Kembar Seiras Tertukar Sejak 20 Tahun, Disedari Rakan Kerana Tarikh Lahir Yang Sama

Kembar yang tertukar pada 20 tahun lalu telah disatukan semula menerusi ujian DNA. Difahamkan ia disebabkan oleh kecuaian kakitangan hospital yang bertugas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaikan dalam drama di televisyen, pasangan kembar yang tertukar sejak 20 tahun kini disatukan semula. Dua keluarga terpaksa berdepan kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan pada tarikh yang sama 20 tahun lalu telah tertukar disebabkan oleh kecuaian pihak hospital.

Menurut laporan Bernama, insiden berkenaan berlaku di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Hakikat ini hanya diketahui selepas Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20 dan kembar sebenar Noratirah Husin melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lalu.

Kisah kembar yang tertukar

Adryani Iwani menceritakan perkara tersebut terbongkar ketika dia menyertai kem motivasi ketika tingkatan 4 dan bertemu pelajar dari sekolah lain yang memaklumkan memiliki wajah seiras dengan rakan mereka, Noratirah.

”Saya kemudiannya meminta gambar Noratirah daripada pelajar tersebut sebelum dia berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.”

”Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan yang ketara pada wajah kami. Namun mama berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya pelanduk dua serupa.” kongsi Adryani.

Kembar yang tertukar bertemu secara tidak sengaja

Ketika tahun 2019, mereka secara tidak sengaja telah bertemu ketika pergi ke Karnival Jom Masuk U. Masing-masing hanya memandang sesama sendiri kerana terkejut memandang wajah mereka yang benar-benar sama.

Tidak cukup dengan itu, tarikh lahir mereka juga sama selepas rakan ada menghantar gambar sambutan hari lahir Noratirah pada ulang tahun kelahirannya.

”Saya agak terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan ada orang muka sama dengan saya. Sekali tengok, eh.. betullah muka dia serupa saya. Belum pernah lagi saya  berdepan dengan perkara sedemikian,” kongsinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian Noratirah telah menghubungi Adryani Iwani menerusi Instagram. Banyak perkara yang dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan sehingga membuatkan mereka terdetik untuk membuat ujian DNA.

credit to sources

”Selepas berbincang, kedua-dua keluarga telah sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi memastikan adakah kami terdapat pertalian darah.” jelasnya.

Ujian DNA tersebut melibatkan dirinya, ibunya Siti Aminah Ismail, 66, Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu terduduk sebaik sahaja mengetahui anak kembar yang tertukar

”Setelah keputusan keluar, alangkah terkejutnya kami terutamanya mama terduduk dan menangis apabila mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus mengatakan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar. Anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

Manakala Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula sebenarnya anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (telah meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah.

Sementara itu kakak kepada Adryani Iwani berkata, ibu mereka menceritakan doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan bahawa kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras ataupun sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Disebabkan oleh tag nama di kaki kedua-dua kembar adalah nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras,” kongsinya.

credit to sources

Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani pukul 1.27 pagi dan kemudian Adryani Iwani 1.34 pagi.

Pada awal keputusan ujian DNA diketahui, ibu mereka tidak dapat menerima kenyataan ini dan meminta agar tidak mendedahkan kepada sesiapa pun kerana risau ia boleh memberikan kesan psikologi pada Adryana Iwani.

Meskipun begitu, ahli keluarganya tetap menganggap Adryana Iwani adalah sebahagian daripada 9 adik-beradiknya dan meminta untuk terus tinggal bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Ibu kandungnya sudah tiada, manakala ayahnya telah meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui.” katanya.

Mereka sekeluarga telah melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan. 

Pada masa yang sama, Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu telah berpindah dan tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu sejak bulan Januari lalu.

Sumber: Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Viral Kes Tertukar Bayi, Ibu Wajib ‘Double Check’ Tag Nama Di Kaki Bayi Sebelum Discaj

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan