Hari Raya memang masa untuk bergembira, berkumpul dengan keluarga, dan meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Tapi hakikatnya selepas Syawal berlalu, ramai ibu bapa mula rasa ‘poket kering’ akibat perbelanjaan besar sepanjang musim perayaan.
Baju baru, duit raya anak-anak, kos balik kampung, dan jamuan rumah terbuka semuanya menelan belanja yang bukan sedikit.
Tips Pulihkan Kewangan Selepas Raya
Kalau anda sedang mencari cara untuk ‘bernafas’ semula selepas raya, jangan risau! Artikel ini akan kongsikan beberapa tips dan strategi untuk memulihkan kewangan selepas raya, supaya anda boleh kembali ke landasan kewangan yang lebih stabil.
Berikut cara dan tips pulihkan kewangan selepas raya:
1. Semak dan Analisis Perbelanjaan Raya
Cara pulihkan kewangan selepas raya adalah dengan melihat semula ke mana duit anda pergi. Ambil sedikit masa untuk senaraikan semua perbelanjaan semasa raya, termasuk:
- Kos baju raya sekeluarga
- Duit raya anak-anak, anak saudara, ibu bapa
- Kos perjalanan balik kampung (minyak, tol, tiket bas/kapal terbang)
- Kos makanan dan rumah terbuka
- Hutang yang dibuat untuk menampung perbelanjaan
Dari sini, anda boleh kenal pasti mana bahagian yang terlebih belanja dan di mana boleh berjimat untuk raya akan datang.
2. Berhenti Berbelanja Yang Tidak Perlu
Lepas raya, ada ibu bapa yang masih dalam ‘mood shopping’, lebih-lebih lagi bila jualan murah selepas raya muncul. Ingat, waktu ini bukan masa untuk menambah hutang!
Jika kewangan sudah terjejas, fokus untuk mengurangkan perbelanjaan bukan keperluan seperti:
- Beli baju atau barang baru kerana ‘sale’
- Makan di luar atau buat jamuan tambahan
- Berbelanja secara impulsif di e-commerce atau pasar raya
Sebaliknya, cuba buat “No-Spend Challenge” selama sebulan, di mana anda hanya berbelanja untuk perkara asas seperti makanan, bil dan keperluan harian.
3. Simpan Duit Raya Anak
Duit raya anak-anak sering menjadi ‘penyelamat’ sementara bagi ibu bapa yang poketnya semakin nipis. Tetapi, sebelum guna duit tersebut, fikir dua kali.
Duit itu sebenarnya milik anak dan lebih baik jika ia disimpan untuk masa depan mereka. Cara terbaik untuk manfaatkan duit raya anak ialah:
- Simpan dalam akaun simpanan kanak-kanak atau Tabung Haji
- Melaburkannya dalam simpanan pendidikan seperti SSPN
- Gunakan untuk beli keperluan anak seperti buku atau barang sekolah
Jika perlu guna sedikit untuk perbelanjaan mendesak, pastikan anda gantikan semula nanti.
4. Langsaikan Hutang Dengan Segera
Tips pulihkan kewangan selepas raya seterusnya adalah dengan segera melangsaikan hutang.
Jika anda menggunakan kad kredit atau berhutang untuk perbelanjaan raya, pastikan anda menyelesaikannya secepat mungkin supaya faedah atau caj tidak bertambah.
- Fokus untuk bayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi dahulu
- Cuba runding dengan bank untuk pelan pembayaran lebih fleksibel jika beban terlalu tinggi
- Buat bajet khas setiap bulan untuk melangsaikan hutang sedikit demi sedikit
Jangan biarkan hutang raya berlarutan sehingga ke raya tahun depan!
5. Jana Pendapatan Tambahan
Kalau bajet sudah ketat, cara terbaik untuk cepat pulih adalah dengan mencari pendapatan tambahan. Tak perlu buat kerja berat, cukup sekadar sesuatu yang boleh menampung keperluan dalam masa singkat.
Antara cara mudah untuk tambah duit selepas raya:
- Jual biskut raya atau lebihan stok makanan yang masih ada
- Buat dropshipping atau jualan online
- Buat perkhidmatan fotografi untuk majlis kecil atau produk
- Ambil kerja sambilan seperti menulis, mengajar atau freelance
Walaupun sedikit, setiap ringgit yang masuk boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan anda.
6. Mulakan Tabung Raya untuk Tahun Depan
Salah satu cara terbaik untuk elak masalah kewangan selepas raya ialah dengan mula menabung lebih awal untuk raya tahun depan.
Cuba mulakan dengan konsep Tabung Raya:
- Simpan RM50 setiap bulan, dalam setahun sudah ada RM600 untuk persiapan raya
- Gunakan konsep ‘auto-debit’ supaya anda tak lupa menyimpan
- Gunakan tabung khas atau akaun berasingan untuk elak duit itu digunakan untuk keperluan lain
Dengan cara ini, bila tiba raya nanti, anda tak perlu bergantung kepada gaji semata-mata atau terpaksa berhutang.
7. Kurangkan Gaya Hidup Mewah Selepas Raya
Cara pulihkan kewangan selepas raya yang lain adalah mengurangkan gaa hidup mewah selepas raya. Selepas berbelanja besar, penting untuk ‘back to basic’ dan kembali ke gaya hidup yang lebih sederhana. Ini termasuk:
- Masak di rumah lebih kerap daripada makan di luar
- Kurangkan penggunaan kereta untuk jimat minyak
- Kurangkan langganan yang tidak perlu seperti platform hiburan berbayar
Perubahan kecil ini boleh membantu anda menjimatkan duit lebih cepat dan menstabilkan kewangan semula.
8. Rancang Bajet Bulanan Seterusnya
Bila kewangan dah kembali stabil, ambil masa untuk buat bajet yang lebih realistik supaya perkara yang sama tidak berulang tahun depan.
- Senaraikan pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan
- Tetapkan keutamaan seperti pembayaran hutang dan simpanan
- Elakkan perbelanjaan berlebihan yang tidak perlu
Dengan bajet yang terancang, anda boleh elak stres kewangan dan lebih bersedia untuk raya akan datang.
Berbelanja untuk Hari Raya memang tidak salah, tetapi berbelanja secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kewangan yang berlarutan selepas bulan Syawal berakhir. Apa yang penting, pastikan anda mempunyai strategi pemulihan kewangan supaya tak terbeban dalam jangka masa panjang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 12 Adab Beraya Di Rumah Orang, Elak Tuan Rumah Berkecil Hati
Baca juga: Beraya Kampung Suami Atau Isteri? Selesaikan Giliran Beraya Lebih Awal, Mudahkan Perjalanan!
Baca juga: 13 Tips Beraya Dengan Baby, Elak Risiko Penyakit Berjangkit Yang Boleh Bahayakan Si Manja
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!