Setiap kali ulang tahun atau hari lahir, kebanyakan para isteri tidak akan melepaskan peluang buat kejutan untuk suami. Kebiasaannya, bantuan dari pihak restoran diperlukan bagi memastikan kejutan itu menjadi.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kejutan untuk suami jadi lain, happy anniversary menjadi happy amtasary
- Reaksi orang awam terhadap situasi melucukan
Namun, ada kalanya kejutan yang dirancang bagaikan tidak menjadi. Terutamanya apabila pihak restoran mengambil sikap endah tak endah dalam menguruskan situasi kejutan itu.
Kejutan untuk suami jadi lain, happy anniversary kepada ‘happy amtasary’
Itulah pengalaman lucu dilalui oleh Ijjatulss yang dikongsikan melalui akaun TikToknya. Rancangan dia untuk memberi kejutan buat suami tersayang menjadi momen yang tidak boleh dilupakan buat mereka.
Video TikTok dimuat naik itu disertakan bersama caption, ‘Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary. Sampainya lain. Amtasary pun boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to you.’
Difahamkan mereka singgah di sebuah kedai makan Arab dan Ijjatulss telah membuat permintaan untuk sepinggan kek bersempena ulang tahun mereka. Ucapan ‘happy anniversary’ juga diminta untuk ditulis di atas pinggan.
Permintaan dia dipenuhi apabila seorang staf telah menghantar kek bersama lilin yang menyala. Nyanyian ‘happy birthday’ dari staf itu dapat didengari di dalam video.
Situasi itu menghadirkan rasa lucu buat dia dan reaksi si suami juga terpinga-pinga disebabkan nyanyian birthday itu.
Tulisan di atas pinggan berbeza dengan apa yang dibayangkan. Tulisan ‘Happy Amtasary Baby’ telah menghadirkan gelak tawa buat mereka. Malah, lebih menyedihkan apabila lilin terpadam sebaik pinggan diletakkan di atas meja.
Reaksi orang awam terhadap situasi melucukan
Orang awam juga terhibur dengan video yang dikongsikan. Ramai di antara mereka memberi komen bahawa mereka juga turut tergelak sama.
Tolong la dengan aku sekali tak berhenti gelak.
Sian awak waiter tu scam awak.
Hahahaha. Lawak betul la. Nasib la ‘baby’ tu pun betul ejaannya.
Hahaha, dengan tak ada perasaannya dia belah lepas pasang lilin.
@ijjatulss Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary . Sampai nya lain😂😂😂 Amtasary pon boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to u😂kunafah iloveyou3000 ♬ original sound – cintaHati❤ – cintaHati❤
Restoran arab memang camtu kot… pernah requet jugak tulis ataas pinggan dessert ‘gonna miss you sis’… tapi jadi ‘jonna miss you sis’… siap buka lagu birthday masa hantar.
Siap nyanyi tu takleh blah.
Hahaha, lenguh pipi gelak.
Ngam-ngam duk belakang bro ni… time ni.. apa-apa pun happy amtasary… patut la pak arab tu lari senyum-senyum, malu rupanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 idea unik untuk buat surprise hari jadi pada suami anda!
Baca juga: Isteri Beria Pegang Kek & Buat Kejutan Hari Jadi, Suami Balik Langsung Tidak Pandang
Baca juga: Kejutan RARE! Suami Diam-Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung