Kuatnya Isteri Kerana Suami, Sebab Itulah Dia Tidak Merungut Walaupun Hidup Susah

Kekuatan wanita dapat dilihat apabila dia mampu berani melangkah ke hadapan dan melakukan pelbagai pekerjaan demi suami dan keluarganya yang tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah kehidupan berumah tangga, tidak selalunya indah. Terkadang ujian datang tanpa diduga sehingga menguji kesabaran setiap pasangan. Kekuatan wanita yang bergelar isteri sering dikaitkan dengan suami.

Tanpa belaian dan perhatian suami, hidup isteri terasa begitu sunyi. Apalah gunanya miliki banyak harta seperti kenderaan, barangan kemas dan rumah yang besar jika penghuni di dalamnya tidak merasai kemanisan kasih sayang. 

Kekuatan wanita ketika bergelar seorang isteri

foto: redaksi

Kuat seorang perempuan kerana lelaki, kuat seorang isteri kerana suami dan kuat seorang ibu kerana anak. Telah diciptakan kaum hawa ini memang lemah dengan air mata. Apabila tersentuh hati sedikit, mesti penemannya air mata.

Untuk kaum lelaki atau suami di luar sana, luangkanlah sedikit masa beberapa minit sahaja untuk ingat dan renungkan kembali setiap pengorbanan isteri ketika menguruskan rumah tangga.

Mana ada isteri yang jemu melakukan tugasan yang sama. Buat kerja rumah, basuh pakaian, angkat dan lipat, susun dan kemas rumah. Bila bab memasak pula, setiap hari memikirkan menu yang sedap-sedap untuk dijamu kepada suami dan anak-anak di rumah.

Tiap-tiap hari juga dapur kena berasap. Kalau tidak masak, mesti suami dan anak-anak berada dalam kelaparan.

Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulu ke hilir membawa perut. Bawa anak dalam kandungan tidak pernah merungut meskipun berdepan pelbagai alahan teruk dan berjalan pun kelihatan seperti penguin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa yang sama, saiz badan telah berubah dari kurus kepada kembang semangkuk. Subhanallah, kekuatan wanita sebagai isteri telah membuatmu berjaya menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Sayangi isteri kerana dia memiliki kekuatan wanita yang hebat

foto: shutterstock

Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana. Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu dan zuriat buatmu. Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri seperti di atas?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beribu-ribu urat isteri telah putus ketika bersalin. Itu belum lagi rasa sakit kena jahit dekat bahagian situ, sakit urat dan lain-lain selepas bersalin. Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang. Bukan mudah, hanya wanita hebat sahaja boleh melaluinya.

Apabila sudah melahirkan zuriat, gigihnya seorang isteri menyusu anak sebaik mungkin. Sanggup bersengkang mata sepanjang malam, hanya tidur-tidur ayam demi keluarga.

Kemudian rutin harian bermula seperti biasa. Isteri bekerjaya akan ke pejabat menjalankan tugas-tugasnya membantu suami mencari rezeki. Apabila balik ke rumah, terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk suami dan ibu untuk anak. Itulah bukti kekuatan seorang isteri.

Ujian buat isteri apabila berdepan sikap suami

Tidak hanya itu, kekuatan seorang isteri juga terletak pada sejauh mana dia mampu bersabar dengan sikap suami. Selagi masih mampu bertahan, selagi itulah dia boleh berdepan tingkah laku suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: redaksi

Sebenarnya dalam tidak sedar, seorang isteri sudah banyak membantu. Dari pagi hinggalah ke malam, banyak perkara yang dia sudah mudahkan suami.

Ketua keluarga hanya perlu keluar mencari rezeki, balik rumah, mandi, makan dan tidur. Inilah kitaran hidup suami setiap hari.

Tak perlu fikir tentang apa yang perlu dimasak, tak kena fikir kerja sekolah anak-anak, tak kena fikir kerja-kerja rumah. Sebab? Semua isteri sudah selesaikan satu persatu dengan kudratnya yang ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri hanya inginkan balasan melalui tiga perkara ini sahaja:

Inilah yang diharapkan oleh seorang isteri setelah pelbagai pengorbanan yang dia lakukan dalam rumah tangga. Sekiranya dia dapat ketiga-tiga perkara ini, maka tidak perlu apa-apa lagi dari suaminya.

Dia juga tidak akan mengungkit, tidak merungut dan tidak mengeluh.

Maka sebagai suami, berikanlah tiga perkara tersebut kepada isteri yang begitu menyayangi anda agar mereka terus kuat menempuhi hari-hari mendatang dengan tenang.

Sumber: Viral Muafakat Johor, Rumah Tangga Bahagia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan