TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

13 Tips Beraya Dengan Baby, Elak Risiko Penyakit Berjangkit Yang Boleh Bahayakan Si Manja

5 min bacaan
13 Tips Beraya Dengan Baby, Elak Risiko Penyakit Berjangkit Yang Boleh Bahayakan Si Manja

Menjelang hari raya, kesihatan bayi menjadi kerisauan buat ibu-ibu diluar sana. Ikuti tips beraya dengan baby dengan tenang dan selamat!

Melihat telatah si comel yang bersahaja, menyembur air liur dan buat bising. Siapa yang tidak geram, kan? Buat ibu yang pertama kali dapat beraya dengan anak kecil, ikuti tips beraya dengan baby untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit, ya!

Tips Beraya Dengan Baby

Sudah pasti anda tidak sabar untuk memperkenalkan bayi kepada sanak saudara dan sahabat handai. Mana taknya, waktu inilah anda dan seluruh keluarga berkumpul setelah sekian lama tidak bertemu. Raya nanti mesti ada yang rasa teruja nak cium, peluk dan dukung bayi.

Berikut merupakan beberapa tips beraya dengan baby yang boleh dijadikan panduan buat ibu ayah di luar sana.

1. Elakkan pergi ke tempat orang ramai berkumpul

Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, ini bermakna imunisasi bayi anda belum lengkap lagi. Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya. Memanglah raya setahun sekali tetapi bayi juga kecil sekali seumur hidup.

In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?

2. Tetamu tidak perlu dukung bayi

Jika tetamu datang beraya ke rumah, sebolehnya nasihatkan mereka tidak perlu cuba untuk mendukung bayi anda. Belum tentu pakaiannya bersih kerana mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.

Sebaiknya biarlah si ibu sahaja yang mendukung bayi. 

3. Sediakan hand sanitiser 

Ibu ayah boleh sediakan hand sanitiser untuk para tetamu dan letakkan di sebelah katil bayi. Lagi comel jika letak tanda “Sila cuci tangan anda jika anda sayang saya ” dengan satu smiley face.
Cara ini mengelakkan tangan pengunjung menyentuh pipi comel bayi dalam keadaan tangan yang sudah berapa kali bersalaman dengan orang ramai lain. 

4. Jauhkan diri dari bayi jika batuk atau selesema

Sebagai individu yang bertanggungjawab, jika anda batuk atau selesema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak yang lain, segera jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Lagi bagus jika jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada anak kecil. 

Jika terkena pada kita sahaja tak apa, tetapi jika terkena pada bayi pramatang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!

5. Elakkan orang cium bayi kita

Untuk yang ada bayi kecil, pegang kemas bayi jika tidak mahu bayi dicium orang lain. Mungkin tak tahu nak menolak cara baik bagaimana, beri sahaja alasan bayi nak ditidurkan atau disusukan.

Jika geram sangat dengan kecomelan bayi itu, boleh saja pegang sedikit di tangan atau badan bayi, dan doakan bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW:

وَإِنِّي أُعِيْذُهَا بِكَ وَذُرِّيَتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Maksudnya: “Dan aku meminta perlindungan untuknya kepada-Mu dan juga untuk anak keturunannya dari syaitan yang terkutuk” – Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim 

 

6. Pastikan bayi mendapat vaksin ikut jadual

Lebih baik ibu ayah pastikan anak-anak divaksinkan mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang secukupnya dari jangkitan kuman yang merbahaya seperti batuk kokol, demam campak, rubella dan sebagainya. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
 

7. Tidak perlu bimbang digelar paranoid

 
Para ibu yang tersayang, usah bimbang digelar paranoid kerana mahu melindungi bayi kita, ya. Mungkin ibu bimbang ada suara yang berkata “macam dia seorang yang ada bayi!”. Pada akhirnya kita hanya mahu yang terbaik untuk bayi kita.

tips beraya dengan baby

8. Elakkan dari kumpulan perokok

Kesan sebagai perokok sekunder kepada anak kita amat mudarat. Beritahu anak yang lebih besar untuk ‘larikan diri’ jika ada kumpulan perokok berhampiran mereka.

9. Teruskan penyusuan susu ibu

Susu yang tersedia setiap masa ini didatangkan dengan pakej lengkap termasuklah antibodi setiap masa mengikut keadaan kesihatan bayi dan di mana ibu berada di tempat-tempat beraya.

10. Elakkan anak disuap sesuka hati

Bagi ibu yang mempunyai bayi kecil terutama bayi yang ada alahan. Bertegas beritahu anak kita tak boleh makan sembarangan. Ini tak boleh nak toleransi jika ada yang tak faham.

11. Pastikan anak tidak terlalu penat (overtired)

Tahu teknik pantas untuk tenangkan bayi. Jika berada dalam kereta, pastikan segala keperluan untuk bayi dipenuhi supaya bayi boleh tidur berkualiti dan tidak meragam.

12.Ubat-ubatan asas mencukupi

Seperti ubat demam. Termometer juga perlu untuk pantas sebarang perubahan suhu kepada anak kita.

13. Peti kecemasan asas (first aid kit)

Kadangkala anak terluka, terjatuh dan sebagainya waktu beraya di rumah orang, jadi kita tak panik kerana luka kecil boleh dirawat segera.

Apa-apa pun, dalam keterujaan menyambutnya, sebagai ibu ayah janganlah ambil mudah tentang isu kesihatan bayi kerana anak kecil tidak mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan penyakit berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), Covid-19, Respiratory Syncytial Virus (RSV) dan rotavirus.

 Tergamakkah anda melihat anak jatuh sakit? 

Facebook Azlindarita Tiktok: Nad Masrom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami SEPATUTNYA Yang Jaga Isteri Semasa Berpantang, Bukan Ibu/Mertua Ya!

Baca juga: Lepas Raya Ramai Bayi & Kanak-Kanak Dijangkiti HFMD, Ini Pesanan PENTING Dari Doktor

Baca juga: Didik Anak Adab Terima Duit Raya, Jangan Didik Anak Jadi Pengemis Kata Ustaz Ini

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 13 Tips Beraya Dengan Baby, Elak Risiko Penyakit Berjangkit Yang Boleh Bahayakan Si Manja
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham