupun sakitnya berkurangan.
Ini dikatakan kerana apabila semasa proses bersalin, berlaku peregangan pada uterus yang memberi kesan pada kesakitan semasa datang bulan.
Namun, sekiranya masalah krem dan senggugut anda makin teruk selepas bersalin, anda harus dapatkan nasihat doktor. Anda mungkin berisiko dijangkiti endometriosis.
Keistimewaan Wanita Hamil #3 Pengurangan Risiko Penyakit Kanser
Teori menyatakan kehamilan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Ini adalah kerana semasa hamil, anda tidak berovulasi, dan wanita yang tidak berovulasi tidak berisiko mendapat kedua-dua jenis kanser ini.
Keistimewaan Wanita Hamil #4 Deria Bau dan Rasa Yang Lebih Kuat
Alahan masa mengandung mungkin membuatkan selera makanan anda hilang. Ini sebab kewujudan hormon semasa hamil seperti estrogen, yang meningkatkan deria bau dan rasa.
Anda mungkin juga akan mendapati rasa makanan menjadi sedap dan peningkatan deria bau membolehkan anda mengesan bau toksik seperti bau asap kenderaan dan bau rokok.
Keistimewaan Wanita Hamil #5 Jantung Yang Lebih Sihat
Anda mungkin berasa tertekan tetapi jangan risau, jantung anda boleh menerimanya!
Peningkatan estrogen dalam badan boleh membantu mengisi kembali kehilangan estrogen semasa menopaus. Masalah berkaitan jantung selalunya berkaitan dengan kadar estrogen yang rendah dalam badan.
Keistimewaan wanita hamil inilah yang menjadikan anda juga berasa lebih yakin, cantik dan gembira — malah inilah sebenarnya yang memberikan ‘pregnancy glow‘ kepada ibu hamil!
Apa kata anda santai sahaja dan nikmati pengalaman wanita yang paling menarik ini.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Felicia Chin dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga: