Wahai Suami, Hati Ibu Mengandung Sensitif Tau - Elak Lakukan Kesalahan Ini, Nanti Terguris Pula

undefined

Inilah kesalahan suami yang paling sering mereka lakukan ketika isteri sedang hamil! Suami ketahuilah, ketika ini, hati ibu mengandung sensitif sikit ya!

Walaupun terdapat banyak maklumat tentang kehamilan di luar sana, masih ada banyak kesalahan yang si suami akan selalu lakukan ketika isterinya sedang hamil. Tahukah suami, hati ibu mengandung sensitif sikit?

Beberapa kesalahan tersebut ada yang agak serius, tapi ada juga yang remeh. Namun bagi ibu hamil yang sangat sensitif, hal tersebut masih lagi mampu membuatkan mereka menjadi kecewa.

Hati Ibu Mengandung Sensitif Sikit, Suami Elak Buat 5 Kesalahan Ini Ya!

hati ibu mengandung sensitif

Kredit: iStock

1# Tidak temankan isteri ke doktor

Walaupun sudah banyak kali kita ingatkan suami tentang jadual kunjungan ke doktor untuk checkup, namun pada hari tersebut, suami masih tetap terlupa?

Aduuuh, rasa macam nak nangis dan beri silent treatment je! Bagi ibu hamil, itu membuatnya rasa yang si suami tidak ambil peduli dan tidak peka.

Maka, ayah sekalian, seboleh mungkin, mari luangkan waktu untuk menemani isteri kita berjumpa doktor ya?

2# Biarkan si isteri sahaja yang buat keputusan

Bermula dari pilihan hospital untuk bersalin sehinggalah ke barangan bayi untuk anak yang bakal lahir kelak, itu semua anda serahkan kepada isteri untuk buat keputusan.

Mungkin, maksud anda baik dengan menyerahkan semua keputusan kepadanya agar isteri tenang sikit. Tetapi, isteri anda juga masih memerlukan pendapat anda tau!

3# Makan yang sedap-sedap depan isteri

hati ibu mengandung sensitif

Kredit: Freepik

Bencinya! Isteri anda sedang mengandungkan buah hati anda. Dia mengalami morning sickness. Ataupun, sedang menjaga diet agar bayi dalam rahim tersebut sihat dan menerima hidangan berkhasiat.

Anda pula sedap sahaja makan hamburger, french fries dan segala makanan junk food yang “menggoda” di hadapannya. 

Tunjukkan sokongan anda dengan tidak mengambil makanan atau minuman yang dilarang atau kurang berkhasiat (tapi sangatlah sedap!) di depan isteri anda.

Isteri pasti merasa senang jika anda bersikap bertimbang rasa seperti itu.

4# Tidak memenuhi rasa mengidam isteri

Ibu hamil sememangnya akan mengalami rasa mengidam. Pada ketika ini, dirinya selalu terasa seperti ingin makan makanan yang pelik-pelik.

Jangan rasa rimas ya ayah semua. Marilah kita menganggapnya sebagai satu cara isteri untuk meminta perhatian kepada suaminya.

Selama mengidamnya itu tidak terlalu aneh dan berbahaya, turutkan sajalah. Ingat, ibu yang happy melahirkan bayi yang bahagia juga!

5# Memakan makanan isteri

Wahai Suami, Hati Ibu Mengandung Sensitif Tau - Elak Lakukan Kesalahan Ini, Nanti Terguris Pula

Kredit: Freepik

Ini memang boleh buat seorang wanita tidak kira hamil atau tidak, mengamuk dan marah. Wanita sangat pantang kalau pasangan makan makanan kita tanpa meminta kebenaran.

Lagi-lagi si ibu hamil yang sememang memiliki mood yang berubah-ubah. Inilah yang membuatnya sering berubah fikiran.

Maka ketika dia berkata “saya sudah kenyang,” itu bukan bererti anda boleh menghabiskan makanannya.

Boleh sahaja di tengah malam, isteri menginginkannya semula. Kalau itu terjadi, anda pasti panik. Jadi, simpan dahulu makanannya yang tidak habis untuk kemudian!

Jadi para suami, jangan pura-pura anda tidak tahu si isteri tengah bersedih ya. Elak seboleh-bolehnya menyakitkan hati isteri. Hati isteri mengandung sensitif sangat ketika hamil, anda harus ingat itu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Siapa Kata Suami Tak Kuat Membebel? Ini Antara 7 Benda Suami Selalu “Bagi” Komen

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!