X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

14 Mar, 2023
Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Kemalangan hari ini menjadi perkara yang menjadi kebiasaan kerana kerap kali terjadi melibatkan penunggang motorsikal ataupun kereta

Kes kemalangan hari ini menunjukkan angka peningkatan melibatkan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Pastinya ia memberi kesan yang teruk terhadap fizikal mangsa, malah banyak tragedi berakhir dengan kematian.

Seperti yang tular dalam media sosial, seorang guru yang dikenali sebagai Nadia Ahmad berkongsi rasa sedih apabila menerima berita kemalangan hari ini melibatkan anak muridnya.

Kemalangan hari ini, budak 6 tahun dikejarkan ke ICU

budak 6 tahun kemalangan jalan raya

Luluh hati cikgu tak tahu nak cakap apa. Menggeletar jari jemari dan ada juga video yang cikgu terima rasa tak sampai hati untuk tengok.

Muhd Syakir anak murid cikgu telah kemalangan bersama ayahnya. Mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah setelah selesai membeli buku abang-abangnya.

Muhd Syakir berusia 6 tahun kini koma dan sedang dirawat di ICU Hospital Alor Setar, difahamkan mengalami keretakan tempurung kepala dan patah tulang rusuk.

Anak murid cikgu yang sangat manja, tiap-tiap hari lepas kelas akan datang peluk dan cium pipi cikgu. Terngiang-ngiang nak suara kamu.

Seolah-olah sedang berlari bercakap dengan cikgu. Muhd Syakir yang kuat semangat. Bangun ya, nak. Jangan tidur lama-lama. Cikgu tunggu kamu dan akan selalu doakan kamu. Bangun ya nak… 😭

Cikgu tahu kamu kuat, teruskan berjuang wahai anak yang hebat. Abah, ibu, Cikgu, mak ngah Emillia Ihakishak, kawan-kawan semua tunggu kamu. Semua orang sayang kamu. ❤️

muhd syakir kemalangan jalan raya

Ya, Allah.. Lindungi dan rahmati keluarga ini. Baik budi abahnya, sangat dikenali dengan sikap yang selalu merendah diri, ucapan terima kasih dan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.

Bagi sesiapa yang terbaca posting cikgu, yang nak menderma seikhlas hati boleh terus hulurkan sumbangan kalian bagi meringankan beban keluarga ini.

Maybank
152050280460
Mohd Khairul Nizam (Abah Muhd Syakir)

Pada posting yang terkini, Cikgu Nadia telah memaklumkan keadaan terbaharu adik Muhd Syakir.

Update terkini, adik Muhd Shakir dah sedar. Terima kasih semua yang mendoakan. Alhamdulillah syukur ya, Allah.. 😭😭😭🤲🤲🤲🤲Terus kuat ya sayang !!!

kanak-kanak kemalangan jalan raya

Keselamatan anak ketika menaiki motorsikal

Menurut Harian Metro, pembonceng kanak-kanak tanpa topi keledar atau membonceng motosikal sambil mendukung bayi sudah menjadi pemandangan lazim di negara ini.

Menurut pakar keselamatan jalan raya Prof Madya Dr Law Teik Hua, sekalipun Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan bilangan individu menaiki sesebuah motosikal tidak melebihi dua orang, peruntukan sedia ada tidak menyebut tentang umur minimum serta saiz fizikal pembonceng kanak-kanak.

Keadaan itu katanya menyumbang kepada permasalahan semasa, iaitu kanak-kanak berusia bawah lima tahun dibenarkan membonceng motosikal sedangkan perbuatan tersebut amat berbahaya bagi golongan berkenaan.

“Kanak-kanak umur bawah lima tahun tidak sepatutnya menjadi pembonceng kerana semasa peringkat umur itu mereka belum lagi boleh menstabilkan tubuh ketika duduk di atas motosikal selain kaki juga tidak sampai ke pemijak.

“Pembonceng motosikal perlu pandai mengikut lenggok dan rentak penunggang semasa membelok dan sebagainya, sedangkan pada usia itu tahap pemikiran kanak-kanak masih belum mampu memproses tindak balas yang bersesuaian dengan pergerakan penunggang dan motosikal, dan kerana itulah pentingya ada penetapan umur minimum,” jelasnya.

Usia anak untuk naik motorsikal

Ditanya umur minimum yang sesuai, Law mengesyorkan lima tahun, selain kebanyakan kanak-kanak pada usia itu turut mempunyai ketinggian dan saiz badan yang membolehkan mereka menstabilkan diri ketika membonceng.

“Mungkin ada yang tidak setuju dengan cadangan penetapan umur minimum ini kerana kebanyakan penunggang motosikal adalah daripada golongan berpendapatan rendah ataupun B40 yang tiada kereta, jadi sukar membawa ahli keluarga ke satu-satu lokasi.

“Namun, ini membabitkan nyawa, dan undang-undang sebegini dapat mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin berkata pihaknya sentiasa peka dan mengoptimumkan advokasi serta penguatkuasaan secara menyeluruh bersama pihak sekolah dalam meningkatkan kesedaran ibu bapa serta pelajar mengenai kepentingan penggunaan topi keledar.

Selain itu, JSPT turut mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) untuk menggiatkan kembali kempen pemakaian topi keledar ke sekolah.

“Pihak JSPT sentiasa melakukan pemantauan di kawasan sekolah dan mengeluarkan saman kepada ibu bapa atau pelajar yang gagal mematuhi undang-undang trafik termasuklah tidak memakai helmet.

“Menunggang motosikal dalam jarak dekat adalah alasan yang selalu diberikan oleh ibu bapa yang tidak mengenakan topi keledar apabila menghantar anak mereka ke sekolah,” kata jurucakap JSPT.

Nadia Ahmad, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Campak Anak Dari Motosikal, Cuba Elak Dari Dirempuh Lori Minyak Sebelum Ajal

Baca juga: Dugaan Berganda: Seorang Ibu Hilang Suami & Anak Yang Maut Dalam 2 Kemalangan Berbeza!

Baca juga: 2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Sah! Neelofa Mengandung Anak Kedua, Empunya Badan Sendiri Dah Buka Mulut

    Sah! Neelofa Mengandung Anak Kedua, Empunya Badan Sendiri Dah Buka Mulut

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Sah! Neelofa Mengandung Anak Kedua, Empunya Badan Sendiri Dah Buka Mulut

    Sah! Neelofa Mengandung Anak Kedua, Empunya Badan Sendiri Dah Buka Mulut

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.