Anak 3 Tahun Dijangkiti Covid Buat Kali Ketiga, Ibu Menyesal Tak Sudah Bawa Pergi Bercuti

Kes kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dilaporkan semakin meningkat. Dengan kewujudan gelombang Omicron, kadar kebolehjangkitan sangat tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran gelombang baharu Covid-19, Omicron telah mencatatkan pertambahan kes yang begitu tinggi. Kes kanak-kanak dijangkiti virus ini turut menunjukkan peningkatan, malah ada yang terkena jangkitan berulang.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kes kanak-kanak dijangkiti Covid-19, bukan sekali malah buat kali ketiga
  • Kes kanak-kanak terkena jangkitan Covid berulang, ibu dedahkan punca sebenar
  • Elakkan anak menjadi mangsa seterusnya, kes kanak-kanak dijangkiti Covid boleh terjadi bila-bila masa

Mahu terima ataupun tidak, inilah realiti sebenar terjadi ketika ini. Disebabkan itu pihak kerajaan menggesa orang ramai untuk mengambil dos penggalak dan memberikan anak kecil mereka suntikan vaksin Covid-19 sebagai langkah pencegahan.

Kes kanak-kanak dijangkiti Covid-19, bukan sekali malah buat kali ketiga

Mungkin bagi sesetengah ibu ayah menganggap Covid-19 ini tidak relevan dan kanak-kanak tidak memerlukan vaksin, namun ikuti dahulu pengalaman sebenar dilalui oleh ibu ini apabila anak perempuannya dijangkiti Covid-19 buat kali ketiga berturut-turut.

Kanak-kanak berkenaan, Nurul Miftahul Jannah berusia 3 tahun 9 bulan sudah tiga kali dijangkiti virus Covid-19.

Menurut ibunya, Nurul Syafika Supardah, 19, anaknya pernah dijangkiti virus ini pada bulan Mac dan Mei tahun 2021. Namun langsung tidak menyangka episod duka itu kembali berulang pada Sabtu yang lalu.

”Saya, suami dan anak telah dijangkiti Covid-19 pada bulan Mac 2021. Ketika itu kami terkena jangkitan daripada suami. Saya dan anak hanya kuarantinkan diri di rumah, manakala suami dibawa ke Maeps, Serdang.”

”Kali kedua pada pertengahan tahun lepas, hanya saya dan anak sahaja dijangkiti Covid. Pada ketika itu, kami juga hanya kuarantin di rumah.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Pada Disember tahun lepas, anak saya pernah masuk hospital kerana mengalami batuk dan demam. Kata doktor dia ada jangkitan kuman pada paru-paru. Nafas dia juga laju. Kemudian dia dimasukkan ke hospital selama enam hari, hasil ujian Covid ketika itu adalah negatif.”

”Akan tetapi pada Sabtu lalu, sekali lagi kami sekeluarga berdepan ujian. Hasil saringan Covid mendapati anak saya positif. Maknanya ini kali ketiga dia dijangkiti virus ini.”

”Pada Isnin petang, anak perempuan saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana nafasnya menjadi laju. Kemungkinan paru-parunya ada jangkitan lagi.” kongsinya.

Kes kanak-kanak terkena jangkitan Covid berulang, ibu dedahkan punca sebenar 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bertanyakan dengan lebih lanjut, dia mengatakan bahawa dia sendiri tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan kali ini. Namun katanya mereka sekeluarga ada mengunjungi negeri Melaka sewaktu cuti Tahun Baru Cina sejak 31 Januari hingga 5 Februari.

Apabila melihatkan keadaan anak yang tidak sihat, sebagai ibu, dia sebolehnya ingin penyakit tersebut dipindahkan kepadanya.

Suri rumah sepenuh masa itu dan suaminya, Kharill Syahzzwan meluahkan rasa hiba dan menyesal dengan kunjungan tersebut yang dianggap punca penderitaan anak tunggal mereka yang sekali lagi dijangkiti wabak berkenaan.

”Kami baru balik bercuti di Melaka. Selepas balik, kami ada buat ujian saringan Covid-19 di rumah. Hanya anak saya yang positif. Pada hari ini (Selasa) kami sekeluarga akan buat saringan sekali lagi.”

”Sudah tentu saya berasa sangat sedih. Tengok anak jadi macam ini. Kalau boleh penyakit itu dipindahkan sahaja kepada saya. Biar saya sendiri yang kena.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Benda nak jadi, kita pun tak tahu dan tak nampak. Bila tengok dia kena cucuk dan menangis, kita sebagai ibu rasa amat terseksa.” jelasnya.

Elakkan anak menjadi mangsa seterusnya, kes kanak-kanak dijangkiti Covid boleh terjadi bila-bila masa 

Tambahnya lagi, dia dan suami tidak akan pergi bercuti jika mengetahui perkara ini akan terjadi pada anaknya. Ditambah pula kawan-kawan suaminya pun ikut sekali pada ketika itu.

Dia yang sangat terkesan dengan kejadian kali ini sempat berpesan kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa berwaspada, jangan leka agar anak-anak mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Pesanan saya kepada ibu bapa di luar sana, elakkan pergi bercuti. Fikirlah kesihatan anak dan situasi sekarang. Benda ini tak nampak, tapi boleh terjadi sekelip mata dan bila-bila masa sahaja.”

”Orang kata jangan dah jadi baru nak menyesal. Pengajaran buat saya dan suami. Ujian kali ini membuatkan kami lebih sedar untuk tidak sesuka hati bawa anak keluar berjalan.” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Yang Dijangkiti Covid Berisiko Alami Kesan Jangka Panjang, Ibu Sila Alert Perkara Ini!

Baca juga: Nak Vaksin Anak Ke Tak? Doktor Tampil Perjelaskan INFO Sebenar Ibu Ayah Perlu Tahu

Baca juga: ”Rasa Nak Pengsan,” Ibu Baru Habis Pantang Kena Covid-19, Satu Keluarga Masuk Hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan