X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-Kanak Terduduk Dapat Tahu Ibu Ajal Kerana Covid-19, Ditenangkan Oleh Frontliners

9 Jul, 2021
Kanak-Kanak Terduduk Dapat Tahu Ibu Ajal Kerana Covid-19, Ditenangkan Oleh Frontliners

Kematian ibu adalah perkara yang amat menyakitkan untuk diterima. Seorang anak masih kecil terpaksa melalui khabar mendukakan ini sewaktu di pusat kuarantin

Angka kes harian Covid-19 di negara kita terus mencatatkan peningkatan meskipun pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan. Semalam tular mengenai sebuah video di TikTok apabila seorang kanak-kanak menerima berita kematian ibu ketika dia berada di pusat kuarantin.

Walaupun agak sukar untuk menerima kenyataan ini, penularan wabak Covid-19 yang mengganas telah meragut banyak nyawa sehingga ia bermutasi kepada beberapa varian.

Kanak-kanak terduduk apabila mendapat tahu berita kematian ibu

kematian ibu covid-19

Anak-anak yang sedang membesar pastinya memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu ayah. Tidak dapat digambarkan perasaan yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak bernama Aliff, apabila dirinya menerima berita duka sewaktu berada di pusat kuarantin.

Dalam video yang dikongsi, jelas terlihat beberapa orang petugas KKM menghampiri Aliff bagi menyampaikan khabar mengenai keadaan ibunya yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung nyawa dengan virus Covid-19.

Aliff bagaikan hilang tempat untuk bergantung kerana ayahnya juga sedang menerima rawatan rapi akibat paras oksigen yang rendah.

Menurut kapsyen dalam video berkenaan, petugas mengatakan bahawa mereka baru sahaja merawat ayah Aliff yang Desat (paras oksigen rendah). Tidak berapa lama selepas itu, adik ini dapat berita yang ibunya baru sahaja meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19.

Kami cuba tenangkan adik ini walaupun kami tahu betapa besarnya ujian buat dirinya. Semoga roh ibu Aliff ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Bagaimana virus Covid-19 menyerang tubuh manusia

covid-19 menyerang manusia

credit to sources

Menurut doctoroncall, gejala yang dialami oleh setiap pesakit yang positif Covid-19 adalah berbeza meskipun diserang virus sama disebabkan oleh ia sangat bergantung kepada tahap imuniti seseorang.

Pada awal proses jangkitan, seseorang terkena cecair yang mengandungi virus, datang daripada titisan akibat bersin atau batuk. Kemudian, ia memasuki saluran pernafasan melalui sentuhan pada rongga hidung, mulut atau mata.

Saluran pernafasan dari hidung sehingga ke unit paling kecil iaitu bronkiole, dimana berlakunya pertukaran okisgen dan karbon dioksida pada bahagian tersebut.

Apa yang berlaku pada tubuh setelah dijangkiti virus Covid-19

Pada permukaan virus Covid-19, terdapat struktur yang berbentuk seolah-olah seperti paku. Struktur inilah yang membolehkan ia melekat pada reseptor pada sel di permukaan saluran pernafasan.

Setelah berjaya melekat pada sel berkenaan, ia mula menganggu fisiologi normal sel dan lama-kelamaan sel berkenaan akan rosak.

#1. Gejala demam

Disebabkan oleh proses tersebut, sistem ketahanan tubuh akan bertindak balas ke atas virus tersebut. Misalnya badan seseorang akan mengalami peningkatkan suhu badan bagi merencatkan virus.

Hal ini kerana setiap virus memerlukan suhu yang optimum untuk bekerja. Demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah celsius antara simptom lazim bagi jangkitan ini.

#2. Batuk

simptom covid-19

credit to sources

Apabila virus mendominasi saluran pernafasan seseorang, ia turut menyebabkan gejala batuk. Ini juga merupakan tindak balas tubuh bagi menyingkirkan virus daripada saluran pernafasan.

Sebab itulah kita dinasihatkan mengamalkan etika batuk dengan betul bagi mengelakkan penularan virus lebih serius. Gunakan tisu atau tutup mulut dengan siku bagi memastikan ia tidak tersebar kepada orang lain.

#3. Berupaya menyebabkan gejala lebih parah

2 daripada 10 kes akan menyebabkan gejala lebih parah. Hal ini kerana bronkiole merupakan bahagian paling hujung dalam pernafasan dan ia sangat kritikal kerana fungsinya menyampaikan bekalan oksigen dan menyerap karbon dioksida daripada sel darah merah.

Jika Covid-19 hanya menjangkiti saluran pernafasan bahagian atas, ia hanya menyebabkan gejala ringan seperti sakit tekak, batuk, demam atau tiada sebarang simptom.

Apabila virus mula menyerang paru-paru, laluan pernafasan akan mula mengembang dan dipenuhi air. Keadaan parah ini boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas serta memerlukan rawatan khas di unit rawatan rapi.

Untuk pengetahuan anda, sel amat bergantung kepada oksigen untuk terus hidup. Serangan virus Covid-19 ini boleh menganggu saluran oksigen ke seluruh organ dalam tubuh. Jika tidak ditangani, satu per satu organ akan mati dan seterusnya menyebabkan maut.

Sumber: Ainayb, doctoroncall

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Covid-19 Ragut Nyawa Ibu Ayah, 5 Beradik Jadi Anak Yatim Piatu Dalam Sekelip Mata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kanak-Kanak Terduduk Dapat Tahu Ibu Ajal Kerana Covid-19, Ditenangkan Oleh Frontliners
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.