Kenapa Badan Panas Semasa Hamil? Rupanya Ini Penjelasannya

Ketika hamil, anda pasti akan merasakan lebih panas dan banyak berpeluh. Perubahan hormon antara sebab kenapa badan panas ketika hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasaan sentiasa tidak selesa adalah salah satu daripada perkara biasa bagi wanita hamil dan ini termasuklah rasa panas badan. Jadi, kali ini kami berkongsi mengenai topik kenapa badan panas semasa hamil?

Ketika hamil, badan anda mengalami perubahan yang berterusan dan itu menjejaskan kesejahteraan fizikal. Jadi ibu hami  perlu sentiasa peka dengan sebarang perubahan yang berlaku demi memastikan ibu dan kandungan sentiasa sihat.

Badan rasa panas ketika mengandung adalah salah satu perkara yang memang biasa dialami ibu hamil. Namun, ia boleh jadi tidak normal jika terlalu panas. Ada yang kata sampai satu keadaan ibu hamil rasa seperti ada relau di dalam.

Kenapa Badan Panas Ketika Hamil?

Badan anda pada asasnya akan memberi amaran jika ada perubahan dan ia mungkin tanda sesuatu yang tidak kena berlaku.

Terlalu panas semasa mengandung boleh menyebabkan bayi anda berisiko kerana ia boleh menjejaskan perkembangan saraf tunjang dan tulang belakang bayi.

Sememangnya rasa terlalu panas ketika hamil masih boleh ditangani tetapi perlulah dibuat dengan berhati-hati. 

Peningkatan suhu badan akan berlaku pada setiap peringkat kehamilan. Kulit anda akan menjadi lebih hangat apabila disentuh dan anda lebih berkemungkinan banyak berpeluh malam dalam tempoh ini.

Ini biasanya berlaku kerana hormon baru bekerja lebih keras untuk memastikan badan anda berfungsi dengan lancar pada minggu-minggu awal kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan hormon meningkatkan suhu badan anda dengan jumlah yang kecil dan kesan sampingannya ialah morning sickness. 

Semasa badan anda bersedia untuk membawa kehidupan baharu ke dunia ini, ia menghasilkan lebih banyak darah untuk membawa makanan dan oksigen kepada janin. Itulah sebabnya isipadu darah anda meningkat sehingga 50 peratus menjelang minggu ke-34 kehamilan.

Jantung mengepam lebih kuat daripada biasa dan menjelang minggu kelapan, ia bekerja pada 20 peratus lebih  daripada kelajuan mengepam biasa. Tahap metabolisme anda juga telah dinaikkan, yang menyebabkan berlakunya peningkatan kepada suhu badan anda.

Kenapa Badan Terasa Panas Tapi Suhu Normal?

Perbezaan utama antara demam dan badan terasa panas tiba-tiba (hot flash) ialah demam meningkatkan suhu badan anda, manakala panas badan ketika hamil ini tidak.

Jika suhu anda melebihi 38 darjah selsius selama lebih daripada satu atau dua hari, hubungi doktor atau gynae anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda tidak demam tetapi rasa panas badan ini tidak berkurangan, kemungkinan anda cuma 'overheated'. Apa yang anda perlu lakukan adalah tambahkan air dalam badan, minum air lebih banyak dan mandi air sejuk.

Dan ingat, seperti gejala kehamilan lain yang anda mungkin tidak suka, panas badan juga akan berlalu.

Badan panas semasa hamil boleh disebabkan beberapa perkara, ia termasuklah:

#1. Seri kehamilan

Percaya atau tidak pregnancy glow atau seri kehamilan berkaitan dengan panas badan yang dialami ibu hamil. Apabila hamil, ada sesetengah wanita akan memiliki kulit yang sangat cantik dan bersinar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini berkaitan salur darah seluruh badan anda termasyk kulit sedang melebar untuk menerima lebih banyak darah. Apabila lebih banyak darah mengalir ke kulit anda, ia akan lebih berseri. Namun, ini akan meningkatkan suhu bandan anda.

Menjelang trimester ketiga, bayi anda akan menghasilkan haba yang akan meningkatkan lagi suhu badan anda. 

Seelok-eloknya suhu badan bagi kebanyakan wanita adalah 37 darjah selsius tetapi boleh meningkat kepada 37.5 darjah selsius yang akan membuat dia rasa lebih panas. 

Walaupun suhu badan ini boleh diterima, sila ambil perhatian bahawa adalah penting untuk memastikan badan ibu mengandung di bawah 39 darjah selsius.

Ini untuk mengelakkan dia daripada terlalu panas. Itulah sebabnya ibu perlu berhati-hati dan tidak memaksa badan terlalu kuat semasa senaman atau aktiviti yang meningkatkan suhu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Perubahan hormon

Peningkatan tahap estrogen ketika anda hamil juga menyebabkan perubahan suhu badan. Tahap hormon terus meningkat sehingga 32 minggu tempoh kehamilan. Ini akan menaikkan paras suhu badan pada trimester pertama.

#3. Pertambahan berat badan

Satu lagi penyumbang kepada peningkatan suhu badan ialah pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan ini ialah sebahagian daripada kehamilan dan memang akan membuatkan badan berasa lebih panas.

Ini berkaitan dengan perubahan sistem badan apabila berat badan bayi meningkat ia sekaligus menyumbang kepada peningkatan berat badan secara keseluruhan dan peningkatan suhu.

Lebih banyak janin membesar dalam tempoh 40 minggu, lebih banyak haba yang akan dikeluarkan dan ia akan dipindahkan kepada ibu. 

Risiko Dan Kesan Terlalu Panas Semasa Mengandung

Semasa kehamilan, anda perlu mengekalkan suhu badan normal sekitar 36.6 darjah selsius dan ia tidak sepatutnya meningkat melebihi 39 darjah selsiuss

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan sahaja rasa panas semasa hamil membuat seseorang tidak selesa, malah terlalu panas, terutamanya semasa trimester pertama boleh membahayakan perkembangan bayi anda terganggu.

Bayi yang ibunya mengalami suhu tinggi semasa beberapa minggu pertama kehamilan mempunyai peningkatan risiko untuk masalah jantung dan kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

Menurut kajian, terdedah kepada haba melampau pada awal kehamilan juga boleh meningkatkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.

Penyelidikan daripada Institut Kesihatan Kebangsaan mendapati bahawa wanita yang terdedah kepada gelombang haba yang melampau semasa 7 minggu pertama kehamilan mempunyai 11 peratus lebih berkemungkinan untuk bersalin lebih awal.

Dehidrasi akibat terlalu panas juga boleh menyebabkan Braxton Hicks iaitu kontraksi palsu dan membuatkan anda berasa pening atau pengsan, yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan.

Kajian mendapati bahawa, terlalu panas semasa mengandung juga boleh meningkatkan risiko:

  • Kecacatan kelahiran - kecacatan kelahiran yang boleh berlaku akibat suhu badan ibu mengandung yang terlalu panas termasuklah kecacatan pada saraf tunjang bayi yang akhirnya akan mengakibatkan kecacatan otak
  • Kelahiran pramatang - jika suhu badan terlalu panas, ibu juga berisiko melahirkan bayi yang pramatang iaitu usia kandungan di bawah 37 minggu. 
  • Kelahiran mati - kelahiran mati iaitu bayi sudah meninggal dunia semasa dilahirkan. Kelahiran mati juga didefinisikan sebagai melahirkan bayi berusia lebih lima bulan atau berat di lebih daripada 500 gram tanpa degupan jantung. 
  • Berat lahir rendah - berat lahir bayi berisiko rendah iaitu di bawah 2.1 kilogram 

Gejala Suhu Badan Terlalu Panas Ketika Hamil

Sekiranya terlalu panas, badan anda akan menunjukkan beberapa tanda dan anda perlulah berhati-hati kerana jika lambat bertindak akan membawa kesan buruk kepada ibu hamil dan bayi yang sedang dikandung. 

Ini antara gejala badan terlalu panas semasa hamil:

  • Kulit rasa hangat atau sejuk, pucat dan lembap
  • Pening kepala
  • Kekejangan otot
  • Loya
  • Kekeliruan
  • Pengsan
  • Keletihan
  • Terasa kering dan dahaga
  • Berpeluh berlebihan
  • Suhu badan melebihi 39 darjah selsius

Cara Mengelakkan Badan Daripada Panas

Memastikan suhu badan anda berada pada tahap normal adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada diri terlalu panas. Apa yang diperlukan adalah sedikit langkah berjaga-jaga supaya suhu badan anda boleh diterima. 

Ini antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu hamil bagi memastikan suhu badan mereka berada pada tahap normal dan tidak membahayakan diri atau kandungannya. 

  • Simpan botol air sejuk yang berguna untuk diminum
  • Jauhi dapur pada hari yang panas
  • Elakkan sauna atau bilik yang panas
  • Pastikan bilik anda sejuk semasa tidur. Buka tingkap atau turunkan suhu penyaman udara untuk memastikan anda selesa
  • Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah bagi menjadikan keadaan selesa walau dalam keadaan cuaca panas
  • Mandi air sejuk
  • Pertimbangkan berenang sebagai senaman yang menyeronokkan dan selamat semasa hamil
  • Ambil urutan yang menenangkan dan bukannya menggunakan pad pemanas untuk sakit otot

Cuaca yang panas juga boleh menyebabkan kehamilan dan bayi anda berisiko menjadi terlalu panas terutama pada trimester pertama. Justeru, jika cuaca panas, ada eloknya anda lebih banyak menghabiskan masa di dalam bangunan sahaja.

Jika perlu keluar, pastikan anda pakai pakaian yang bersesuaian dan pastikan bawa payung bersama serta air minuman bagi mengelak dehidrasi jika dahaga.

Doktor juga mengesyorkan untuk mengelakkan tab mandi panas dan sauna semasa hamil terutama dalam tempoh lama kerana ini akan meningkatkan suhu badan anda.

Jika anda terasa panas semasa hamil kerana demam, segera maklumkan kepada doktor bagi mengelakkan terlalu panas dan dehidrasi.

  1. Healthline (December 20, 2019). Pregnancy and All Things Heat-Related (You, the Weather, Your Bath Water, and More). www.healthline.com/health/pregnancy/hot-pregnant#prevention
  2. babycenter (September 26, 2021). Overheating during pregnancy: How to keep cool. www.babycenter.com/pregnancy/health-and-safety/pregnant-take-steps-to-avoid-overheating-this-summer_40005924#:~:text=Overheating%20during%20the%20first%20trimester,the%20brain%20and%20spinal%20cord.)

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Perkara Penting Tentang Perkembangan Ibu & Janin Di Setiap Trimester Kehamilan

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan

Penulis

Lala Annuar