app

Kesedihan Berpanjangan Dan Tertekan, Dorong Masalah Kemurungan

Kemurungan boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemurungan adalah sejenis gangguan mental paling lazim di dunia. Di Malaysia, kira-kira 2.3 juta orang mengalami kemurungan pada satu tempoh dalam hidup mereka malah dianggarkan dialami oleh kira-kira 20% dalam kalangan orang dewasa berusia 13 hingga 17 tahun.

Kemurungan atau depresi yang didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Ia merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga, dan cepat marah yang boleh menjejaskan fungsi harian seseorang individu.

Ia boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Ia boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Punca Kemurungan

Lazimnya, kemurungan bermula pada zaman dewasa tetapi ia juga boleh berlaku pada segenap usia termasuk zaman kanak-kanak. Para penyelidik percaya bahawa kemurungan boleh berpunca daripada gabungan faktor genetik, biologi, persekitaran dan psikologi. Faktor-faktor ini termasuk :

  • Sejarah depresi diri atau keluarga.
  • Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit tertentu seperti diabetes, kanser, penyakit jantung dan penyakit Parkinson. Selain itu, kemurungan yang dialami boleh mengakibatkan penyakit ini menjadi lebih teruk.
  • Trauma, tekanan atau perubahan besar dalam hidup seseorang.
  • Penggunaan media sosial yang keterlaluan, terutamanya jika melibatkan buli siber.

Antara penyebab tekanan yang biasa dihadapi oleh orang yang didiagnos dengan depresi termasuk penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan.

Selain itu, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup turut menyumbang kepada depresi.

Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda Kemurungan

Tanda dan simptom depresi berbeza mengikut individu, terdapat individu menunjukkan tanda yang kurang, manakala ada yang banyak.

Contohnya, sesetengah individu yang mengalami depresi mungkin berasa sedih, manakala yang lain tidak. Tanda dan simptom boleh berbentuk fizikal atau emosi, beberapa tanda dan simptom umum kemurungan adalah seperti berikut:

  • Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  • Mudah berputus asa.
  • Perasaan bersalah dan tidak berguna.
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  • Berperasaan hidup tidak berguna.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.

Cara Mengatasi Masalah Kemurungan

Kaedah rawatan adalah bergantung kepada tahap penyakit. Untuk gejala kemurungan yang ringan, biasanya tidak memerlukan rawatan ubatan anti-kemurungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pesakit boleh menjalani sesi psikoterapi di mana mereka dibimbing untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaian, mengenal pasti serta menangani fikiran negatif, digalakkan untuk meluahkan perasaan dengan betul serta diberikan sokongan.

Pesakit juga akan dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, untuk gejala yang sederhana atau teruk, biasanya pesakit akan diberikan ubatan anti-kemurungan untuk jangka masa yang tertentu.

Gejala yang teruk akan menjejaskan fungsi hidup individu di mana beliau tidak lagi boleh bekerja atau menjalankan tugas harian seperi biasa.

Pesakit juga mungkin mendapat gangguan halusinasi serta delusi. Walaubagaimanapun, yang paling membimbangkan ialah adanya pemikiran untuk membunuh diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan awal dapat membantu untuk sembuh dengan lebih cepat serta kembali menjalani kehidupan yang berkualiti.

MOH

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini

Baca juga : 8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

Baca juga : Mahu Mengelakkan Kemurungan Pada Kanak-Kanak? Kajian Mengatakan Cara Ini Boleh Membantu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi