Lucu! Wanita Kongsi Tips Mengelat Dari Buat Kerja Rumah Lepas Vaksin Sampai Suami Tak Bagi Masak

Kerja rumah sememangnya tidak akan habis. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki anak kecil. Ikuti perkongsian lucu wanita ini 'cuti' selepas terima vaksin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mana-mana isteri, melakukan kerja rumah dan mengurus anak-anak adalah rutin harian yang wajib diselesaikan. Namun siapa sahaja tidak bahagia jika sekali-sekala dapat ‘cuti’ dan suami mengambil alih tugas tersebut.

Sememangnya ramai isteri meluahkan beban yang dipikul berasa ringan sekiranya suami sama-sama membantu. Kadang-kadang ia bukan sahaja penat, tetapi juga bosan melakukan kerja yang sama setiap hari.

Suami minta isteri rehat dari buat kerja rumah selepas terima vaksin Covid-19

Dalam perkongsian sebuah video oleh pengguna Twitter OwToTheZie, ia memaparkan seorang wanita sedang berbual dengan anak perempuannya di dalam kereta seperti rakan baik.

Pada mulanya dia menceritakan bahawa suami ada bertanya mengenai keadaannya pada pagi tersebut.

Memandangkan dia baru sahaja menerima suntikan vaksin, dia mengatakan bahawa doktor pesan supaya tidak boleh banyak bergerak selepas mendapatkan dos vaksin kedua.

Ibu: Kau tahu tak pagi tadi, papa kan sebelum pergi kerja. Dia tanya, Mama okay? Lepas tu mama jawab, doktor cakap dos kedua ni jangan buat kerja banyak-banyak.

Anak: Doktor tak kata pun macam tu.

Ibu: (gelak) Lepastu kan papa siap-siap ni kak, mop dapur, tukar cadar dekat tilam. Dia juga pesan Mama hari ini ingat tau jangan buat apa-apa. Jangan masak, beli Grab je.

Anak: Ya Ain ada dengar tadi. Ma kata nak masak nasi lemak kan. Lepastu papa cakap tak payah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu: Pastu mama cakap la, papa dah nak keluar ke? Mama baru nak buatkan nasi lemak. Papa cakap takpe, tak payah tak payah. 

Anak: Papa cakap nak beli je kan? 

Ibu: Haha.. Mama happy, ini lah yang orang cakap buat bodoh-bodoh depan suami

Perkongsian video tersebut telah mendapat sokongan daripada ramai terutamanya kaum wanita. Mereka bersetuju dengan cara yang digunakan oleh wanita tersebut dan ada yang mengatakan pernah melakukan hal sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang patut dijangkakan selepas menerima vaksin Covid-19

foto: berita harian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suntikan vaksin Covid-19 mampu melindungi anda daripada dijangkiti. Bagi sesetengah orang, anda mungkin menghadapi beberapa kesan sampingan yang merupakan tanda biasa bahawa badan sedang membina perlindungan.

Kesan sampingan ini mungkin menjejaskan kebolehan anda untuk melakukan aktiviti harian, tetapi ia akan hilang dalam beberapa hari.

Antara kesan sampingan biasa pada lengan yang menerima suntikan:

  • Sakit
  • Bengkak

Manakala kesan sampingan di seluruh badan adalah seperti demam, seram sejuk, keletihan dan sakit kepala.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan International Medical University (IMU), Prof Dr James Koh Kwee Choy, kesan sampingan ini berlaku pada kadar yang berbeza-beza dan tahap yang sangat minimum.

”Bagaimanapun kita memang disarankan untuk berehat secukupnya sebab apabila menerima suntikan vaksin, tubuh seperti berada dalam medan peperangan. Jika memperoleh rehat secukupnya, tubuh lebih bersedia menerima sebarang tindak balas berbanding ketika dalam keletihan.” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Public Health Malaysia turut berpesan bagi penerima vaksin khususnya golongan lelaki muda berusia 30 tahun ke bawah, elak melakukan aktiviti fizikal yang berat selama 1 minggu selepas vaksinasi.

Antaranya ialah berenang, berbasikal, mengangkat berat, bermain bola, badminton atau zumba.

Manakala aktiviti fizikal ringan seperti regangan, berjalan kaki dan kerja rumah boleh dilakukan seperti biasa.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda mengalami gejala seperti sesak nafas, sakit atau ketat dada akut serta jantung berdebar selepas divaksin, sila segera ke klinik yang berhampiran.

Tubuh manusia akan dilindungi daripada virus selepas dua minggu daripada suntikan kedua. Namun ia tidak bermakna seseorang itu tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

”Anda masih berisiko dijangkiti virus. Peranan vaksin bukanlah melindungi tubuh, tetapi mengurangkan tahap keseriusan jika berlakunya jangkitan Covid-19 yang boleh membawa maut.” kata Prof James.

Imuniti kelompok hendaklah dicapai dengan segera memandangkan virus ini akan terus bermutasi. Dengan dapatkan vaksin, kita bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi turut melindungi orang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terima Suntikan Vaksin Ketika Hamil, Wanita Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19