Pernah terfikir sama ada bentuk vagina anda normal atau tidak? Jangan risau, kerana setiap wanita mempunyai bentuk kemaluan yang berbeza dan semuanya adalah variasi yang normal!
Ramai wanita mungkin bimbang jika bentuk vagina mereka kelihatan berbeza daripada apa yang biasa digambarkan dalam media atau dibandingkan dengan orang lain.
Hakikatnya, tidak ada satu “bentuk sempurna” kerana setiap wanita unik!
Jom kita kenali 9 bentuk kemaluan wanita dan fahami lebih lanjut mengenai apa yang menyebabkan perubahan bentuk vagina.
9 Bentuk Kemaluan Wanita
1. Bentuk Vagina Asimetris (Asymmetrical Inner Lips)
Bentuk ini bermaksud bibir dalam (labia minora) tidak sama panjang atau saiznya. Salah satu bibir dalam mungkin lebih panjang atau lebih tebal daripada yang lain. Ini adalah keadaan yang biasa dan tidak menjejaskan kesihatan.
2. Bentuk Vagina Tapal Kuda (Curved Outer Lips)
Bentuk ini terjadi apabila bibir luar (labia majora) melengkung seperti tapal kuda. Ia boleh memberikan ilusi bahagian atas vagina terbuka sedikit tetapi bahagian bawahnya tertutup.
3. Bentuk Vagina Seperti Tulip (Prominent Inner Lips)
Dalam bentuk ini, bibir dalam lebih menonjol daripada bibir luar, menyerupai kelopak bunga tulip yang hampir mekar. Ini adalah variasi normal dan tidak menjejaskan fungsi seksual atau kesihatan.
4. Bentuk Vagina Tertutup (Prominent Outer Lips)
Bagi wanita yang mempunyai bibir luar lebih tebal dan menonjol, vagina kelihatan lebih tertutup kerana bibir dalam tersembunyi di sebaliknya. Bentuk ini lebih kerap berlaku pada wanita dengan kulit yang lebih anjal.
5. Bentuk Vagina Menyerupai Tirai (Long Dangling Inner Lips)
Bentuk ini merujuk kepada bibir dalam yang panjang dan terjuntai keluar dari bibir luar. Keadaan ini sangat biasa dan tidak menjejaskan kesihatan, tetapi sesetengah wanita mungkin berasa kurang selesa dengan geseran semasa bersenggama.
6. Bentuk Vagina Menjuntai (Long Dangling Outer Lips)
Bibir luar yang panjang dan terjuntai boleh membuatkan vagina kelihatan lebih berisi atau bengkak. Ini juga bergantung pada genetik, hormon dan perubahan selepas bersalin.
7. Bentuk Vagina Bercelah Kecil (Small Open Lips)
Bibir luar dalam bentuk ini lebih kecil dengan sedikit celahan yang membolehkan bibir dalam kelihatan sedikit. Ia memberikan penampilan yang lebih kemas tetapi tetap normal.
8. Bentuk Vagina Rata (Small Closed Lips)
Bentuk ini bermaksud bibir luar dan bibir dalam hampir sama rata dan tertutup, menjadikannya kelihatan lebih kecil. Ramai wanita yang mempunyai bentuk ini sejak lahir dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
9. Bentuk Vagina Terbuka (Visible Inner Lips)
Dalam bentuk ini, bibir dalam lebih jelas kelihatan walaupun dalam keadaan tertutup. Ia bukan tanda ketidaknormalan dan biasanya tidak menjejaskan kesihatan seksual atau kebersihan.
Yang Manakah Bentuk Vagina Normal?
Tiada satu pun bentuk vagina yang dianggap “tidak normal.” Setiap wanita dilahirkan dengan bentuk yang berbeza dan perbezaan ini bergantung pada faktor genetik, hormon serta perubahan selepas melahirkan anak.
Selagi tiada rasa sakit, ketidakselesaan atau masalah kesihatan lain semua bentuk vagina adalah normal.
Ukuran Rata-rata Labia (Bibir Vagina)
Ukuran bibir vagina berbeza bagi setiap wanita. Secara umum:
- Labia minora (bibir dalam) biasanya antara 2-10 cm panjang
- Labia majora (bibir luar) boleh berada dalam julat 7-12 cm panjang
- Tiada ukuran yang “betul” kerana semuanya bergantung pada struktur semula jadi tubuh setiap individu.
Faktor Yang Menyebabkan Vagina Mengalami Perubahan Bentuk
Bentuk vagina boleh berubah disebabkan beberapa faktor, antaranya:
- Genetik – Setiap wanita mempunyai bentuk vagina yang unik, diwarisi secara semula jadi dari keturunan.
- Perubahan Hormon – Perubahan hormon semasa akil baligh, kehamilan dan menopaus boleh mempengaruhi saiz dan bentuk labia.
- Melahirkan Anak – Proses bersalin boleh menyebabkan perubahan pada struktur vagina dan membuatkan bibir luar atau dalam lebih kendur.
- Penuaan – Seiring usia, elastin dan kolagen dalam kulit berkurang, menyebabkan vagina kehilangan keanjalan.
- Berat Badan – Perubahan berat badan yang ketara boleh mempengaruhi saiz labia, terutama jika terdapat lebihan lemak pada bahagian ini.
- Aktiviti Fizikal – Sukan atau aktiviti seperti berbasikal dan menunggang kuda boleh memberikan kesan pada bentuk labia dalam jangka masa panjang.
Bentuk kemaluan wanita sangat pelbagai dan tiada satu pun yang dianggap “tidak normal.” Jika tiada rasa sakit atau ketidakselesaan, tidak ada keperluan untuk risau tentang bentuk vagina anda.
Namun, jika anda mengalami kesakitan, iritasi atau perubahan drastik yang mengganggu kehidupan harian, sebaiknya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pelik, Vagina Berbau Sewaktu Hamil Walaupun Bersih, Semuanya Sebab 5 Punca Ini
Baca juga: Keputihan Wanita Yang Berlebihan Penyebab Vagina Berbau, Ini Cara Berkesan Mengatasinya!
Baca juga: Benjolan Di Kemaluan & Gatal -Gatal Saat Hamil, Normal Ke? Ini Punca & Cara Merawatnya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!