Ibu bapa mana yang tak terkejut dibuatnya bila dapat panggilan anak kecil terlibat kemalangan, yang paling mengejutkan kenderaan itu dipandu sendiri! Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilaporkan telah terlibat di dalam sebuah kemalangan bersama adiknya yang berumur 3 tahun apabila kenderaan tersebut dipandu olehnya sendiri sejauh kira-kira 2.5 kilometer.
Berita tersebut dikatakan berlaku di Pulau Langkawi malam tadi apabila kenderaan yang dipandu melanggar tiang lampu. Walaubagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari, kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan iaitu pada bahagian dagunya.
Kemalangan itu berlaku di Jalan Bukit Tangga kira-kira jam 11 malam tadi. Malah, adik lelaki kanak-kanak itu juga dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan di dalam kemalangan itu.
Menurut Ketua Polis tersebut, “Polis telah menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 11.15 malam berhubung kejadian sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas dan melanggar tiang lampu di tepi jalan.
“Kereta itu dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan dinaiki seorang penumpang yang merupakan adiknya yang berusia 3 tahun. Kanak-kanak berusia 6 tahun itu luka di bahagian dagu, manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Insiden di mana bagaimana kanak-kanak tersebut boleh keluar tanpa pengetahuan ibu bapanya adalah ketika di rumah, ibu kanak-kanak itu ada bersama dengan mereka, namun bapa mereka sedang tidur.
Ibu kepada kanak-kanak itu kemudiannya telah ke bilik air dan sejurus itu, dia mendapati yang anak-anaknya tiada di dalam rumah. Jelas di situ yang anak-anaknya itu telah secara senyap keluar dari rumah berkenaan serta memandu kenderaan keluarganya itu.
View this post on Instagram
Menerusi sebuah video berdurasi lebih satu minit yang tular di media sosial menunjukkan kereta yang dipandu itu telah terbabas dan melanggar tiang lampu berserta kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki di dalam kenderaan itu yang mana dipercayai dipandu oleh kanak-kanak itu.
Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Dari sini ibu ayah di luar sana sudah boleh ambil iktibar daripada insiden yang berlaku ini agar sentiasa peka dengan keberadaan anak kecil dan membuat langkah berjaga-jaga di rumah agar tidak berlakunya insiden sebegini.
Bernama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU
Baca juga: Sayu, Ibu & Bayi Berusia 6 Bulan Maut Dalam Nahas Jalan Raya Babitkan Dua Kenderaan
Baca juga: Ibu Ayah Maut, 2 Beradik Tercampak Dari Kereta & Menerima Bantuan Selepas 12 Jam Kejadian