X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jauhkan Diri Jika Mengalami Gejala, Seramai 315 Kanak-Kanak Negara Ini Positif Covid-19

4 min bacaan
Jauhkan Diri Jika Mengalami Gejala, Seramai 315 Kanak-Kanak Negara Ini Positif Covid-19

Penularan virus Corona membimbangkan masyarakat seluruh dunia. Sekiranya bergejala, lakukan isolasi di rumah dan jauhkan diri daripada orang tersayang

Penularan wabak penyakit dari virus Corona bagaikan tiada kepastian bila ia akan berakhir. Saban hari Malaysia mencatatkan kes terbaharu dan masih terdapat angka kematian pesakit.

Namun, seluruh pihak telah mengerahkan tenaga dalam memikul tanggungjawab masing-masing untuk membasmi virus jahat ini sehingga ke akar umbi serta memerlukan sokongan seluruh rakyat dengan sentiasa duduk di rumah.

Penularan virus Corona terhadap anak kecil

penularan virus corona

foto: free malaysia today

Setakat 16 April, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 315 kes positif wabak Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 14 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia membabitkan enam peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 5 182 kes yang dilaporkan di negara ini.

”Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 83 orang pesakit kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan lima hingga sembilan tahun,”

”Selain itu, seramai 149 pesakit pula adalah berusia 10 hingga 14 tahun,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Noor Hisham mengatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak mendapat jangkitan daripada ibu ayah atau ahli keluarga yang positif wabak Covid-19.

”Biasanya kanak-kanak yang mendapat jangkitan dapat bersama keluarga sama ada ibu atau ayah. Sekiranya mereka sama-sama positif Covid-19, kami akan meletakkannya dalam bilik atau wad sama,”

Tambahnya lagi, jika kanak-kanak tersebut dijangkiti virus Corona, tetapi ibu ayah didapati negatif ujian saringan dan ingin menjaga anak, perlu menandatangi surat persetujuan terlebih dahulu.

Bukna itu sahaja, pihak KKM turut menggalakkan ibu ayah menjaga anak-anak dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang tempoh mereka di hospital,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut melaporkan Covid-19 dengan kes baharu iaitu sebanyak 110 orang dengan 5 182 jumlah keseluruhan kes dilaporkan.

Manakala, kes sembuh pula adalah seramai 119, 1 kematian dan 29 orang pesakit memerlukan anak bantuan pernafasan.

Langkah pencegahan awal mampu melindungi kanak-kanak

penularan virus corona terhadap kanak-kanak

foto: atomiyme

Dalam melindungi anak dan keluarga, ibu ayah perlu menerapkan nilai kebersihan termasuklah langkah pencegahan dalam berhadapan isu penularan jangkitan Coronavirus.

Menurut pakar perunding penyakit berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee berkata langkah berjaga-jaga boleh diambil bagi mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.

”Risiko kanak-kanak mendapat jangkitan Covid-19 adalah sama seperti golongan dewasa dan mereka memerlukan langkah pencegahan yang sama,”

Tambahnya lagi, manfaatkan tempoh kawalan pergerakan ini dengan mengehadkan pergerakan anak-anak dan memastikan mereka sentiasa berada dalam rumah.

Bukan itu sahaja, ibu ayah perlu mempraktikkan amalan mencuci tangan dengan sabun, tidak menyentuh bahagian mata, hidung dan mulut jika tangan tidak dibersihkan terlebih dahulu.

”Usaha yang dilakukan setiap hari ini lama-kelamaan akan menjadi amalan. Ia dapat membantu mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan sekurang-kurangnya anda lebih bersedia dalam membanteras penularan penyakit berjangkit ini,” ujarnya.

Sistem ketahanan tubuh rendah

bahaya virus corona terhadap kanak-kanak

foto: time

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Mengikut ulasan oleh Pakar Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, Datuk Dr Zulkifli berkata sehingga kini tiada sebarang kes kematian direkodkan akibat virus Corona dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, memandangkan sistem imuniti anak kecil rendah berbanding orang dewasa normal, pihak kesihatan menjangkakan komplikasi penyakit yang bakal dihadapi lebih teruk jika mereka menghidapi pneumonia.

”Selain amalan mencuci tangan dengan sabun, anak-anak perlu mengelakkan diri daripada individu kurang sihat atau bergejala. Elakkan sengaja mendedahkan cahaya mata anda kepada penyakit biarpun sudah mengetahui risiko dan puncanya,” jelas Dr Zulkifli.

Kongsinya lagi sekiranya berlaku penularan virus dalam kalangan masyarakat, seluruh pihak sememangnya perlu berasa risau. Seperti SARS dahulu, kanak-kanak jarang dijangkiti tetapi apabila dijangkiti, risikonya adalah lebih besar kerana faktor imuniti dan saiz paru-paru yang lebih kecil.

Justeru, penyusuan susu ibu dan vaksinasi amat digalakkan sebagai langkah pencegahan kombinasi terbaik dalam peringkat bayi.

Untuk kanak-kanak pula, ibu ayah perlu memastikan makanan yang disediakan adalah berkhasiat dan seimbang agar sistem pertahanan tubuh badan kuat serta mampu melawan kuman penyakit,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Selangor Kini

Kredit foto: Sinar Harian, Dream

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Jauhkan Diri Jika Mengalami Gejala, Seramai 315 Kanak-Kanak Negara Ini Positif Covid-19

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-malang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jauhkan Diri Jika Mengalami Gejala, Seramai 315 Kanak-Kanak Negara Ini Positif Covid-19
Kongsikan:
  • Virus Corona Makin TERUK, 4 Rakyat Malaysia Juga Disyaki Dijangkiti, Sila Tunda Perjalanan Anda Ke China!

    Virus Corona Makin TERUK, 4 Rakyat Malaysia Juga Disyaki Dijangkiti, Sila Tunda Perjalanan Anda Ke China!

  • Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

    Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Virus Corona Makin TERUK, 4 Rakyat Malaysia Juga Disyaki Dijangkiti, Sila Tunda Perjalanan Anda Ke China!

    Virus Corona Makin TERUK, 4 Rakyat Malaysia Juga Disyaki Dijangkiti, Sila Tunda Perjalanan Anda Ke China!

  • Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

    Walaupun Dah Sembuh, Tidak Mustahil Anda Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Ke-2

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.