X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Kongsi Tips Amal Surah Al-Ghafir Ayat 44, Seimbang Urus Kerjaya, Minat & Keluarga!

4 min bacaan
Ibu Ini Kongsi Tips Amal Surah Al-Ghafir Ayat 44, Seimbang Urus Kerjaya, Minat & Keluarga!

Selepas berkeluarga banyak yang perlu dikorbankan?Ikuti perkongsian wanita ini, apa yang dilakukan supaya urusan kerjaya, minat dan keluarga seimbang!

Pasti ramai ibu yang dalam dilema, mahu pilih kerjaya, minat atau keluarga? Memang tidak dinafikan, mencabar untuk menyeimbangkan kesemuanya. Tetapi percayalah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Apa yang penting, kerjaya yang anda pilih itu mestilah kena dengan minat dan jiwa anda. Jika tidak, mungkin setiap hari akan rasa mahu berhenti kerja dan tumpukan pada anak saja.

Minat terhadap sesuatu akan membuatkan kita berusaha sedaya upaya membahagikan masa supaya anak atau keluarga tidak terbiar dan minat kita juga tidak terabai.

Kerjaya, keluarga, minat? Saya pilih semuanya

Kerjaya

Kredit: healthshot

Dalam kehidupan serba mencabar kini, memang tidak dapat dinafikan, masing-masing punya hala tujuan sama iaitu untuk terus kekal survive dalam apa juga keadaan.

Tidak kira siapa, sama ada ibu yang bekerja di rumah atau di pejabat, suri rumah dan sesiapa saja, sebagai wanita sudah pasti anda mahukan yang terbaik untuk keluarga lebih-lebih lagi anak.

Sebagai ibu, fikiran kita tidak akan pernah lekang memikirkan soal anak, sejak mula disahkan mengandung, hinggalah ketika saat mereka dilahirkan malah apabila sudah lahir dan mereka sudah besar pun perkara berkaitan anak akan sentiasa bermain-main di fikiran.

Wanita ini berkongsi, Sue, 31, rutin hariannya dan apa yang dia lakukan supaya dapat menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga dan minatnya.

Amal surah al-Ghafir ayat 44, 100 kali sehari lapang segala kesulitan

Ikuti perkongsian wanita ini:

“Dulu ketika saya bekerja sebagai wartawan. Ramai orang kata wartawan susah untuk bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Tapi sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada aturan Allah. Bila rasa diri bagai sudah terlalu penat dan tidak mampu melangkah, kembalilah kepadaNya.

“Perkongsian seorang ustazah terkenal mengenai amalan surah al-Ghafir ayat 44 supaya dipermudahkan urusan harian dan dilapangkan segala kesulitan amat membuka mata saya. Pada mulanya seperti tidak percaya, tetapi bila diamalkan setiap hari, perkara yang kita rasa kita tidak mampu hadap, Allah permudahkan.

“Setiap hari, selepas solat lima waktu, saya akan paksa diri untuk baca 20 kali ayat ini walau sesibuk mana pun. Jadi apabila digabungkan dapatlah 100 kali bacaan setiap hari. Kita kena paksa diri untuk mula lakukan, selepas itu akan jadi tabiat setiap hari. Jika susah lena tidur kerana terlalu banyak perkara difikirkan, saya akan baca ayat ini juga.

“Ketika diberhentikan kerja sebagai wartawan kerana pengecilan operasi syarikat, surah inilah yang menjadi penguat saya. Alhamdulillah kini saya sudah bekerja di tempat lain, masih lagi uruskan anak, suami dan keluarga malah dapat meneruskan minat menulis. Segalanya dipermudahkan.”

Jom lihat Surah Al-Ghafir ayat 44 

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

Anak adalah augerah, jangan sekali-kali anggap dia menyusahkan anda

Kerjaya

Wanita ini turut berkongsi, beliau tidak memiliki pembantu rumah, malah anaknya juga tidak dijaga oleh keluarga seperti ibu bapa dan sebagainya yang mana dia memang memilih untuk hantar anak ke nursery dan suaminya juga bekerja. 

Jadi ini tips lain yang dikongsikan wanita ini dalam melayari hari bekerja sepenuh masa seterusnya menguruskan keluarga pula:

#1. Tulis to do list setiap hari

Kerjaya

Kredit: medium

Dia ada buku harian. Yang mana segala perkara yang ingin dilakukan pada hari yang berkenaan akan ditulis. Bila dah jadi mak-mak, banyak yang kita lupa, tapi jika ada to do list memang amat mudah.

Jika mahu lebih bersemangat, boleh saja cari di kedai buku banyak buku to do list yang anda boleh beli dan simpan dalam beg untuk catatan. Memang boleh catat dalam handphone tetapi jika tulis lebih berkesan.

#2. Pastikan suami take part

Jika ada suami, pastikan suami take part. Sejak anaknya kecil dan baru lahir, memang mereka suami isteri sudah latih diri untuk belajar uruskan anak. Sejak berpantang lagi, mereka take turns.

Masing-masing perlu tahu semuanya tidak kira mandikan anak, cuci najis, bancuh susu, pujuk anak menangis dan sebagainya kedua-dua pasangan perlu tahu.

Jadi jika salah seorang tiada, mereka boleh survive dan anak masih boleh diuruskan dengan baik.  

#3. Dapatkan me time, jangan jadikan anak penghalang minat anda

Jangan ingat me time tidak penting ya. Suami perlu ada me time, isteri juga perlu me time. Suaminya minat selam skuba, manakala wanita ini gemar melancong bersama rakan-rakan dan menulis. 

Jadi mereka akan bergilir-gilir melakukan aktiviti yang mereka minati tanpa mengabaikan keperluan anak. Yang penting tolak ansur antara kedua-duanya. Bagi mereka, anak bukan penghalang untuk mereka teruskan apa yang diminati, kerana hidup ini hanya sekali. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: family management

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Baca juga: Petua bijak ibu muda ini menjaga 3 orang anak lelaki boboiboy yang masih kecil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Ibu Ini Kongsi Tips Amal Surah Al-Ghafir Ayat 44, Seimbang Urus Kerjaya, Minat & Keluarga!
Kongsikan:
  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.