X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Kita Suka Masak dan Memberi Makan kepada Orang Lain – Psikologi Menerangkan

4 min bacaan
Kenapa Kita Suka Masak dan Memberi Makan kepada Orang Lain – Psikologi Menerangkan

Memasak dan memberi makan kepada orang lain memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada diri sendiri, lebih banyak berbanding manfaat yang diperolehi oleh orang yang menerima makanan tersebut. Anda hendak tahu psikologi disebalik tabiat memasak untuk orang lain? Jom baca artikel ini lebih lanjut!

Masyarakat kita mempunyai satu tradisi yang cantik dan mulia – kita suka masak dan memberi makan kepada orang lain. Kita jemput sahabat handai datang ke rumah dan mula menghidangkan makanan dan makan beramai-ramai. Antara satu kaedah yang kita lakukan dalam aktiviti bersedekah ini adalah dengan melakukan kenduri.

Mengapa agaknya orang kita suka melakukan aktiviti sebegini? Sebenarnya, ia memberikan banyak faedah kepada diri kita sendiri, berbanding orang yang diberi makan. Bagaimana? Psikologi ada menerangkannya!

1.    Makanan Merupakan Kaedah Menghilangkan Stress

Menurut seorang Profesor Psikologi dan Sains Minda di Universiti Boston, Donna Pincus, memasak, sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, merupakan satu outlet untuk kita menghilangkan stress.

Kenapa Kita Suka Masak dan Memberi Makan kepada Orang Lain – Psikologi Menerangkan

Source: Pexels.com

Melalui aktiviti memasak, kita melupakan segala masalah yang anda. Kita lebih menumpukan perhatian kepada penyediaan bahan, mencari ramuan, dan mengikut resipi yang telah disediakan.

Malah, melihat hasil akhir, iaitu makanan yang terhidang, mampu memberikan kegembiraan serta kelegaan dalam hati kita. Akibatnya? Stress berjaya dihilangkan dan kita berasa lebih tenang.

2.    Makanan Menjadi Medium Komunikasi antara Manusia

Menurut Profesor Psikologi dari Universiti Massachusetts pula, Susan Whitbourne, sesetengah budaya memberikan makanan sebagai kaedah berkomunikasi.

Kita selalunya akan menyediakan makanan dan membawanya ke kenduri arwah, parti hari jadi, atau apabila bertandang ke rumah orang. Susan menyatakan bahawa makanan tersebut mewakili ucapan takziah, tahniah atau simbol berterima kasih.

“Ia sangat membantu apabila seseorang itu berasa payah untuk mengekspresikan perasaannya, ia dilakukan melalui makanan yang dimasak tersebut,” terang Profesor Susan.

3.    Memasak dan Memberi Makan kepada Orang Lain Merupakan Satu Bentuk Kebajikan

Lagi satu sebab mengapa kita suka masak dan memberi makan kepada orang lain adalah kerana, bagi kita – sama ada kita sedar tentangnya atau tidak – merupakan satu bentuk kebajikan yang kita ingin lakukan kepada orang lain.

Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa gembira apabila melihat masakan kita berjaya disediakan dan dinikmati oleh orang lain, malah bagi kita ia merupakan satu bentuk kebaikan atau saham pahala.

Kenapa Kita Suka Masak dan Memberi Makan kepada Orang Lain – Psikologi Menerangkan

Source: Onlymyhealth.com

Profesor Donna Pincus menerangkan lagi bahawa memasak untuk orang lain (sama ada dengan membakar kek atau memasak hidangan utama) boleh memberikan rasa kesejahteraan pada diri sendiri.

“Ia membuatkan kita rasa yang kita telah membuat sedikit kebaikan dalam dunia, yang kemudiannya meningkatkan makna dalam hidup dan hubungan kita dengan orang lain,” terang Pincus.

4.    Memasak untuk Orang Lain secara Sukarela Merupakan Tanda Sayang

Julie Ohana, seorang pekerja sosial dan ahli terapi seni memasak, menyatakan bahawa makanan, dalam kebanyakan budaya dan di pelbagai negara, merupakan tanda kasih sayang.

Apabila kita menghargai seseorang, kita berasa lebih terdorong untuk memasak dan memberi makan kepada mereka.

Sebab itulah, kita selalu terfikir atau teringin untuk memasak hidangan istimewa buat ahli keluarga, saudara mara, sabahat handai, dan jiran tetangga – tanpa dipaksa.

Kita sanggup mengeluarkan belanja dari duit poket sendiri dan meluangkan masa serta tenaga untuk memasak dan menghidangkannya kepada orang lain. Segalanya dilakukan secara sukarela.

Julie seterusnya menyatakan yang memasak dan berkongsi makanan tersebut dengan seseorang dapat memberikan rasa seronok dan selesa kepada si pemberi, sama seperti kepuasan yang dirasai oleh si penerima hidangan.

Jom Kita Masak dan Memberi Makan kepada Orang Lain!

makanan untuk bayi cantik

Tok nenek moyang kita dari dahulu memang suka memberi makan kepada orang. Kalau di kampung-kampung, pasti banyak kenduri diadakan walaupun segalanya serba sederhana.

Ketika bulan puasa, hari raya, tahun baru cina, deepavali, krismas, dan juga perayaan lain pula, pasti meriah dengan aktiviti bertukar hidangan.

Mungkin mereka dapat merasakan kebaikan aktiviti tersebut, seperti yang diterangkan di atas.

Anda berasa penat dengan tugas harian di rumah atau urusan pejabat? Selepas membaca artikel ini, anda pasti sudah tahu apa hendak buat untuk menghilangkan bebanan dan stress tersebut.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Jom ajak rakan-rakan datang ke rumah, masak untuk mereka, dan makan bersama-sama. Pasti anda akan berasa ceria dan lega selepas melakukannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kenapa Kita Suka Masak dan Memberi Makan kepada Orang Lain – Psikologi Menerangkan
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham