X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selamatkah Jika Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Derma Darah? Ini Apa Anda Perlu Tahu

3 min bacaan
Selamatkah Jika Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Derma Darah? Ini Apa Anda Perlu Tahu

Adakah anda tahu tentang kesan derma darah pada ibu hamil? Bagaimana jika anda tak sedar diri hamil ketika menderma darah?

Ramai daripada kita adalah penderma darah. Tapi jika hamil, anda perlu berehat dan tunggu sehingga bayi dilahirkan kerana ada beberapa kesan derma darah terhadap wanita yang sedang mengandung.

Meskipun tidak ada sebab yang membuktikan mengapa wanita hamil dilarang menderma darah, namun anda sememangnya disarankan untuk tidak berbuat demikian. 

Ketika hamil, badan menghasilkan sekurang-kurangnya 50 % lebih banyak darah. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menderma darah kerana anda memerlukan semua darah tersebut bagi menyokong kehidupan bayi dalam kandungan.

Kesan derma darah pada wanita hamil dan menyusu 

kesan derma darah

Kredit: Contemporary OB/GYN

Jika anda tetap mahu derma darah, anda sebenarnya meletakkan diri dan kesejahteraan bayi pada tempat yang berisiko serta memudaratkan. 

Alasan lain adalah kemungkinan besar anda boleh menghidap anemia ketika hamil jika melalui pendermaan darah. Dengan anemia, ini mencetuskan komplikasi seperti kelahiran pramatang, bayi kurang berat badan dan lain-lain. 

Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak menderma darah semasa dalam tempoh penyusuan dan tunggu sekurang-kurangnya sembilan bulan selepas bersalin. 

Hal ini kerana, bayi sangat bergantung kepada nutrien dan vitamin dalam susu ibu, jadi jika anda derma darah, ini boleh menyebabkan si kecil kehilangan nutrien penting itu.

Apakah kesan derma darah sebelum anda tahu diri hamil? 

kesan derma darah

Kredit: The Economic Times

Sekiranya anda seorang penderma yang selalu melakukan rutin ini, mungkin anda tidak menyedari tentang kehamilan. Ia tidak menimbulkan sebarang masalah jika anda penderma darah pada tahap ini. 

Sebelum menderma darah juga, ujian akan dilakukan bagi memastikan tekanan darah, kadar hemoglobin, nadi dan suhu dalam keadaan normal.

Oleh itu, jika penderma peringkat ini dalam keadaan sihat, ia tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari. Namun jika bimbang, terus segera berjumpa doktor untuk dapatkan kepastian. 

Kenapa ada sebilangan wanita hamil perlu menderma darah? 

kesan derma darah, implikasi derma darah, kesan derma darah ketika hamil, kesan derma darah semasa hamil, kesan derma darah ketika mengandung, kesan derma darah wanita hamil, derma darah, menderma darah, derma darah dari ibu mengandung, pendermaan darah

Satu-satunya sebab mengapa wanita hamil diminta menderma darah adalah kerana doktor merasakan anda mungkin memerlukan pemindahan darah semasa bersalin.

Ini biasanya apabila anda di bawah kategori kehamilan berisiko tinggi. 

Dalam sesetengah keadaan, ibu mengalami anemia teruk atau terdapat risiko pendarahan yang berlebihan semasa bersalin. 

Semasa komplikasi, doktor mungkin menerima darah dari sumber lain, tapi pada masa yang sama meminta simpan sedikit darah anda terlebih dahulu. Jadi derma darah ini adalah untuk kepentingan diri anda di masa depan. 

Anda layak derma darah jika…

  1. Sihat tubuh badan
  2. Berumur 18-65 tahun untuk yang pernah menderma. 
  3. Berumur 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  4. 17 tahun perlu dapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
  5. Berat badan 45 kg ke atas.
  6. Tidur minimum 5 jam sehari.
  7. Tiada masalah kesihatan.
  8. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
  9. Tidak terlibat dalam kegiatan berisiko seperti homoseksual, biseksual, bertukar pasangan seks dan mengambil dadah secara suntikan. 
  10. Penderma terakhir 3 bulan lepas. 
  11. Bagi penderma wanita mestilah tidak hamil, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak. 

Sememangnya, menderma darah dan menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya adalah satu tugas mulia tapi mempertaruhkan nyawa dan bayi anda bukanlah satu pilihan bijak. 

Kehamilan juga bukan kelemahan yang menghalang anda berbuat baik tapi sebaiknya anda lebih bertanggungjawab dan memastikan kehidupan anak yang bakal lahir dalam keadaan baik. 

Semoga artikel ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pusat darah negara

Baca juga: Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Selamatkah Jika Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Derma Darah? Ini Apa Anda Perlu Tahu
Kongsikan:
  • 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

    6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

  • Wabak COVID-19 : Individu Dengan Darah Jenis A, Lebih Berisiko Dijangkiti - Kajian

    Wabak COVID-19 : Individu Dengan Darah Jenis A, Lebih Berisiko Dijangkiti - Kajian

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

    6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

  • Wabak COVID-19 : Individu Dengan Darah Jenis A, Lebih Berisiko Dijangkiti - Kajian

    Wabak COVID-19 : Individu Dengan Darah Jenis A, Lebih Berisiko Dijangkiti - Kajian

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.