Kekerapan hubungan intim atau hubungan asmara suami isteri antara perkara yang menjadi persoalan pasangan. Apakah kekerapan yang sesuai dan dituntut agama?
Kadang kala hubungan intim ini terlalu subjektif dan ia sememangnya memerlukan persefahaman daripada kedua-dua pasangan kerana hubungan intim melibatkan kerjasama kedua-dua pihak iaitu dari suami dan isteri.
Jadi kekerapan hubungan intim atau hubungan seksual itu memang sering menjadi persoalan yang kadang kala boleh mencetuskan pergaduhan antara suami dan isteri jika tiada komunikasi yang baik antara kedua-duanya.
Kekerapan hubungan asmara suami isteri yang ideal menurut Imam Al-Ghazali
Antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan asmara antara lelaki dan wanita. Tanpa perkahwinan, hubungan asmara antara jantina berlainan adalah diharamkan.
Melakukan hubungan intim antara suami isteri antara salah satu perkara penting kerana ia tuntutan fitrah seseorang manusia dan baik untuk kesihatan tubuh badan manusia secara biologinya.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam Islam mengenai kekerapan yang wajib untuk melakukannya. Namun menurut pengamal perubatan yang terbaik seminggu sekali atau dua kali.
Ini selari dengan pandangan Imam al-Ghazali yang menjelaskan hubunagn intim suami isteri itu sebaiknya dilakukan empat hari sekali. Perkiraan ini dihitung berdasarkan waktu ideal jumlah wanita berpoligami dalam Islam iaitu empat orang wanita.
Selain itu, Imam al-Ghazali berpendapat melakukan hubungan intim secara rutin juga menjaga pasangan agar tidak curang kepada pasangannya.
Namun demikian, keadaan sesama pasangan perlulah baik dan tidak boleh memaksa sekiranya pasanyan tidak sihat untuk melakukan hubungan intim.
Apa yang penting adalah komunikasi dan persefahaman antara kedua-dua pasangan.
4 perkara patut elak ketika melakukan hubungan intim
Hubungan seks memang untuk dinikmati. Namun masih ada beberapa perkara yang tidak patut dilakukan dan sepatutnya dilelakkan ketika berhubungan seks. Ia termasuklah:
#1. Terpengaruh dengan video atau filem lucah
Jangan terlalu terpengaruh dengan jalan cerita filem lucah yang menggambarkan keasyikan tiada bandingan. Bezakan dunia realiti dan lakonan.
Mungkin dalam video lucah aksi erotik membuatkan anda teruja, namun elakkan terpengaruh dan membawa kepada hubungan seks anda dan isteri.
Lagipun, menonton video lucah kan perbuatan yang tidak elok. Eloklah dihentikan perbuatan itu.
#2. Elak hubungan intim ketika sakit
Ketika anda atau pasangan sakit, elakkanlah berhubungan intim kerana sudah pasti anda tidak dapat menikmati keseronokan sepenuhnya.
Hormatilah orang yang sedang sakit. Mungkin si dia lebih perlukan perhatian dan belaian anda ketika ini untuk mengurangkan rasa sakitnya.
#3. Usah memaksa
Ia sangat menjengkelkan. Usahlah memaksa jika pasangan tidak bersedia atau mood belum datang, usahlah memaksa. Jika pelbagai cara sudah dilakukan dan dia tidak terangsang, mungkin memang bukan hari anda.
Usahlah memaksa dia mungkin ada alasannya tersendiri. Cuba lagi nanti.
#4. Aktiviti berat sebelah
Jangan mengharapkan sesuatu yang anda juga tidak sanggup lakukan. Jika anda ingin dia melakukan dalam posisi yang berlainan dari selalu, anda juga perlu bersedia untuk memberi dia kepuasan yang sama.
Contohnya seks oral yang mana mungkin ada pasangan yang menyukainya dan ada yang tidak.
Hukum bermain-main secara seksual dengan menggunakan mulut dan lain-lain adalah diharuskan oleh syarak dengan syarat tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan, dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka, tidak membawa kepada kerosakan dan dilakukan dengan penuh adab.
Sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis.
Bincangsyariah, muftiwp.gov.my
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur
Baca juga: 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar
Baca juga: 5 Kelakuan Si Ayah Yang Paling Cepat Anak Tiru, Hati-Hati Ya Ayah! Ada Yang Memerhati…