Kesan Kafein Yang Berlebihan Boleh Jejaskan Kesuburan Wanita, Ini Info Penting Anda Wajib Tahu!

Kesan kafein boleh mendatangkan keburukan terhadap kesihatan diri jika anda mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang disarankan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pencinta kopi ataupun teh, anda pastinya memerlukan minuman ini sewaktu ingin memulakan sesuatu pekerjaan. Kesan kafein dikatakan mampu membuatkan kehidupan seseorang lebih bersemangat dan ceria mengharungi aktiviti seharian.

Walau bagaimanapun, sesetengah penggemar kafein akan dilanda resah gelisah apabila tidak dapat menikmati secawan kopi. Ada juga yang mengalami sakit kepala serius sehingga perlu menyimpan banyak stok air nescafe di rumah.

Kesan kafein berlebihan terhadap kesihatan 

Minuman berkafein menjadi kesukaan ramai orang kerana kemampuannya dalam merangsang otak serta menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu atau bekerja sepanjang hari.

Namun sesetengah coffee lovers ini tidak menyedari bahawa kesan kafein turut mempengaruhi sistem organ badan yang lain seperti degupan jantung mengalami peningkatan, tekanan darah, mempercepatkan pembentukan air kencing dan mengaktifkan metabolisme seseorang.

Selain itu kesan minum berkafein boleh menyebabkan masalah lain seperti:

#1. Sukar untuk tidur

Disebabkan oleh adanya zat yang merangsang sistem saraf pusat, caffein boleh menyebabkan ana mengalami masalah sukar untuk melelapkan mata atau insomnia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru bagi memastikan masalah ini tidak berlaku, elakkan pengambilan minuman berkafein sekurang-kurangnya 6 jam sebelum waktu tidur.

#2. Meningkatkan tekanan darah

Kafien yang diambil berlebihan juga boleh meningkatkan tekanan darah. Hal ini kerana ia akan terus diserap oleh tubuh dan masuk ke aliran darah.

Dalam tempoh dua jam sahaja kafien boleh mencapai tahap tertinggi dalam aliran darah dan sekaligus menyebabkan tekanan darah meningkat dalam waktu singkat.

Biasanya ia tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang, kecuali anda ada masalah jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mudah sakit kepala

Kebanyakan pencinta kafein mengatakan bahawa mereka kerap mengalami sakit kepala. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak mengambil minuman berkafein dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas pengambilan kopi yang terakhir.

Ia dipanggil sebagai salah satu simptom caffein withdrawal bagi seseorang yang terlalu mengambil kafein setiap hari. Selain itu anda juga akan berasa mudah melenting, mengantuk, lesu dan resah.

#4. Perut rasa tidak selesa

Minuman yang mengandungi kafein boleh meningkatkan keasidan pada perut. Hal ini sekaligus mengundang masalah pedih ulu hati atau sakit perut.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti refluks asid ataupun ulser perut, kami menyarankan anda supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minuman ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Keracunan kafien 

Minuman yang mengandungi kafien jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang mengalami keracunan kafein. Antara tanda-tanda anda terlebih dos kafein adalah seperti perasaan menjadi bingung, cirit-birit, loya dan muntah, kerap buang air kecil dan sering haus.

Sekiranya anda mengabaikan tanda-tanda keracunan kafein, dos berlebihan boleh menjadi punca kematian.

Benarkah kesan kafein boleh menjejaskan kesuburan wanita?

Meskipun tiada bukti menunjukkan kaitan antara kafein dengan masalah kesuburan wanita, namun beberapa kajian telah mendapati tahap kafein yang tinggi dalam tubuh menyebabkan kehamilan menjadi lebih sukar.

Terdapat pakar membuat penelitian bagaimana kafein boleh menjejaskan kesuburan wanita secara teorinya. Ini termasuklah kesan terhadap tahap hormon, bagaimana otot-otot dalam tiub falopian bekerja dan proses ovulasi.

Risiko sukar mengandung akibat kafein

Secara umumnya, tiub falopian akan membawa telur anda dari bahagian ovari ke rahim (uterus). Otot-otot tiub falopian ini akan mengejang dalam gelombang-gelombang yang lancar dan beritma untuk membantu telur bergerak menuju ke destinasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi golongan lelaki, tiada banyak bukti yang mengatakan kafein mampu mengurangkan tahap kesuburan. Malah ia bertentangan dengan wanita kerana kafein sebenarnya berupaya membantu kesuburan para suami dalam merangsang kecergasan sperma.

Kebiasaannya, contoh minuman berkafein adalah bahan biasa yang boleh dijumpai dalam minuman ataupun makanan. Keadaan ini boleh membuatkan anda mengambilnya dengan kadar tinggi tanpa disedari.

Berikut panduan ringkas mengenai purata kandungan kafein dalam makanan dan contoh minuman berkafein yang populor:

  • 1 cawan kopi segera: 100mg
  • 1 cawan kopi bertapis: 140mg
  • 1 cawan teh: 75mg
  • 1 cawan teh hijau: 50mg
  • 1 tin minuman: 40mg
  • 1 tin minuman tenaga: 80mg
  • 1 bar kecil coklat kosong: 50mg

Sekiranya anda mengambil 1 cawan kopi bertapis, 1 tin kola dan 1 bar coklat dalam tempoh satu hari, ini bermakna anda telah mengambil melebihi daripada had kafein yang ditetapkan kepada ibu mengandung.

Di samping itu, anda perlu tahu bahawa contoh minuman berkafein yang terkandung dalam ekspreso, cappucino dan latte bergantung kepada kedai yang menyediakannya. 1 kajian menunjukkan bahawa kadar kafein adalah berbeza dari 50mg setiap ekspreso di satu kedai kepada 300mg setiap ekspreso di kedai lain.

Manakala, beberapa rawatan untuk demam dan selesema turut mengandungi bahan ini. Justeru, anda hendaklah memeriksa label terlebih dahulu dan bertanyakan kepada ahli farmasi sekiranya tidak pasti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda terlebih kafein dalam badan

Ada beberapa tanda terlebih kafein dalam badan yang boleh anda kesan pada seseorang iaitu:

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Degupan jantung yang laju
  • Rasa loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Masalah sukar tidur
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Ketegangan otot (bagi ibu menyusu badan)
  • Mudah rimas dan marah

Antara pengambilan supplemen atau air kopi yang mengandungi kafein, penggunaan serbuk kopi tulen boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang mengalami masalah kafein yang berlebihan.

The United States Food and Drug Administration (FDA), pengambilan 1 sudu teh serbuk kopi tulen berisiko memberi kesan fisiologikal bersamaan dengan 28 cawan minuman kafein.

Golongan yang berisiko mengalami masalah kafein berlebihan

#1. Individu yang setiap hari mengambil minuman kafein

Mereka yang pencinta kopi cenderung menikmati minuman ini dengan kerap, malah hampir setiap hari. Ia sekaligus boleh meningkatkan dos pengambilan, malah menyebabkan dos harian melebihi daripada yang disarankan.

Sebenarnya situasi ini adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

#2. Individu yang mengambil kafein dan minuman alkohol sekaligus

Pengambilan dua minuman ini secara berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap fisiologi badan.

Kafein merupakan zat yang dapat merangsang berbagai reaksi tubuh, sehingga orang yang mengambilnya tidak begitu merasakan kesan negatif dari alkohol seperti mabuk, pusing, muntah, lemas, dan sesak nafas.

Kafein tidak boleh merawat kesan negatif daripada alkohol. Kedua hal di atas menyebabkan individu yang mengambil alkohol dan kafein akan cenderung minum lebih banyak alkohol tanpa menyedari kesannya pada tubuh.

Berapakah jumlah kafein yang selamat bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil?

Tiada sebarang panduan yang meminta anda mengehadkan pengambilan kafein ketika sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat. Namun hal paling penting adalah penjagaan sebaik sahaja disahkan mengandung.

Ibu hamil disarankan untuk mengurangkan pengambilan kafein kepada kurang 200mg sehari bagi mengelakkan berlakunya keguguran.

Mengambil terlalu banyak bahan ini turut menganggu tumbesaran fetus yang mengakibatkan berat semasa lahir rendah. Jika anda seorang yang ketagihan kopi atau teh, cubalah untuk mengurangkan pengambilan secara perlahan.

Pada mulanya mungkin agak terlalu sukar, namun anda boleh menukarkan minuman berkafein ini kepada variasi jus segar yang lebih sihat. Kesannya, ia mampu mengurangkan keinginan terhadap kafein dan juga mengekalkan kesihatan janin dalam kandungan.

Manakala bagi yang sedang menjalani rawatan kesuburan dengan pakar, pengambilan kafein 2mg hingga 50mg sehari dengan kerap akan mengurangkan kejayaan IVF.

Kesimpulannya kurangkan kebergantungan terhadap kafein dari pelbagai sumber seperti teh, kopi, coklat dan minuman ringan bagi menghilangkan sakit kepala, rasa mual dan kegelisahan.

Kesan kafein juga terbukti mengurangkan peluang seorang wanita untuk hamil sehingga 27 peratus.

Cara mengurangkan kesan negatif pengambilan minuman berkafein yang berlebihan

Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkongsi beberapa tips bagi menghilangkan kesan negatif akibat pengambilan kafein yang berlebihan.

Antaranya:

1. Minum air kosong

Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi kerana kafein bersifat diuretik (menghasilkan air kencing dengan banyak) dan ia juga menyebabkan otot pundi kencing mengecut dengan cepat. Ini mengakibatkan seseorang itu akan lebih kerap kencing dan mengalami dehidrasi. Minum air kosong secukupnya akan mengurangkan dehidrasi dan mengurangkan kepekatan kafein dalam darah.

2. Ambil bersama herba

Herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, ginseng dan maca root dapat mengurangkan pengambilan kafein yang berlebihan. Herba-herba ini meningkatkan penghasilan tenaga. Oleh itu, kita tidak terlalu banyak mengambil kafein dalam minuman untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi.

3. Lakukan pergerakan fizikal

Dalam beberapa kajian menunjukkan pergerakan fizikal dapat mengurangkan rasa sakit kepala akibat pengambilan kafein berlebihan. Lakukan aktiviti berjalan selama lima hingga 10 minit sudah mencukupi untuk melepaskan tenaga yg berlebihan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

Baca juga: Ibu, Tak Perlu Guna Kopi Atau Asam Jawa Lagi. INI 3 Tips Cerai Susu Badan, Tanpa Calarkan Emosi Si Manja!

Baca juga:  TOLONG HENTI Beri Anak Minum Kopi, Ia Sebabkan 5 Keburukan Ini Dalam Diam!