Kena Banyak Bersabar Hadap Karenah Anak, Ibu Elak Terlalu Beremosi! Rehatlah Bila Penat

Kemarahan pada anak boleh memberikan kesan mendalam terhadap emosi mereka. Justeru ibu ayah cuba kawal perasaan bila berdepan karenah si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu, pernah tak anda berhenti sejenak lalu terfikir bagaimanakah cara layanan anda pada anak-anak setiap hari? Atau pernah tak anda luahkan api kemarahan pada anak?

Jika ada, itulah silapnya kita setiap hari. Ini kerana kita tidak berfikir cara layanan kita pada anak itu adalah sesuatu yang boleh membawa kemudaratan di kemudian hari sehingga anak membesar.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kemarahan pada anak boleh meninggalkan kesan negatif
  • Tepuk dada dan tanya apa yang kita mahu daripada anak-anak
  • Kesan buruk jika selalu marah anak
  • Cadangan yang boleh ibu ayah lakukan untuk menjadi seorang yang penyabar 

Apabila kita selalu luahkan kemarahan pada anak, mereka akan terus memendam perasaan hingga memberi kesan buruk pada perkembangan mereka. Sedangkan anak kecil itu haruslah dilayan dengan sebaiknya dan tugas ibu ayah adalah mendidik mereka menjadi anak yang baik.

Kemarahan pada anak boleh meninggalkan kesan negatif

Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ibu ayah wajib memahami secara tepat tentang cara mendidik dan menghargai anak.

Ini adalah sesuatu yang penting kerana kesinambungan kasih sayang pada anak akan memberi aura yang positif dalam kehidupan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tepuk dada dan tanya apa yang kita mahu daripada anak-anak

Bayangkan setiap hari ada ibu bapa yang menghukum anak bila bercakap bohong. Tapi, kalau anak bercakap benar dan bersungguh-sungguh kita pula tidak pernah terfikir untuk menghargai mereka.

Itu termasuklah kalau anak tertumpahkan makanan atas karpet ibu di rumah, sudah tentu ibu akan terus menyinga.

Tapi, kalau anak makan dengan tertib dan langsung tidak bersepah, tidak pula kita memuji atau beri reward pada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah kalau anak sepahkan mainan mereka ibu pasti membebel dan terus luahkan api kemarahan.

Tapi, kalau anak kemaskan semula mainan mereka, tak pula ibu akui usaha mereka itu.

Bukan itu sahaja, kalau anak meraung, menangis atau mengamuk terus kita marah dan piat telinga dia. Kalau anak duduk diam-diam sambil bermain tidak pula kita gembira dengan kelakuannya itu.

Jadi buat ayah dan ibu sekalian, pekalah dengan usaha untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit khususnya kepada anak kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau boleh sebut, puji, akui dan hargai apa saja usaha si kecil untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

Usah time buruk saja nak marah tapi time baik tak pula anda memuji.

Percayalah, tiada apa yang menyeronokkan bagi anak-anak selain penghargaan daripada ibu bapanya sendiri.

Kesan buruk jika selalu marah anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Bagi sesetengah ibu bapa anak akan lebih mendengar cakap kalau dapat makian tapi sebenarnya ia cenderung membuatkan mereka bertindak lebih agresif terutama bila anak merasakan yang dirinya tidak langsung berbuat silap.

Mereka akan jadi agresif dengan cara marah dan memberontak sampai anda sendiri sukar untuk mengawal tingkah laku mereka.

2. Seterusnya bila selalu marah anak akan membuatnya jadi penakut dan tidak bertanggungjawab. Bahkan dia akan selalu menjauhkan diri daripada orang lain, tak suka bersosial dan sering merendah diri bila berhadapan dengan ramai orang.

Ini kerana bila selalu kena marah, anak lebih suka memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu melakukan sebarang aktiviti yang membabitkan keyakinan diri.

3. Selain itu, dengan memarahi anak juga akan membuatkan mereka sukar untuk mendengar kata kita. Ini kerana, bila kita memilih untuk mendidik anak dengan cara marah dan menengking, pekembangan pemikiran
dan pendengaran anak juga turut terjejas.

4. Sel otak adalah sangat penting bagi perkembangan anak dan setiap amarah yang kita lontarkan pada anak akan menyebabkan sel otaknya mati. Kesan daripada itu akan membantutkan pembelajaran anak di kemudian hari kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Jika keadaan ini berlanjutan, dikhuatiri anak tadi akan menjadi seorang yang kasar pada pasangannya suatu hari nanti. Walaupun masih kecil, tapi didiklah mereka dengan kasih sayang bukannya api kemarahan yang boleh memberi impak buruk pada perkembangan mereka.

6. Apabila ibu bapa terlalu kerap memarahi anak, mereka akan mula merasai satu perasaan di mana rasa tidak lagi disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya

7. Self esteem anak juga akan menurun terutama bila memarahinya di hadapan orang ramai. Keadaan itu akan membuatnya rasa malu. Kesan lain pula adalah mereka langsung tidak akan mendengar nasihat atau teguran daripada kita.

Cadangan yang boleh ibu ayah lakukan untuk menjadi seorang yang penyabar 

  • Hadapi karenah anak yang degil, suka bergaduh, menyelerakkan peralatan, kotor dan lain-lain dengan tenang. Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan sedemikian ini hanya bersifat sementara. Cuba layani setiap karenah anak tanpa makian, rotan dan kemarahan.
  • Anggap karenah anak-anak adalah ujian Tuhan untuk hambanya. Allah pasti memberikan ganjaran untuk setiap s kesabaran  semasa proses membesarkan anak-anak. Setiap ujian tuhan pasti dibalas dengan baik apabila ibu bapa mampu bersabar.
  • Sedarlah bahawa bukan anda seorang yang rasa susah. Ibu ayah lain turut mengalami halangan yang sama sewaktu membesarkan anak.
  • Atasi setiap tekanan dan cuba belajar mengurangkan konflik suami isteri, tempat kerja dan lain-lain yang membuatkan anda rasa lebih serabut. Tekanan mesti dikurangkan dan dielakkan supaya ketegangan dan konflik berterusan dapat dijauhi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Surat Terbuka Untuk Anakku: Maafkan Ibu Kerana Terlalu Garang…

Baca juga: Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas

Baca juga: Sanggup Nenek Cakap Cucu Hitam Macam Kuali, Anak Rasa Terhina Dengan Perlakuan Emak Pada Anaknya