X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kesiannya, Bayi Baru Lahir Alami Keracunan Merkuri & Hanya Mampu Bertahan 7 Jam Sahaja

9 Nov, 2020
Kesiannya, Bayi Baru Lahir Alami Keracunan Merkuri & Hanya Mampu Bertahan 7 Jam Sahaja

Tahukah anda akan bahaya keracunan merkuri ketika sedang mengandung? Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan fizikal dan meragut nyawa!

Ketika ibu disahkan berbadan dua, anda semestinya akan dinasihat untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjauhkan diri daripada mengambil sebarang perkara berbahaya seperti merokok, minuman alkohol atau dadah. Namun mungkin ada beberapa toksin lain yang boleh menyebabkan keracunan merkuri terhadap janin dalam kandungan.

Sering terdedah terhadap racun persekitaran misalnya ekzos kenderaan mahupun plastik sebenarnya boleh membawa masalah bayi lahir cacat. Baru-baru ini, satu kes cacat lahir telah mengejutkan orang ramai.

Bayi mengalami keracunan merkuri dan tidak hidup lama

Seorang bayi ‘cyclops’ dilaporkan tidak dapat hidup lebih dari 7 jam. Hal ini disebabkan oleh keracunan merkuri yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Ia turut menunjukkan betapa bahayanya racun di persekitaran terutamanya pada ibu sedang hamil.

Difahamkan, nasib bayi baru lahir berkenaan mengalami kecacatan pada bahagian mata serta hidungnya. Pihak petugas perubatan Kabupaten Natal Mandailing Sumatera Utara, Indonesia mengatakan dia berkemungkinan besar tidak akan bertahan lama.

Mungkin paling lama seminggu sahaja, ia memerlukan semangat perjuangan yang besar dari bayi tersebut. Menurut ketua badan kesihatan, Syarifuddin Nasution menyatakan bahawa, ”Ketika dia dimasukkan ke hospital, pihak kami telah memberikan bekalan oksigen melalui mulut bayi,” jelasnya.

kesan keracunan merkuri

credit to sources

Tambah Syarifuddin lagi, dalam kes serupa bagi kelangsungan hidup, bayi hanya mungkin dapat bertahan 1 hingga 3 hari sahaja. Namun doktor sebelum ini mengatakan bahawa setiap ibu bapa perlu bersyukur jika dia dapat hidup lima jam.

Keadaan kesihatan bayi juga agak teruk seperti mengalami komplikasi pernafasan dan jantung. Manakala denyutan jantungnya berada di bawah 100. Walau bagaimanapun, doktor merancang sejurus sahaja selepas melahirkan bayi perempuan ini dan melakukan pemantauan kesihatan dengan teliti, mereka akan memindahkannya ke hospital yang lain di ibu kota Sumatera Utara, Medan.

Akan tetapi, laporan terbaharu mengatakan bahawa bayi berkenaan telah meninggal dunia setelah dia bertarung nyawa selama 7 jam. 

Pihak kesihatan turut mengesahkan bahawa kecacatan kelahiran berkenaan adalah disebabkan oleh merkuri. Hal ini mungkin adalah kerana bapa kepada bayi tersebut selalu terdedah dengan bahan berbahaya kerana dia bekerja sebagai tukang pembuat emas.

penyebab keracunan merkuri

credit to sources

Pakar kesihatan mengesyaki bahawa ia penyebab utama kecacatan bayi. Merkuri adalah logam berat yang beracun bagi golongan dewasa. Kesannya pada bayi belum lahir diteliti secara menyeluruh, ia sering dikaitkan dengan punca kecacatan kelahiran dan penyimpangan dalam sistem saraf.

Selain itu bahan berbahaya ini digunakan secara meluas bagi mengekstrak emas di tempat pemprosesan perlombongan emas. Berdasarkan Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan bahawa Indonesia adalah tuan rumah yang memiliki lombong terbesar di dunia.

Sekiranya anda terlibat dengan aktiviti ini, adalah perlu mengikuti beberapa aspek keselamatan agar tidak memberikan kesan bahaya terhadap kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.

Anda boleh terkena merkuri tanpa menyedarinya

Sedar ataupun tidak, sebenarnya terdapat banyak sumber merkuri yang hadir secara semula jadi di dunia ini. Antara salah satunya ialah makanan. Tindak balas alam iaitu merkuri turun dari udara dan kembali ke permukaan air seperti sungai dan laut boleh memberikan kesan terhadap sumber protein yang utama kepada manusia ini. 

Dalam hal ini, semakin berusia dan besar ikan, semakin banyak merkuri yang terkandung di dalamnya. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA), menasihatkan golongan ibu mengandung perlulah mengelakkan diri daripada mengambil jenis ikan ini, iaitu:

  • Ikan marlin
  • Ikan mackerel
  • Jerung
  • Tilefish

Jenis toksin alam sekitar

Kebanyakan doktor akan menasihati kesemua ibu hamil untuk menghindari tabiat tidak sihat seperti menghisap rokok, mengambil dadah atau alkohol. Baru-baru ini telah diketahui bahawa toksin persekitaran boleh menjejaskan janin dalam kandungan.

bayi cacat keracunan merkuri

credit to sources

Bahan kimia ini boleh didapati di udara seperti asap kenderaan, barang plastik, racun perosak, cat (mengandungi plumbum) dan zarah halus dari pencemaran udara.

Kesimpulannya, para ibu hendaklah sentiasa berwaspada ketika berada di mana sahaja agar dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Penulis asal Kevin. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-digigit-tikus

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Ready to Live in the Future? How to Bring Out Their Best to Become Heroes of Tomorrow
Is Your Child Ready to Live in the Future? How to Bring Out Their Best to Become Heroes of Tomorrow
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kesiannya, Bayi Baru Lahir Alami Keracunan Merkuri & Hanya Mampu Bertahan 7 Jam Sahaja
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham