Cheese Untuk Bayi Boleh Diberikan Seawal Usia 8 Bulan, Ibu Jom Cuba Resepi Mudah Ini

undefined

Cheese untuk bayi boleh diberikan seawal usia 8 bulan. Ada beberapa jenis keju yang boleh anda cuba untuk menaikkan selera si manja

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya adakah cheese untuk bayi itu selamat diberikan?

Ini kerana keju merupakan makanan yang lazat dan mengandungi nutrisi yang bermanfaat untuk tubuh si kecil, malah ia juga kaya dengan protein, kalori dan vitamin. 

Bila boleh perkenalkan cheese untuk bayi

Cheese Untuk Bayi Boleh Diberikan Seawal Usia 8 Bulan, Ibu Jom Cuba Resepi Mudah Ini

Semak dengan doktor anda sebelum memberikan cheese untuk bayi. Sesetengah sumber mengatakan adalah selamat untuk menawarkan keju seawal 6 bulan manakala yang lain mengatakan lebih baik menunggu sehingga antara 8 dan 10 bulan.

Sumber Dipercayai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkongsi bahawa cheese untuk bayi adalah selamat untuk ditambahkan pada rutin waktu makan di antara umur ini — apabila anak anda berumur 7 hingga 8 bulan.

Doktor mungkin mempunyai garis panduan khusus untuk anda ikuti bersama bayi anda memandangkan perkembangan unik mereka.

Walau apa pun, adalah penting untuk menunggu 3 hingga 5 hari terlebih dahulu ketika menawarkan sebarang makanan baharu kepada si manja anda.

Dengan cara ini, anda boleh melihat tanda-tanda intoleransi atau tindak balas alahan, seperti cirit-birit, muntah atau ruam.

Manfaat keju untuk bayi 

Cheese Untuk Bayi Boleh Diberikan Seawal Usia 8 Bulan, Ibu Jom Cuba Resepi Mudah Ini

  • Memiliki khasiat kalsium yang dapat menguatkan tulang dan gigi. 
  • Protein yang terkandung dalam keju juga dapat memberi pertumbuhan yang optimal. 
  • Keju juga memiliki kalori yang dapat memberi tambahan tenaga pada si kecil di sepanjang hari.
  • Menjadi menu diet sekiranya bayi memiliki lebihan berat badan.
  • Dapat melindungi gigi bayi dari rosak.
  • Boleh mencegah alergi susu dan memulihkannya dengan cepat jika keju diperkenalkan dalam masa yang tepat. 

18 senarai keju yang  boleh diberikan untuk si kecil anda 

Cheese Untuk Bayi Boleh Diberikan Seawal Usia 8 Bulan, Ibu Jom Cuba Resepi Mudah Ini

  1. Cheddar
  2. Edam
  3. Parmesan
  4. Colby
  5. Colby jack
  6. Mozarella
  7. Swiss
  8. Romano
  9. Monetary jack
  10. Paneer
  11. Babybel
  12. Red Leicester
  13. Provolone
  14. Jarlsberg
  15. Cheshire
  16. Lancashire
  17. Gouda
  18. Grana Padano

Jenis keju untuk bayi yang harus dielakkan 

Elakkan keju lembut seperti keju brie, Camembert dan jenis keju kambing masak bakteria. Begitu juga dengan keju berurat biru, seperti Roquefort. Jenis ini mungkin mengandungi Listeria, bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan bayi anda sakit akibat keracunan makanan.

Sentiasa periksa label keju untuk memastikan ia dibuat dengan susu pasteur. Jika anda membeli keju di kedai yang lebih kecil, cuma tanya sama ada produk itu dipasteur. Pempasteuran ialah proses memanaskan makanan pada suhu tertentu untuk membunuh bakteria.

Antara jenis keju bayi yang perlu dielakkan adalah:

  1. Cottage Cheese
  2. Mascarpone
  3. Ricotta
  4. Cream Cheese
  5. Cheese spreads (keju olesan)

Selain itu, keju berproses atau keju keping seperti yang biasa kita makan juga kurang sesuai untuk bayi kerana ia mengandungi bahan kimia yang ditambah dalam proses pembuatannya.

Bahan kimia ini membantu keju tersebut tahan lebih lama di pasaran dan biasanya diadun dengan perisa tambahan agar lebih sedap.

Cara penggunaan keju untuk si kecil 

  • Jika bayi yang baru mengenal makanan pepejal, ibu boleh sapukan keju pada biskut dan tentu rasanya sangat enak. 
  • Mulut bayi yang masih kecil mudah membuatnya tersedak, jadi seeloknya ibu potong keju dalam ukuran kecil supaya selamat untuk bayi makan. 
  • Anda juga boleh campurkan keju dengan makanan sihat yang lain sekaligus membantu pertumbuhan bayi dari awal. Contohnya campur keju dengan sayur rebus atau kukus setelah dipotong dadu. Kemudian makan bersama pasta. 

Sekiranya melihat bayi ada tanda-tanda di bawah ini, sebaiknya segera hentikan pemberian keju kepada si kecil dan jika berlarutan perlu di bawa ke hospital.

  • Wajah, lidah dan bibir membengkak.
  • Kemarahan dan gatal di bahagian kulit.
  • Nafas berbunyi.
  • Kram di bahagian anggota badan tertentu
  • Muntah dan cirit-birit

Resepi cheese untuk bayi 

#1. Bubur cheese untuk baby

bubur cheese untuk bayi

Seorang ibu, Nur Syafiqa ada berkongsikan resepi bubur cheese untuk baby mudah dan sedap yang boleh anda cuba di rumah.

Bahan bubur cheese untuk baby:

  • 2 sudu beras perang (buat lebih untuk stock hantar ke rumah pengasuh harini) – basuh dengan bersih sambil selawat dan toskan sehingga kering
  • 2 gelas air masak
  • Sayur brocoli
  • Beberapa potongan labu
  • 250gram isi ayam
  • seulas bawang putih
  • sebiji bawang merah kecil
  •  Sedikit unsalted cheese
  • 1 sudu olive oil

Cara memasak bubur cheese untuk baby:

  1. Panaskan periuk dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Tunggu sehingga minyak panas.
  2. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Api tak perlu besar sangat.
  3.  Masukkan isi ayam. Kacau sebentar dan masukkan 2 gelas air kosong. Tutupkan periuk dan tunggu sehingga ayam mendidih.
  4. Seterusnya, apabila sup ayam tadi mula mendidih, boleh terus masukan beras dan labu yang dibasuh bersih tadi. Kacau selalu supaya beras tak melekat dibahagian bawah. Tutup balik tudung periuk tadi.
  5. Kacau selalu supaya beras masak dengan elok. Tunggu sehingga air kering sedikit sebelum masukkan sayur brocoli.
  6. Pastikan semua bahan masakan masak dengan sekata sebelum tutup api. Tunggu sehingga air beras tadi kering sedikit. Tutupkan api.
  7. Masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam pengisar dan carik-carik 1/2 kepingan cheese kedalam bubur nasi tadi. Kisar sedikit sahaja kalau baby dah ada gigi atau gusi yang kuat atau boleh juga just lenyek-lenyekkan.
  8. Bubur cheese untuk baby sudah siap untuk di makan! Boleh dihidangkan bersama buah-buahan sebagai pencuci mulut.

#2. Resepi kentang cheese untuk bayi 

Resepi kentang cheese untuk bayi 

Bahan dan resepi kentang cheese untuk bayi:

  • 4 biji ubi kentang(direbus)
  • 1 biji carot(diparut)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • serbuk cheese untuk bayi (bancuh dgn air Panas)

Cara buat kentang cheese untuk bayi:

  1. potong kentang dan rebus kentang
  2. Lenyek kentang ,masukkan 4 sudu besar tepung jagung dan lobak merah yang diparut. Uli sehingga menjadi doh
  3. Bentukkan kentang bentuk jejari
  4. Panaskan minyak goreng hingga perang. Angkat dan toskan
  5. Susun jejari kentang kedalam pinggan dan letakkan sos keju bayi sebagai topping

#3. Resepi cheese untuk bayi 8 bulan: mac and cheese

Resepi cheese untuk bayi 8 bulan

Bahan dan resepi cheese untuk bayi 8 bulan:

  • Pasta sayur macaroni (direbus & tos)
  • Unsalted butter
  • Ayam
  • Susu full cream
  • Cheese
  • Serbuk ayam

Cara-cara:
1) Cairkan unsalted butter dalam pan dan masukkan ayam
2) Apabila ayam dah masak, masukkan pula susu full cream dan kacau hingga mendidih.
3) Selepas mendidih masukkan cheese dan sedikit air rebusan pasta tadi.
4) Selepas mendidih tutupkan api dan masukkan serbuk ayam Izzly.
5) Masukkan pasta dan gaul dan biarkan sekejap.

#4. Chicken Stuffed With Chezzy Mix Vege Serve With White Sauce 

keju untuk bayi, keju, masakan keju, masak keju untuk bayi, masak keju untuk si kecil, cheese untuk bayi, keju untuk baby, keju untuk kanak-kanak, keju untuk si manja, keju untuk anak, keju untuk si kecil

Bahan-bahan White Sauce 

  •  1/2 cawan Unsalted butter
  • 1/2 cawan tepung gandum faiza
  • 1 cawan susu 
  • Oregano & parsley flakes 

Cara-cara membuat : 

  1. Cairkan unsalted butter dan masukkan tepung kemudian gaul sekata sehingga berbuih sedikit. 
  2. Masukkan susu dan tutup api. Gaul sampai tidak berketul dan bertekstur licin. Kalau pekat tambah susu lagi. 
  3. Taburkan oregano dan parsley flakes. 

Bahan Chicken Stuffed with Cheezy Mix Vege 

Bahan-bahan: 

  • 2 ketul dada ayam
  • 1/2 biji bawang kecil dicincang 
  • 1 Ulas bawang putih 
  • Sayur pilihan seper lobak, brokoli, cauliflower, leeks, tomato ceri – cincang dan kukus. 
  • 2 sudu cream cheese 
  • 1 sudu white sauce
  • Unsalted butter
  • Toothpicks 

Cara-cara membuat: 

  1. Cairkan unsalted butter dan tumiskan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan sayur yg telah dikukus sebatikan dengan bawang tumis dan tutup api. Sejukkan. 
  3. Masukkan sayur dalam mangkuk. Campurkan dengan white sauce dan cream cheese hingga sebati. 
  4. Lubangkan ayam dan sumbat campuran sayur. Kemudian tutup ayam gunakan toothpicks dengan kemas supaya isi tak terkeluar.
  5. Goreng/grilled gunakan unsalted butter hingga ayam masak. Siap untuk dihidangkan! 

#5. Chezzy Sweet Purple Potato Coated With Dates 

keju untuk bayi, keju, masakan keju, masak keju untuk bayi, masak keju untuk si kecil, cheese untuk bayi, keju untuk baby, keju untuk kanak-kanak, keju untuk si manja, keju untuk anak, keju untuk si kecil

Bahan-bahan: 

  • Sebiji keledek sederhana
  • 1 sudu tepung gandum Faiza 
  • 2 biji puri kurma
  • Cream cheese potong dadu
  • 1 sudu unsalted butter
  • Minyak masak 

Cara-cara membuat : 

  1. Rebus dan kukus keledek hingga empuk. Sejukkan dan lenyek. 
  2. Masukkan tepung gandum  dan uli bersama keledek hingga sebati adunan. 
  3. Gentel bagi bulat atau memanjang dan masukkan cream cheese. Tutup semula dan goreng hingga garing. 
  4. Dalam periuk lain. Cairkan unsalted butter dan masukkan puri kurma. Biarkan sedikit likat dan masukkan cheezy potato. Pastikan semua bahagian disaluti kurma dan tutup api. Siap untuk dihidang! 

#6. Chicken Cheezy Buttermilk 

keju untuk bayi, keju, masakan keju, masak keju untuk bayi, masak keju untuk si kecil, cheese untuk bayi, keju untuk baby, keju untuk kanak-kanak, keju untuk si manja, keju untuk anak, keju untuk si kecil

Bahan-bahan:

  • 1 keping dada ayam dipotong kecil.
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1/4 sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu bawang holland dicincang
  • 1 ulas bawang putih dicincang 
  • 2 sudu white sause 
  • 1 kiub chicken stok
  • 1 sudu cream cheese
  • 1 1/2 sudu unsalted butter
  • 7 helai daun kari
  • Air 

Cara-cara membuat: 

  1. Campurkan bahan dan perap selama 30 minit.
  2. Cairkan 1 sudu unsalted butter dan goreng ayam perapan. Ketepikan.
  3. Guna kuali yang sama cairkan lebihan unsalted butter dan tumis bawang dan daun kari hingga naik bau serta kekuningan.
  4. Masukkan Chicken stok dan white sause. Tambah sedikit air. Hingga sampai mendidih sedikit. 
  5. Masukkan cream cheese dan kacau supaya tidak berketul.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata. 

Bagi bayi yang mempunyai sejarah alergi dalam keluarga, masalah eczema atau alahan makanan sebelum ini mungkin perlu menunggu lebih lama sedikit sebelum memperkenalkan keju dalam makanan bayi.

Cheese stick untuk bayi 

Cheese stick untuk bayi 

Seorang ibu, Dorset Pink telah kongsikan pengalamannya ketika memperkenalkan cheese stick untuk bayi. 

FL sekarang sah 10 bulan. Cepat waktu berlalu. Rasa macam baru semalam aku masuk labour room and lahirkan die. Dah 10 bulan ni, dah macam-macam ragam dia.

Dia dah tak nak makan makanan yang hancur walau gigi hanya 2 batang..Dia nak makan apa yang mummy and daddy makan. Dan jugak, nak pegang sendiri dah makanan, tak nak main suap-suap ni.

Dia suka makan cheese, Jadinya mummy beli cheese stick untuk bayi bagi dia pegang..Cheese stick untuk bayi ini memang khas untuk kanak-kanak-kanak, tapi kalau orang dewasa nak makan tiada masalah.

Apa tunggu lagi mommy, jom buat untuk si manja anda sekarang! Selamat mencuba. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Nurul Hanim Omar

Baca juga: Labu Boleh Buat Bayi Tidur Lena Tau, 3 Resepi Makanan Berasaskan Labu Ibu Boleh Cuba!

Baca juga: Kelebihan Susu Ibu, Bayi Dapat Elak Jangkitan & Virus, Elok Diamalkan Ketika Pandemik Ini!

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!