Pasti ramai ibu hamil yang menahan keinginan mereka untuk makan kerang kerana risau akan membahayakan bayi yang dikandung. Namun adalah makanan yang kaya khasiat dan memiliki rasa yang enak. Persoalannya, selamatkah kerang untuk ibu hamil?
Isi Kandungan
Bolehkah Ibu Hamil Makan Kerang?
Kerang selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung asalkan ia sudah dimasak dengan sempurna. Makanan laut ini adalah sumber diet yang kaya nutrisi kerana ia membantu dalam perkembangan otak janin.
Namun harus diingat jika ibu hamil makan kerang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna ada risiko penyakit disebabkan oleh parasit Toxoplasma iaitu toksoplasmosis. Kotoran daripada kucing boleh mencemarkan air laut dengan parasit ini.
Ibu hamil juga berpotensi mendapat jangkitan akibat bakteria vibrio vulnificus.
Bahaya Makan Kerang Mentah Untuk Ibu Hamil
Jangkitan toksoplasmosis semasa kehamilan boleh mengakibatkan kesan serius seperti keguguran, kecacatan kelahiran, lahir mati atau kelewatan perkembangan dan pertumbuhan janin.
Selain parasit, kandungan merkuri dalam kerang mentah juga perlu diberik perhatian kerana merkuri yang tinggi boleh membahayakan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Walaupun kadar merkuri dalam kerang diketahui rendah, anda harus makan secara berpada-pada. Pastikan pilih kerang yang masak sempurna.
Manfaat Kerang Untuk Ibu Hamil
1.Menyihatkan Jantung
Kerang mengandungi vitamin E, potasium, magnesium dan asid lemak omega-3 yang penting. Nutrisi ini baik untuk menjaga kesihatan jantung ibu hamil dan mencegah radang.
2.Membantu Perkembangan Neurologi Bayi
Khasiat dalam kerang membantu perkembagan otak bayi yang sihat.
3.Menjaga Berat Badan
Protein adalah nutrisi penting sepanjang kehamilan. Kerang adalah makanan laut yang kaya dengan protein serta rendah lemak dan kalori. Oleh itu makan kerang dapat membantu ibu hamil menjaga berat badan dengan baik.
Cara Penyediaan Kerang Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung
1.Kualiti Kerang
Pastikan kerang tidak berubah warna dan tidak berbau busuk. Dua keadaan ini menandakan kerang itu tidak selamat dimakan.
2.Pastikan Kerang Dimasak Sempurna
Tanda kerang yang masak sempurna adalah cengkerangnya terbuka. Seeloknya jangan makan kerang yang masih tertutup walaupun sudah di masak.
3.Periksa Suhu Masakan
Ketika masak kerang pastikan suhu mencapai sekurang-kurangnya 74 darjah selsius bagi memastikan kerang masak sempurna dan selamat untuk dimakan ibu hamil.
Hello Doktor
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!
Baca juga: Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat
Baca juga: Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!