Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?
Keputihan merupakan perkara normal tetapi keputihan pada wanita boleh membawa kepada masalah iritasi yang boleh mengganggu aktiviti seharian!
Keputihan tidak mengenal usia dan status perkahwinan. Walaupun ramai mengadu mengalami keputihan ketika hamil, ramai juga wanita muda yang mengalami masalah ini. Usah bimbang kerana ada cara hilangkan keputihan dengan berkesan.
Walaubagaimanapun, hendaklah anda tahu bahawa keputihan pada wanita itu adalah normal, tetapi keputihan yang berlebihan bakal mengundang banyak masalah. Malah, ia juga bergantung kepada bau dan warna keputihan anda itu.
Isi Kandungan
Apa Itu Keputihan Wanita?
Keputihan atau nama saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah satu keadaan apabila cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari vagina. Ia merupakan cecair yang membantu memastikan vagina sentiasa bersih dan bebas jangkitan, keputihan adalah sememangnya normal. Tetapi warna, tekstur dan amaun pengeluarannya boleh berbeza, bergantung kepada usia anda dan di mana kitaran haid anda.
Jika anda mengalami gejala seperti faraj terasa gatal atau pengeluaran lendir yang berlebihan dan berbau, anda mungkin mengalami jenis keputihan wanita yang tidak normal. Beberapa perubahan walaubagaimanapun, boleh jadi satu tanda akan kondisi kesihatan disebaliknya. Ini boleh termasuk warna yang perubahan warna atau bau yang signifikan serta perbezaan dari segi tahap konsistennya.
Dari jenis keputihan dan punca keputihan kepada bila ia waktu sesuai untuk berjumpa doktor, berikut adalah segalanya tentang keputihan yang anda patut ambil tahu.
Jenis Keputihan
Terdapat beberapa jenis keputihan, biasanya dikategorikan mengikut warna dan kekerapan. Berikut adalah jenis keputihan serta maksud kesihatan disebaliknya.
1. Keputihan Warna Putih
Keputihan berwarna putih adalah normal, terutama sekali pada awal atau hujung kitaran haid. Selalunya, keputihan ini akan agak pekat dan melekit, tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan.
2. Jernih dan cair
Disekitar waktu subur keputihan menjadi lebih jernih dan lembap. Anda juga akan perasan ia lebih kerap berlaku seperti ini apabila anda terangsang secara seksual atau ketika hamil.
3. Jernih dan melekit
Apabila keputihan berwarna jernih tetapi melekit dan seakan lendir, dan bukannya cair, ia menunjukkan yang anda sedang ovulasi.
4. Keputihan coklat atau keputihan berdarah
Keputihan coklat atau keputihan berdarah boleh berlaku ketika atau sejurus selepas kitaran haid anda. Anda juga akan mengalami keputihan berdarah pada amaun sedikit di antara jangka masa itu. Ini dipanggil spotting
Spotting yang berlaku sewaktu masa yang biasa kitaran haid anda dan selepas hubungan seks terkini tanpa sebarang halangan atau perlindungan boleh jadi satu tanda anda hamil. Dan spotting sewaktu awal hamil boleh jadi satu tanda keguguran.
5. Keputihan kuning atau hijau
Keputihan kuning mungkin tidak menunjukkan keadaan kesihatan kerana ia secara semula jadi boleh bertukar warna apa terdedah pada udara. Tetapi keputihan kuning gelap atau hijau – terutama sekali bila ia tebal, berketul atau diikuti dengan bau yang tidak menyenangkan – ia satu tanda untuk anda berjumpa dengan doktor.
Punca Keputihan Wanita
Masalah keputihan berlaku disebabkan dari banyak punca. Sebaiknya anda ambil berat akan masalah keputihan yang tidak normal agar ia dapat dirawat dengan secepatnya sebelum ia menjadi lebih teruk. Ini antara punca keputihan yang anda patut ambil tahu:
- Jangkitan kulat
- Sistem imun yang lemah
- Masalah kebersihan
- Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
- Pengambilan antibiotik atau steroid
- Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
- Pil perancang keluarga
- Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
- Diabetes
- Sabun wangi, losyen atau mandian buih
- Penyakit radang pelvik
- Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
- Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
Bila Patut Jumpa Doktor?
Jika anda risau tentang masalah keputihan anda, segera berjumpa dengan doktor. Ini adalah penting jika berlaku perubahan pada keputihan anda dari segi warna, bau, atau tahap konsistennya atau jika anda perasan lebih dari yang biasa.
Simptom lain untuk anda lihat termasuklah:
- Iritasi di sekitar vagina
- Sakit ketika membuang air kecil
- Demam
- Letih
- Kekerapan membuang air kecil
- Pendarahan di antara kitaran haid, selepas melakukan hubungan seks, atau selepas menopause
- Sakit di dalam abdomen atau sewaktu hubungan seks
- Penurunan berat badan yang tiada sebab
Apabila anda bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan, mereka biasanya akan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuklah pemeriksaan pelvik. Doktor juga akan bertanya beberapa soalan termasuk simptom anda, kitaran haid, dan gaya hidup. Dalam banyak kes, jangkitan boleh dikesan menerusi pemeriksaan fizikal atau pelvik.
Jika doktor tidak dapat mendiagnos pokok masalahnya dengan segera, mereka mungkin akan swab vagina anda untuk mengambil sample keputihan dan memeriksanya di bawah mikroskop atau menghantarnya ke makmal untuk ujian lanjut.
Mereka juga akan mengambil spesimen dari bahagian servik untuk memeriksa akan papillomavirus manusia atau kanser servik.
Apabila doktor telah mengetahui akan sebab masalah keputihan tidak normal tersebut, anda akan diberikan pilihan rawatan. Ini boleh jadi dalam rangkaian dari pengambilan antibiotik jangka masa pendek kepada surgeri dalam beberapa kes yang jarang berlaku.
Gaya Hidup Yang Menyumbang Masalah Keputihan Pada Wanita
Bakteria, penyakit atau masalah lain yang menyebabkan keputihan boleh disebabkan oleh gaya hidup yang diamalkan oleh seseorang wanita juga. Pokok pangkalnya, permasalahan keputihan ini berbalik kepada gaya hidup yang anda amalkan.
Berikut merupakan senarai gaya hidup yang mempengaruhi masalah keputihan pada wanita:
- Diet yang tidak teratur
- Kurang makan makanan sihat
- Merokok
- Kurang bersenam
- Kurang rehat
- Tidak mendapat tidur yang cukup
- Stress
- Mengenakan seluar atau seluar dalam terlalu ketat
Cara Hilangkan Keputihan Dengan Berkesan
Terdapat beberapa cara hilangkan keputihan yang anda boleh lakukan. Jangan biarkan masalah keputihan yang tidak normal begitu sahaja ya. Berikut adalah antara cara menghilangkan keputihan yang berkesan:
#1 Rawatan Keputihan di Klinik dan Hospital
Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvik dengan menggunakan alat yang dipanggil spekulum. Semasa pemeriksaan ini, sampel keputihan akan diambil dan dikenalpasti faktor penyebab keputihan bagi mengesyorkan rawatan yang sesuai.
Jika ia adalah jangkitan, ia akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Tetapi sekiranya doktor mengesyaki anda dijangkiti bakteria, anda akan diberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil metronidazole.
Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya.
#2 Ubat Tanpa Preskripsi
Jika anda ada jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi.
#3 Perubahan Hormon
Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus.
Jika anda sedang mengambil pil perancang kehamilan, dos yang lebih kuat mampu mengatasi keputihan. Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.
#4 Masa Untuk Ubah Gaya Hidup Anda
- Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih wanita berasaskan sabun yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Kerap menukar tuala wanita/pad ketika datang bulan
- Gunakan panty liner pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
- Kurangkan pengambilan makanan yang manis.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan kelamin.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siraplimau/9herbs/Healthline
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan
Baca juga: 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal
Baca juga: Keputihan Semasa Mengandung, Apa Yang Normal & Tidak, Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu