Pistachio antara bahan popular tahun ini untuk resepi kuih raya. Rasanya yang lemak, rangup dan sedikit masin menjadikannya pilihan yang sempurna untuk pelbagai jenis kuih raya. Jom kami kongsikan resepi pistachio yang boleh anda cuba!
Resepi Pistachio
Kami akan kongsikan resepi pistachio yang mudah dan sedap untuk hidangan di hari raya. Dijamin, resepi pistachio ini akan jadi kegemaran ramai! Bukan saja boleh dibuat biskut raya, kek dan pelbagai jenis pastri pun boleh dicuba.
1.Resepi Almond London Pistachio
Jika almond london original terkenal dengan coklat dan badamnya, resepi pistachio almond london ini sudah pasti menggunakan kacang pistachio yang memberikan rasa yang unik dan berbeza berbanding Almond London yang biasa.
Bahan-Bahan:
Bahan A
- 250 gram butter pure butter
- 1 sudu besar gula icing
- 1 biji telur kuning
- 3 sudu pes pistachio@1 sudu besar emolco pistachio
- Pewarna apple green + kuning (campurkan_
- 1 sudu kecil baking powder
- 1sudu besar emplex
Bahan B
- 3 sudu besar tepung susu
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/4 cawan cereal nestum halus
- 1/4 cawan pista blend halus
Cara buat topping
Sediakan Beryls white 1 kg jenis coin. Tuang dalam bekas loyang steel. Letak 2 hingga 3 sudu besar cocoa butter. Seterusnya, letak dulang dengan air panas dalam oven. Masuk kan loyang dalam air panas tadi dan set suhu 170 dan biarkan hingga coklat cair. Keluarkan dan tambahkan 10 sudu besar pasted pistachio, 2 sudu besar emolco pistachio green hause dan masukkan campuran pewarna kuning hijau. Kacau dan tuangkan dalam botol sos.
Cara penyediaan:
- Kacau kesemua bahan A
- Gaulkan semua bahan B keculi tepung gandum. Tambah sikit-sikit tepung gandum, uli sehingga tidak melekat di tangan
- Lapik baking paper dalam dulang dan bentuk kan bujur-bujur kecil
- Bakar suhu 175-180 untuk 18-22 minit bergantung saiz doh yang dibentuk. Apabila sudah siap, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas sehingga sejuk.
2. Resepi Semperit Pistachio
Bahan-bahan:
- 200g mentega (cairkan)
- 100g gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 200g tepung gandum
- 50g tepung jagung
- 50g serbuk pistachio (boleh beli atau kisar pistachio hingga halus)
- 30g tepung badam (pilihan untuk rasa lebih berlemak)
- Secubit garam
- Pistachio mentah (untuk hiasan)
Cara Penyediaan:
- Dalam mangkuk besar, pukul mentega cair dan gula aising sehingga sebati dan ringan. Proses ini boleh dilakukan dengan menggunakan pemukul elektrik untuk hasil yang lebih baik.
- Setelah adunan mentega dan gula sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga semua bahan tercampur rata.
- Dalam mangkuk berasingan, campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk pistachio, tepung badam (jika digunakan), dan sedikit garam. Gaul rata.
- Masukkan campuran bahan kering ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula atau tangan sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
- Sediakan acuan semperit atau menggunakan beg piping yang dipasangkan dengan muncung berbentuk bunga. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan atau pipe adunan ke atas dulang pembakar yang telah dilapisi dengan kertas minyak.
- Setelah semperit dibentuk, letakkan secubit pistachio mentah di atas setiap kepingan semperit untuk hiasan. Pistachio ini akan menambah tekstur dan rasa kepada kuih semperit.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Bakar semperit selama 15-18 minit atau sehingga ia kelihatan keemasan di tepi dan masih lembut di bahagian tengahnya.
- Setelah selesai dibakar, keluarkan semperit dari ketuhar dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum disusun dalam balang kuih raya.
Tips:
Jangan bakar terlalu lama, kerana semperit mudah menjadi keras jika dibakar terlalu lama. Cukup sehingga tepi semperit kekuningan dan bahagian tengahnya lembut. Gunakan pistachio yang segar dan berkualiti untuk rasa yang lebih kaya. Anda boleh mengubah bentuk semperit mengikut kreativiti, sama ada bentuk bunga, bulat, atau bentuk lain yang disukai.
3.Resepi Biskut Pistachio Rose
Bahan-Bahan:
- 150g tepung gandum
- 100g mentega (lemak penuh, suhu bilik)
- 40g gula icing (atau secukupnya)
- 50g kacang pistachio (kisar halus)
- 1-2 sudu teh air mawar
- 1 sudu kecil ekstrak vanila
- 1-2 sudu makan gula kastor (untuk taburan, optional)
Cara Penyediaan:
- Kisar kacang pistachio dengan menggunakan pengisar sehingga halus. Jika anda suka tekstur sedikit kasar, boleh kisar sedikit sahaja. Pastikan kacang pistachio dalam keadaan sejuk sebelum dikisar.
- Dalam sebuah mangkuk besar, pukul mentega bersama gula icing hingga lembut dan gebu. Gunakan mixer elektrik pada kelajuan rendah, dan pastikan mentega rata dan lembut.
- Tambahkan tepung gandum dan kacang pistachio yang telah dikisar ke dalam adunan mentega. Gaul rata dengan menggunakan spatula atau mixer perlahan-lahan hingga semua bahan tercampur dengan baik.
- Titiskan air mawar dan ekstrak vanila. Gaul lagi hingga adunan membentuk doh yang lembut dan boleh dibentuk.
- Ambil sedikit doh dan bentuk menjadi bola kecil atau bentuk bulat, kemudian letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega atau lapik dengan kertas pembakar. Anda juga boleh menggunakan acuan biskut jika suka.
- Panaskan oven kepada suhu 160°C (320°F). Bakar biskut selama 15-18 minit atau sehingga biskut sedikit keemasan di tepi. Pastikan jangan biarkan biskut terlalu garing.
- Setelah biskut masak, biarkan ia sejuk sebentar di atas rak penyejuk. Jika mahu, taburkan sedikit gula kastor di atas biskut sebagai hiasan.
4.Kek Batik Pistachio
Bahan-Bahan:
- 250g mentega (butter)
- 1 cawan coin white (chocolate white)
- 2 biji telur kuning sahaja
- 2 sudu besar Emolco Pistachio (jenama Green House)
- 7 sudu besar pasted pistachio (250g kacang pistachio blend dengan 1/2 cawan minyak)
- 1 cawan susu full cream
- 2 titik pewarna kuning
- 700g biskut Marie (dipatah-patahkan)
Topping Layer Cheese:
- 250g cream cheese (suhu bilik)
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gelatin + sedikit air panas (untuk melarutkan gelatin)
- 2 cawan whipping cream Gold Whip Vanilla (pukul hingga gebu)
Topping Ganache Pistachio:
- 500g topping white chocolate
- 2 sudu besar Emolco Pistachio (jenama Green House)
- 3 sudu besar pasted pistachio
- Sedikit pewarna hijau (untuk warna ganache)
- Sedikit pewarna kuning (untuk warna ganache)
Cara Penyediaan:
Penyediaan Kek Batik Pistachio:
- Cairkan mentega dan coin white (chocolate white) atas api yang sederhana. Setelah itu, padamkan api.
- Masukkan telur kuning dan Emolco Pistachio, pasted pistachio, dan susu full cream ke dalam campuran tadi. Kacau hingga semua bahan sebati.
- Titiskan pewarna kuning dan kacau semula.
- Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan ke dalam campuran tersebut dan gaul rata.
- Setelah gaul sebati, masukkan campuran ke dalam bekas dan ratakan. Untuk kek batik yang ori, isikan 3/4 bekas. Jika anda mahu ada lapisan cheese, isikan separuh bekas.
Penyediaan Topping Layer Cheese:
- Pukul cream cheese bersama susu pekat hingga sebati.
- Larutkan gelatin dengan sedikit air panas, kemudian masukkan gelatin yang telah larut ke dalam campuran cream cheese. Kacau hingga rata.
- Pukul whipping cream hingga gebu, kemudian masukkan ke dalam campuran cream cheese dan kacau hingga sebati.
- Masukkan campuran cream cheese ke atas kek batik yang telah disediakan sebelumnya. Ratakan dengan sudu.
Penyediaan Topping Ganache Pistachio:
- Cairkan topping white chocolate dalam mangkuk, kemudian masukkan Emolco Pistachio dan pasted pistachio.
- Titiskan sedikit pewarna hijau dan pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang diinginkan. Kacau hingga semua bahan tercampur rata.
- Tuangkan ganache pistachio ini ke atas kek batik yang telah diletakkan topping cheese tadi. Ratakan.
- Setelah semuanya siap, biarkan kek batik ini sejuk dan keras sebelum dihidangkan.
5. Crispy Creampuff Cookies Pistachio
Bahan-Bahan:
- 1 cawan air
- 1/2 cawan marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- 3-4 biji telur
- Sedikit esen vanilla
- Pistachio perisa (atau perisa pilihan)
Cara Penyediaan:
- Panaskan air dan marjerin hingga mendidih.
- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
- Tambah esen vanilla dan kacau lagi.
- Masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan bentuk kecil di atas tray.
- Bakar pada suhu 160°C selama 40-45 minit hingga rangup.
- Tebuk lubang bawah biskut dan isikan dengan fillings pistachio.
- Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan 1-3 bulan.
6. Pistachio Tiramisu
Bahan-Bahan:
Krim Pistachio:
- 250g mascarpone (sejuk)
- 200ml whipping cream (pukul kental)
- ½ cawan pasta pistachio
- ½ cawan gula icing
- 1 sudu teh ekstrak vanila
Lady Fingers:
- 1 cawan kopi pekat
- 2 sudu besar rum (pilihan)
- 1 paket lady fingers
Hiasan:
- Pistachio cincang
- Serbuk koko (optional)
Cara Penyediaan:
- Pukul whipping cream hingga kental. Kacau mascarpone, gula icing, dan pasta pistachio hingga sebati, kemudian lipatkan whipping cream.
- Celup lady fingers dalam kopi (dan rum) dengan cepat. Susun dalam bekas.
- Lapiskan krim pistachio atas lady fingers. Ulang lapisan hingga habis.
- Taburkan pistachio cincang dan serbuk koko.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
7. Swiss Pistachio Cookies
Bahan-Bahan:
- 200g mentega (sejuk)
- 100g gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 250g tepung gandum
- 50g tepung jagung
- 100g pistachio (dicincang halus)
- 50g gula perang (untuk hiasan, pilihan)
Cara Penyediaan:
- Pukul mentega dan gula kastor hingga lembut dan gebu.
- Masukkan telur dan ekstrak vanila, pukul hingga sebati.
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung, masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan, kacau hingga rata.
- Gaul pistachio cincang ke dalam adunan.
- Ambil doh dan bentuk menjadi bola kecil, susun atas loyang. Tekan sedikit dengan garfu.
- Bakar pada suhu 170°C selama 12-15 minit atau hingga keemasan.
- Taburkan gula perang jika suka, biarkan biskut sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba dan menikmati resepi pistachio yang kami kongsikan ini! Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kacang Pistachio Untuk Kanak-Kanak & Ibu Hamil, Baik Untuk Kesihatan Jantung Dan Perkembangan Otak!
Baca juga: Bukan Ulam Biasa-biasa, Kacang Botol Sebenarnya Ada Banyak Kebaikan Untuk Kesihatan
Baca juga: Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak-Kajian
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!